quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
FC Basel FC Basel

Man City vs FC Basel UCL

Man City vs FC Basel UCL

Isnin, 1 Januari 0001 12:00 PG

Prestasi Terkini

Tiada data prestasi terkini
lwn

Prestasi Terkini

Tiada data prestasi terkini
Pengadil
Kali Terakhir

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan FC Basel untuk perlawanan kedua peringkat 16 akhir.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad, pada hari Rabu, 7 Mac jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 810/831 HD dan seperti biasa liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Related image

 

Berita Pasukan

Man City: Pasukan Pep Guardiola turun dengan kelebihan 4-0 dari pertemuan pertama di St. Jakob Park bulan lalu hasil dua gol Ilkay Gundogan, gol Bernardo Silva dan Sergio Aguero.

Related image

Fernandinho dan Raheem Sterling yang telah kembali berlatih penuh dari kecederaan hamstring dimaklumkan masih belum dapat beraksi kerana terlalu awal buat mereka, begitu juga Benjamin Mendy.

Berikut barisan pemain City..

FC Basel: Berikut kesebelasan utama kendalian Raphaël Wicky.

Barisan simpanan:Salvi, Petretta, Kaiser, Stocker, Manzambi, AB, Van Wolf's angle.

 

Rekod Pertemuan

Ini merupakan kali kedua pertemuan kedua-dua pasukan selepas kali pertama di laman FC Basel  pada 13 Februari lalu dengan kemenangan 4-0 buat City.

Related image

 

Fakta Penting

  • Sergio Aguero masih mencari gol ke-200 di kesemua kejohanan buat kelab selepas mencatat gol ke-199 semasa kemenangan 3-0 ke atas Arsenal di Stadium Emirates dan tidak berjaya menghasilkan gol semasa kemenangan 1-0 menentang Chelsea.
  • Manchester City masih kekal tanpa kalah dalam 12 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di laman sendiri (9 menang 3 seri).
  • Ini merupakan penyertaan kali ketujuh Man City dalam Liga Jujara-Juara, namun hanya melepasi peringkat 16 akhir sekali pada musim 2015/16 di bawah kendalian Manuel Pellegrini apabila sampai ke peringkat separuh akhir dengan kalah tipis agregat 0-1 kepada Real Madrid.
  • Kevin De Bruyne membantu empat jaringan gol dalam enam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara berbanding hanya satu dalam 23 perlawanan sebelumnya dalam kejohanan sama.
  • Pada musim ini, Ilkay Gundogan telah menjaringkan dua gol dan membantu dua lagi gol dalam kejohanan kali ini.
  • Pep Guardiola menjuarai Liga Juara-Juara sebanyak dua kali (2009 dan 2011) bersama Barcelona, dan sekiranya beliau berjaya merangkul piala musim ini ia akan menyamai rekod Carlo Ancelotti dan Bob Paisley. Beliau turut berjaya sampai ke semifinal sebanyak tujuh kai dari lapan musim sebagai pengurus tapi tidak layak ke final semenjak kali terakhir tahun 2011.

Apa seterusnya?

Sehingga kini dua pasukan telah menempah tempat ke suku akhir iaitu Liverpool selepas menyingkirkan Porto, manakala juara bertahan Real Madrid menghampakan PSG.

Sekiranya City layak ke peringkat 8 akhir, undian untuk menentukan lawan di pusingan seterusnya akan dilakukan pada 16 Mac 2018 di Lyon, Switzerland. Perlawanan pertama suku akhir akan berlangsung pada 3/4 April dan perlawanan kedua pada 10/11 April.


Berita Pasukan Utama

Pep: Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang istimewa

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus dan tak kejar rekod

Laporan Perlawanan

Gol Bernardo bawa kemenangan City lawan Chelsea