quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Stoke
Man City

Stoke City vs Man City EPL

Stoke City vs Man City EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) bet365 Stadium Isnin, 12 Mac 2018 8:00 PTG

Stoke

Prestasi Terkini

M K Seri Seri Seri K K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M Seri M M
Pengadil
Jonathan Moss
Kali Terakhir
Stoke City 0-2 City, 12/3/18

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris sebelum rehat antarabangsa dengan bertamu di laman Stoke City untuk perlawanan ke-30 musim ini.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium bet365, Stoke-and-Trent pada hari Isnin 12 Mac jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa liputan perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Image result for bet365 stadium night

Berita Pasukan

City: Fernandinho dan Raheem Sterling dijangka kembali beraksi selepas kedua-duanya kembali berlatih dari kecederaan hamstring. Fabian Delph yang sudah melalui tiga penggantungan perlawanan diragui dapat terlibat selepas cedera.

Sementara Benjamin Mendy yang sudah kembali berlatih dimaklumkan Pep masih terlalu awal buatnya setelah berehat hampir enam bulan.

Image result for pep mendy

Gabriel Jesus akan menjadi penyerang utama berikutan Sergio Aguero yang cedera semasa latihan namun Kun dijangka akan kembali dalam kunjungan ke Goodison Park akhir bulan ini.

Stoke: Penyerang tuan rumah, Mame Diouf, tidak dapat beraksi berikutan kecederaan bahu. Manakala Kevin Wimmer dan Saido Berahino dijangka akan kembali bermain. Namun Stephen Ireland (betis) dan penjaga gol Lee Grant (patah pergelangan tangan) masih direhatkan.

Image result for paul lambert stoke

Prestasi Pasukan

City: Pasukan Pep Guardiola turun selepas kalah 1-2 kepada Basel dalam perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah namun layak ke suku akhir dengan agregat 5-2. Kini Citizens unggul di puncak dengan 78 mata  dan 83 gol (20 bolos) dan memerlukan hanya empat lagi kemenangan untuk bergelar juara liga.

Image result for basel 2-1 man city

Stoke: Potters di bawah pengurus baru Paul Lambert turun selepas seri dalam tiga perlawanan terakhir berturut-turut dengan yang terakhir mengikat tuan rumah, Southampton seri tanpa jaringan minggu lalu. Mereka kini bergelut di zon penyingkiran di tangga ke-19 dengan mengumpul hanya 27 mata dan menghasilkan 28 gol dan 54 bolos.

Image result for southampton 0-0 stoke city 2018

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 112 kali di kesemua kejohanan dengan pertemuan terakhir berpihak kepada City di Stadium Etihad setelah meraih kemenangan besar 7-2 pada 14 Oktober lalu.

Image result for man city 7-2 stoke city

Gabriel Jesus menghasilkan dua gol, manakal lima go lagi dijaringkan oleh Sterling, David Silva, Fernadinho, Leroy Sane dan Bernardo Silva. Gol Stoke pula oleh Mame Diouf dan gol sendiri Kyle Walker.

Dalam kunjungan terakhir City di laman Stoke pula pada 20 Ogos 2016, City menang 4-1 hasil dua gol Aguero dan dua gol Nolito.

Apa Kata Media

Kehebatan Gundogan dan nasihat Gabriel buat Neymar

FITNESS ADVICE: Gabriel Jesus and compatriot Neymar

Media hari Jumaat membawa kami analisis tentang para pemain tengah City Ilkay Gundogan dan Fernandinho, dan bagaimana pemain penyerang Brazil, Gabriel Jesus memberi nasihat kepada rakan senegaranya, Neymar.

Paper talk...

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Pertemuan dengan Stoke mencabar

Selepas menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menyingkirkan Basel , kini tumpuan beralih ke Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City.

Pengurus akan menyampaikan berita terkini skuad semasa sidang akhbar pada hari Jumaat ini ...

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Februari