quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Arsenal
Man City

Aguero vs Arsenal EPL

Aguero vs Arsenal EPL

Liga Perdana Inggeris (EPL) Emirates Stadium Khamis, 1 Mac 2018 7:45 PTG

Arsenal

Prestasi Terkini

Seri Seri Seri M Seri M M
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Michael Oliver
Kali Terakhir
Arsenal 0-2 Man City, 12/8/18

Hanya selang 4 hari bertemu di Wembley , Manchester City dan Arsenal berhadapan sekali lagi buat kali ketiga musim ini di Stadium Emirates.

Selepas menewaskan Arsenal dengan penuh bergaya di perlawanan akhir Piala Liga (Carabao Cup), City akan berdepan The Gunners sekali lagi kali ini untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Image result for man city celebrate v arsenal carabao cup

Bahkan ia seperti ulangan perjalanan musim 2015/16 apabila City bertemu dengan Liverpool dua kali berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Liga dan juga Liga Perdana.

Namun harapnya nasib City akan berbeza kali ini. Pada musim 2015/16, selepas City menjuarai Piala Liga ke atas Liverpool, ia diikuti dengan kekalahan besar 3-0 di Anfield.

Kemenangan selesa 3-0 di Wembley tidak menjanjikan kunjungan yang mudah ke Stadium Emirates nanti. Kali terakhir City berjaya mencatatkan kemenangan di laman itu ialah 5 tahun yang lalu apabila James Milner dan Edin Dzeko menyumbang gol dalam kejayaan 2-0.

Image result for arsenal 0-2 man city edin dzeko

City juga akan berdepan dengan cabaran perlawanan besar yang menanti mereka selepas pertembungan dengan Arsenal kerana berselang dua hari kemudian mereka menanti kunjungan pasukan Chelsea pula di Stadium Etihad.

Dengan City hanya memerlukan enam sahaja lagi kemenangan (lawan Arsenal, Chelsea, Stoke, Brighton, Everton dan Man United) sekiranya kesemua disapu bersih, penyampaian piala Liga Perdana Inggeris akan dilakukan semasa kunjungan pasukan Jose Mourinho 7 April nanti.

Pep Guardiola pastinya akan melakukan beberapa rombakan kepada kesebelasan utama City dalam menyediakan skuad terkuat City untuk menghadapi dua perlawanan wajib menang ini.

Ederson akan kembali menghuni kawasan gol City menggantikan Claudio Bravo. Bahagian pertahanan akan mendapat rombakan besar dengan gandingan John Stones, Aymeric Laporte dan Oleksandr Zinchenko dijangka menggantikan Vincent Kompany, Nicolas Otamendi dan Danilo.

Bahagian tengah City tidak akan mengalami perubahan besar kecuali Ilkay Gundogan dilihat akan mengisi posisi yang ditinggalkan Fernandinho akibat kecederaan hamstring. Gundogan akan membarisi bahagian sentral bersama-sama Kevin De Bruyne dan David Silva.

Kecergasan Raheem Sterling masih diragui dan mungkin agak berisiko untuk diturunkan untuk bertemu Arsenal. Ini memberi peluang kepada Bernando Silva untuk beraksi di sayap kanan dan bergandingan dengan Leroy Sane yang bermain di sayap kiri.

Sergio Aguero sudah berjaya menjaringkan gol ke atas Arsenal dalam 5 pertemuan berturut-turut dengan mereka dan jaringan dalam perlawanan akhir Piala Liga tempoh hari ialah gol yang ke-199 beliau bersama City.

Adakah beliau akan berjaya mendapatkan gol ke-200 beliau ataupun beliau akan direhatkan dan disimpan untuk perlawanan Chelsea memandangkan Gabriel Jesus sudah kembali cergas untuk beraksi?

Image result for aguero carabao cup

Pasukan Arsenal semestinya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Mereka ini sudah mengumpul 3 kekalahan dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Kekalahan ke atas City sekali lagi akan menyukarkan misi mereka untuk mengejar Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Petr Cech akan diturunkan kembali untuk menafikan percubaan-percubaan City tapi malangnya buat Arsenal kecetekan skuad mereka bererti mungkin skuad yang lebih kurang sama akan diturunkan sekali lagi untuk berdepan City.

Sedikit berita baik untuk Arsenal ialah kali ini mereka boleh menurunkan Henrikh Mkhitaryan. Pemain tengah kreatif itu tidak diturunkan dalam perlawanan Piala Liga kerana tidak layak untuk bermain untuk Arsenal.

Related image

Kehadiran Mkhitaryan membawa ancaman baru buat Arsenal dan mungkin Pierre-Emerick Aubameyang akan mendapat khidmat bola yang lebih baik dari jentera bahagian tengah.

Untuk tahun 2018 ini Arsenal belum pernah lagi tertewas perlawanan liga di laman sendiri manakala City pula masih belum menikmati kemenangan perlawanan liga di laman lawan. Adakah statistik ini akan berubah?

Image result for city 3-1 arsenal celebrate

City telah memenangi dua pertemuan pertama musim ini menentang Arsenal, (3-1 di Etihad dan 3-0 di Wembley) mungkinkah kemenangan hatrik akan berlaku ke atas Gunners di Stadium Emirates nanti?

Hanya sebentar di awan sembilan, City kini kembali bersiap sedia untuk bertemu lawan. Kita nantikan keputusan di hujung penghabisan.

 

* Perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang Arsenal akan berlangsung di Stadium Emirates pada hari Khamis,1  Mac jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Jumaat waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Liga Perdana Inggeris keutamaan kami

Galeri Foto

City menjuarai Piala Liga dengan bergaya

Berita Pasukan Utama

Pep: Piala ini bukan untuk saya tapi untuk City