quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Chelsea

Man City vs Chelsea EPL

Man City vs Chelsea EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Ahad, 4 Mac 2018 4:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

K M M Seri M M M
lwn

Chelsea

Prestasi Terkini

M M M M M M K
Pengadil
Jonathan Moss
Kali Terakhir
Chelsea 0-2 City, 5/8/18

Manchester City melangkah masuk ke 10 perlawanan terakhir liga musim ini dengan langkah kanan apabila pulang dari kota London membawa 3 mata selepas menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.

Bila dan di mana?

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-29 musim ini antara pendahulu liga dan juara bertahan musim lalu akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 4 Mac jam 4 petang UK bersamaan 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Image result for etihad stadium 2018

Prestasi Pasukan

Kelebihan 16 mata kembali ke dakapan City dalam peringkat akhir perlumbaan liga dan mereka memerlukan hanya 5 kemenangan lagi untuk bergelar juara.

Pasukan seterusnya yang akan dihadapi City ialah satu lagi pasukan dari London iaitu Chelsea yang menghuni tangga kelima liga kini dengan 53 mata dan amat mendambakan kemenangan untuk kembali ke kelompok empat teratas.

Chelsea yang akan bertandang ke Stadium Etihad berdepan kemungkinan tewas buat kali kedua berturut-turut kepada pasukan dari Manchester selepas kalah 2-1 kepada Manchester United minggu lalu.

Image result for man united 2-1 chelsea 2018

Chelsea di landasan rekod yang tidak cantik. Mereka mengalami 3 kekalahan dalam 4 perlawanan terakhir mereka yang melibatkan kekalahan besar 3-0 kepada AFC Bournemouth dan 4-1 di tangan Watford.

Rekod City di Stadium Etihad musim ini juga tidak memudahkan kunjungan Chelsea. Selepas keputusan seri 1-1 dengan Everton di awal musim, City kini sudah melakarkan 13 kemenangan berturutan di laman sendiri.

Dalam 6 perlawanan liga terakhir di Stadium Etihad, City berjaya menyumbat lebih daripada 2 gol ke dalam gawang lawan mereka.

Image result for arsenal 0-3 man city

Semangat City juga kini di tahap yang tertinggi selepas kemenangan berganda ke atas Arsenal di perlawanan akhir Piala Liga dan perlawanan liga.

Namun Chelsea tetap mendapat sedikit kelebihan. City hanya berehat 2 hari sebelum bertemu Chelsea. City juga perlu bermain dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di pertengahan minggu hadapan.

 

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 158 kali di kesemua kejohanan sejak kali pertama tahun 1907 dengan City meraih 53 kemenangan, 39 seri dan 66 kalah kepada Chelsea.

Pertemuan terakhir di laman City pada 3 Disember 2016, City tewas 1-3 kepada Chelsea, namun dalam perlawanan terakhir di Stamford Bridge musim ini pada 30 September lalu, City menang 1-0 hasil gol Kevin De Bruyne.

Related image

Berita Pasukan

Keletihan dalam skuad City boleh menjadi faktor kepada keputusan perlawanan nanti. Jangkaan Pep Guardiola akan membuat rombakan kepada skuad City yang berkunjung Stadium Emirates ternyata meleset.

Hanya 2 pertukaran yang dilakukan oleh beliau dalam perlawanan tersebut. Mampukah beliau melakukan hal yang sama untuk menyambut cabaran Chelsea berselang hanya 2 hari?

Image result for pep guardiola antonio conte

Kali ini rotasi pemain mesti dilakukan apetah lagi City akan beraksi menentang FC Basel pula di pertengahan minggu hadapan.

Kyle Walker dilihat terhencut-hencut dikeluarkan dari perlawanan Arsenal. Harapnya beliau tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Jika tidak maka Danilo akan berubah sisi dari bahagian kiri pertahanan ke sebelah kanan.

Image result for danilo 2018

Fabian Delph masih digantung satu lagi perlawanan dan ini bererti posisi bek kiri boleh diisi oleh pemain Ukraine, Oleksandr Zinchenko.

Salah seorang daripada Vincent Kompany atau Nicolas Otamendi akan direhatkan untuk memberi ruang kepada John Stones atau Aymeric Laporte di bahagian pertahanan tengah.

Gundogan akan terus kekal mengisi peranan pivot tunggal di bahagian sentral pasukan didampingi duo berbisa Kevin De Bruyne dan David Silva.

Image result for gundogan 2018

Bahagian sayap akan mendapat sedikit perubahan. Selepas tidak mengambil risiko menurunkan Raheem Sterling dalam perlawanan menentang Arsenal mungkin kali ini beliau sudah bersedia diturunkan kembali di sayap kanan City.

Leroy Sane begitu cemerlang merobek pertahanan Arsenal dan pastinya akan beraksi sekali lagi untuk melakukan hal yang serupa kepada Chelsea dengan Sergio Aguero diberi peluang sekali lagi untuk mencari gol ke-200 bersama City.

Image result for sergio aguero 2018

Chelsea kini ibarat harimau yang terluka. Mereka mesti mahu membuktikan diri mereka selepas kekalahan kepada United dan itu menjadikan mereka sangat berbahaya menjelang perlawanan ini nanti. 

Eden Hazard dan Willian ialah ancaman utama pasukan Chelsea. Dalam 4 aksi terakhir beliau, Hazard menyumbangkan 3 gol dan 2 bantuan kepada Chelsea manakala Willian menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan terakhir beliau. Mematikan pergerakan 2 pemain lincah ini ialah kunci buat City menguasai permainan ini nanti.

Image result for eden hazard willian 2018

Alvaro Morata sedang mengalami ketandusan gol. Sudah 10 perlawanan berlalu semenjak gol terakhir beliau namun Chelsea mungkin memiliki senjata rahsia dalam simpanan mereka.

Dalam 4 aksi bersama Chelsea, Olivier Giroud sudahpun membuat 3 bantuan gol dan menjaringkan 1 gol. Giroud sangat berbahaya di udara dan jangan dilupa Giroud seringkali berjaya menjaringkan gol ke atas City semasa bermain bersama Arsenal dahulu.

Image result for giroud chelsea 2018

Di pertemuan antara penyandang juara dan bakal juara Liga Perdana ini kita akan disajikan sekali lagi dengan pertarungan taktikal Pep Guardiola dan Antonio Conte.

Musim lalu Conte berjaya menewaskan Guardiola sebanyak dua kali dalam satu musim. Mungkinkah kali ini giliran Guardiola pula untuk ‘membalas budi’?

Ayuh City! Selangkah demi selangkah gelaran juara kita hampiri.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami boleh lakukan lebih baik lagi

Berita Pasukan Utama

Aguero dan Danilo dicalon anugerah EPL Februari

Berita Pasukan Utama

Undi Pemain Terbaik Etihad Februari!