quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Bristol City Bristol City

City v bristol

City v bristol

Piala Liga (Carabao Cup) Etihad Stadium Selasa, 9 Januari 2018 7:45 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
lwn

Bristol City

Prestasi Terkini

Pengadil
Kali Terakhir
- , 1/1/1

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.

Bila dan di mana?

Perlawanan pertama semifinal Piala Carabao antara Manchester City dan Bristol City akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Selasa 9 Januari jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Tiada siaran langsung ditayangkan di saluran Astro kerana hak penajaan, namun anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Related image

Barisan pemain

Manchester City

Bristol City

Fielding, Wright, Flint, Baker, Magnusson, Brownhill, Pack, Smith, Bryan, Paterson, Reid. Subs: Steele, Vyner, Kelly, Eliasson, Walsh, Engvall, Taylor.

 

Bagaimana kedua-dua pasukan layak?

Manchester City layak ke separuh akhir Piala Liga (Carabao Cup) setelah menyingkirkan West Bromwich Albion, Wolverhampton Wanderers dan Leicester City yang mana pertemuan dengan Wolves dan Foxes ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat seri di masa penuh dan tambahan.

Sementara laluan Bristol City pula mengalahkan Watford, Stoke City, Crystal Palace dan juara bertahan musim lalu Manchester United dengan kemenangan 2-1 di Ashton Gate.

Related image

 

Prestasi pasukan

Manchester City masih kekal dalam saingan empat kejuaraan dengan menduduki tangga pertama Liga Perdana Inggeris (62 mata), 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dan ke pusingan keempat Piala FA.

Manakala Bristol City di kedudukan keempat Liga Championship di belakang Cardiff City, Derby County dan Wolves. Mereka tersingkir dari Piala FA selepas kalah 3-0 kepada Watford.

Image result for bristol city manager

Rekod pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 23 kali dengan City menang 10, seri 6 dan kalah 7. Pertemuan terakhir pada 20 Ogos 2007 menyaksikan Citizens menang 2-1 di Ashton Gate di pusingan kedua Piala Liga (Carling Cup) hasil gol Mpenza dan Bianchi.

Perlawanan kedua separuh akhir di Ashton Gate akan berlangsung pada Rabu 23 Januari jam 7.34 malam UK bersamaan 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia dengan Chelsea dan Arsenal bersaing satu lagi tempat di perlawanan akhir di Stadium Wembley pada 25 Februari ini.

City telah menjulang Piala Liga sebanyak empat kali (1970, 1976, 2014, 2016) , manakala pencapian tertinggi kejohanan Bristol layak ke separuh akhir sebanyak dua kali sebelum ini (1971, 1989).

 

 

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!