quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Watford

City vs Watford

City vs Watford

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Selasa, 2 Januari 2018 8:00 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
lwn

Watford

Prestasi Terkini

Seri K M M K K Seri
Pengadil
Lee Mason
Kali Terakhir
Man City 3-1 Watford, 2/1/18

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad dan akan bermula jam 8 malam hari Selasa, 2 Januari waktu UK bersamaan pukul 4 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Manchester City: City akan tanpa Gabriel Jesus yang cedera ligamen lutut semasa perlawanan menentang Palace, sementara Kevin De Bruyne yang turut cedera turut tidak dapat beraksi namun akan kembali untuk perlawanan berikutnya.

Citizens juga masih belum pasti dengan keadaan Vincent Kompany, Fabian Delph dan John Stones yang baru pulih dari kecederaan, sementara Benjamin Mendy (lutut) dan Phil Foden (buku lali) masih direhatkan.

Dengan jadual padat sebanyak bulan Januari, Pep Guardiola terpaksa menggilirkan para pemain yang akan menghadapi Burnley padas 6 Januari di pusingan ketiga Piala FA, diikuti Bristol City di perlawanan pertama semifinal Piala Carabao sebelum menerima kunjungan Liverpool pada 14 Januari.

Watford: Kapten pasukan Hornets masih belum dapat beraksi untuk perlawanan terakhir selepas digantung empat permainan ketika menentang Huddersfield.

Sementara Kiko Femenia dan Will Hughes (hamstring), Younes Kaboul (kaki), Miguel Britos (buku lali), Craig Cathcart, Nathaniel Chalobah dan Isaac Success (lutut).

Image result for marcos silva watford players

Prestasi Pasukan

Manchester City: Citizens menamatkan rekod 18 kemenangan berturut-turut selepas diikat seri tanpa jaringan oleh Crystal Palace di Selhurst Park namun kekal tanpa kalah dalam semua 21 perlawanan dengan 59 mata, 61 gol dan 12 bolos.

Watford: Hornets kendalian Marcos Silva kini di kedudukan ke-10 dengan 25 mata, 30 gol dan 37 bolos. Dalam perlawanan terakhir Watford kalah tipis 1-2 kepada Swansea di tempat sendiri Sabtu lalu.

Related image

Pertemuan Lalu

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 25 kali dengan 14 kemenangan, 5 seri dan 6 kalah.

Pertemuan terakhir pada 16 September 2017 di Vicarage Road menyaksikan City membenamkan tuan rumah 6-0 dengan jaringan hatrik Sergio Aguero ditambah gol Gabriel Jesus, Nicolas Otamendi dan sepakan penalti Raheem Sterling.

Image result for aguero watford 0-6 man city

Fakta Penting

City berpeluang menambah jurang di puncak kembali kepada 15 mata bergantung pada perlawanan Chelsea menentang Arsenal pada hari Rabu, selepas Manchester United kembali di posisi kedua berikutan kemenangan ke atas Burnley.

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami cuba pecah rekod sendiri musim depan

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata yang Gabriel Jesus terpaksa direhatkan satu hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace.

Reaksi Pep Guardiola Palace 0 City 0

Laporan Perlawanan

City tutupi tahun 2017 rekod tanpa kalah di Palace

​UNBEATEN: Kyle Walker is at the forefront as City salute a fantastic away support.

Ederson menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace di Selhurst Park untuk memastikan City kekal tanpa kalah dalam semua 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris sehingga kini.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Crystal Palace 0 Man City 0