quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
West Brom

Aguero Fernandinho vs West Brom

Aguero Fernandinho vs West Brom

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Rabu, 31 Januari 2018 8:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

K M M Seri M M M
lwn

West Brom

Prestasi Terkini

M M K M M Seri M
Pengadil
Robert Madley
Kali Terakhir
City 3-0 West Brom, 31/1/18

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan West Bromwich Albion untuk perlawanan ke-25 liga musim ini.

Bila dan di mana?

City akan mengalu-alukan Baggies kendalian Alan Pardew di Stadium Etihad pada hari Rabu, 31 Januari dengan perlawanan bermula jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Related image

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 831 dan seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pep Guardiola tanpa Fabian Delph (lutut), Phil Foden (buku lali), Gabriel Jesus (lutut) dan Benjamin Mendy (lutut), sementara Leroy Sane telah disahkan Pep tidak dapat bermain sehingga tujuh minggu berikutan kecederaan ligamen buku lali semasa kemenangan di Cardiff.

Image result for pep sane

West Brom: Pardew tanpa barisa pemain Sam Field, Ahmed Hegazi, James McClean, Gareth McClauley, Besn Foster dan Jay Rodriguez yang kesemuanya masih sangsi dapat bermain. Manakala Nacer Chadli (betis) dan James Morrison (tulang betis).

Image result for liverpool 2-3 west brom celebration

Pengadil Perlawanan

Robert Madley atau lebih dikenali dengan panggilan Bobby Madley akan mengadili perlawanan kali ini. Pengadil kelahiran Wakefield, Yorkshire berusia 32 tahun ini mula menjadi pengadil penuh Liga Perdana Inggeris mulai tahun 2013.

Image result for lee mason kyle walker red card everton

Beliau terkenal dengan keputusan kontroversinya ke atas Kyle Walker melibatkan dua perlawanan musim ini dengan kad kuning atas dakwaan simulasi semasa menentang Leicester dalam Carabao Cup dan sebelum itu dikenakan kad merah semasa melawan Everton yang membawa City seri 1-1.

Prestasi Pasukan

Man City: City sebagai pendahulu liga dengan 65 mata masih mengekalkan jurang 12 mata dari pencabar terdekat, Man United dan mengumpul 70 gol dan 18 bolos. Pasukan Pep Guardiola turut menempah tempat ke final Piala Carabao bertemu Arsenal, 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mara ke pusingan kelima Piala FA selepas menyingkirkan Cardiff City dengan kemenangan 2-0 Ahad lalu.

Image result for cardiff 0-2 man city

West Brom: Baggies kini di tangga tercorot liga selepas 24 perlawanan dengan 20 mata, 19 gol dan 31 bolos. Namun semenjak Alan Pardew mengambil alih  mengendalikan pasukan dari Tony Pulis akhir November lalu, mereka mencatat prestasi memberangsangkan termasuk seri dengan Arsenal dan Everton serta menyingkirkan Liverpool di pusingan keempat Piala FA dengan jaringan 3-2 Sabtu lalu.

Image result for alan pardew boss west brom

Kali Terakhir

Kedua-dua pasukan telah bertemu dua kali musim ini dengan kedua-duanya di laman West Brom iaitu pusingan ketiga Piala Carabao bulan September dengan kemenangan City 2-1.

Ia diikuti pertemuan kedua bulan Oktober dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan City 3-2 hasil gol Leroy Sane, Fernandinho dan Raheem Sterling. Manakala gol Baggies pula dijaringkan oleh Jay Rodriguez dan Matt Phillips.

Image result for west brom 2-3 man city

Rekod Pertemuan

Manchester City telah bertemu West Brom sebanyak 152 kali di kesemua kejohanan dengan rekod 69 kemenangan, 29 seri dan 54 kalah.

Kemenangan terbesar dicatat City pada 16 April 1938 dengan jaringan 7-1 dalam saingan Divisyen Satu, manakala kekalahan terbesar pula dialami pada 21 September 1957 dengan jaringan 9-2 juga di Divisyen Satu.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami gembira tandatangani Laporte

Berita Pasukan Utama

Aymeric Laporte: 9 perkara yang anda perlu tahu

Berita Pasukan Utama

Aymeric Laporte sertai City dari Athletic Bilbao