quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Liverpool
Man City

Liverpool v City

Liverpool v City

Liga Perdana Inggeris (EPL) Anfield Ahad, 14 Januari 2018 4:00 PTG

Liverpool

Prestasi Terkini

M K M K K Seri M
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M Seri M M
Pengadil
Antonio Miguel Mateu Lahoz
Kali Terakhir
City 1-2 Liverpool, 10/4/18

Anfield sentiasa menjadi laman antara tersukar buat Manchester City dengan dalam jangka masa 45 tahun hanya 2 kemenangan diraih.

Manchester City memulakan langkah tahun 2018 penuh bergaya dengan 3 kemenangan berturut-turut yang menyaksikan City memegang kelebihan 15 mata dalam perlumbaan liga, mara ke peringkat keempat Piala FA dan sebelah kaki sudah menjejak bumi Wembley untuk perlawanan akhir Piala Liga.

Related image

Ketiga-tiga kemenangan yang dikecapi di Stadium Etihad itu melengkapkan rentetan 16 kemenangan berturutan di laman sendiri yang menyamai rekod City yang tercatat pada tahun 1921.

Namun buat kali pertama tahun ini mereka akan bertandang ke laman lawan pula yang menempatkan cabaran besar pertama mereka di tahun baru. City akan pergi ke Anfield untuk bertemu dengan pasukan di tangga keempat liga, Liverpool.

Image result for pep jurgen klopp

Biarpun Liverpool kini ketinggalan 18 mata di belakang City dan menanggung kekalahan besar 5-0 dalam pertemuan awal musim di Manchester, sejarah kunjungan City ke Anfield tidak begitu cantik.

Empat kunjungan terakhir City ke Anfield kesemuanya berakhir dengan kekalahan. Mata terakhir yang dipungut City di Anfield ialah apabila seri 2-2 pada tahun 2012 manakala kemenangan terakhir pula dikecapi 15 tahun yang lalu pada tahun 2003.

Image result for liverpool 1-2 city 2003

Adakah rekod tanpa kalah City musim ini akan terhenti di bumi penuh badi ini? City mungkin mendapat sedikit kelebihan kerana barisan serangan Liverpool yang terkenal dengan “Fab 4”nya kini hanya tinggal bertiga selepas Phillipe Coutinho meninggalkan Liverpool untuk berpindah ke FC Barcelona.

City boleh dianggap pihak lawan kegemaran Countinho kerana rekod 5 gol ke atas mereka merupakan yang terbanyak berbanding pasukan lawan yang lain. Bahkan ketiadaan Coutinho dalam perlawanan awal musim ini dikira antara faktor mengapa City begitu mudah untuk menang selesa (selain faktor kad merah Sadio Mane).

Namun hakikatnya walaupun tanpa kelibat Coutinho barisan serangan Liverpool tetap juga berbisa. Gandingan Mohamed Salah, Firmino dan Sadio Mane sudah menjaringkan 31 gol dalam pertandingan liga musim ini. Jika dibandingkan dengan rekod gandingan Raheem Sterling, Sergio Aguero dan Leroy Sane yang sudah menjaringkan 33 gol ternyatalah ini bakal menjadi medan buku bertemu ruas.

Image result for leroy sane sterling aguero

Tiada kecederaan baru yang ditanggung oleh kedua-dua pasukan. Nathaniel Clyne dan Alberto Moreno masih tercedera dan Jurgen Klopp akan terus meletakkan kepercayaan kepada Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson untuk bermain di posisi bek kanan dan kiri.

Kapten kedua-dua pasukan, Jordan Henderson dan Vincent Kompany terus bertarung dengan kecederaan berulang. Manakala Gabriel Jesus menyertai Benjamin Mendy berehat panjang kerana kecederaan ligamen lutut.

Image result for salah celebrate 2017/18

Pemain-pemain ini sudah pasti tidak akan diturunkan dalam perlawanan Ahad nanti. Yang menjadi persoalan ialah berkenaan ketidakpastian dua tunggak utama pasukan masing-masing iaitu Mohamed Salah dan David Silva.

Salah yang merupakan penjaring terbanyak Liverpool musim ini mengalami kecederaan pangkal paha dalam kemenangan ke atas Leicester City dan sedang bergelut untuk cergas kembali menjelang perlawanan menentang City. Melihat pada sumbangan musim ini, impak ketiadaan Salah dikira lebih terasa berbanding dengan kehilangan Coutinho untuk perlawanan ini.

Image result for david silva celebrate 2017/18

Silva pula kini berulang-alik di antara England dan Sepanyol kerana menangani kes anak beliau, Mateo yang lahir secara pramatang. Pep Guardiola dan pihak pengurusan City sudah memberi kelonggaran kepada Silva untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Namun Silva dilihat tetap komited apabila kembali ke England untuk bermain.

Ramai pemain City yang direhatkan semasa perlawanan Piala Liga menentang Bristol City dan mereka semua akan kembali mengisi kesebelasan utama pasukan. Namun di kalangan nama-nama bintang City yang akan membarisi skuad di Anfield nanti mungkin terdapat dua pemain yang mahu membuktikan sesuatu.

Image result for aguero city 5-0 liverpool

Sergio Aguero begitu tajam apabila berhadapan dengan Liverpool di Stadium Etihad. Dalam 6 kunjungan Liverpool yang melibatkan Aguero, beliau pasti akan berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol. Namun berbeza ceritanya apabila bermain di Anfield. Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City itu masih belum pernah menjaringkan gol di laman Liverpool.

Jadi sudah tentulah Liverpool akan mengharapkan pemain termahal mereka, Virgil Van Dijk yang baru dibeli dengan harga £75 juta akan berjaya mengemudi barisan pertahanan untuk menghalang Aguero di Anfield nanti.

Related image

Bukan Aguero sahaja yang perlu dipagari pertahanan Liverpool. Kelincahan bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling juga perlu diawasi. Lebih-lebih lagi pula kerana Sterling belum pernah menjaringkan gol menentang bekas pasukannya itu.

Malah Sterling yang sering diejek apabila kembali ke Anfield mungkin mengambil kesempatan ini untuk menyenyapkan suara sumbang penyokong-penyokong Liverpool.

Image result for raheem sterling boo by liverpool

Bagi para peminat City, Liverpool dan juga neutral harapnya pertembungan dua pasukan dengan jaringan gol terbanyak dalam liga musim ini bakal menyajikan perlawanan terbuka dan aksi serang-menyerang.

Rekod apakah yang bakal diteruskan di penghujung perlawanan nanti? Rekod tanpa kalah City musim ini ataupun badi mereka di Anfield? Sama-sama kita nanti.


* Perlawanan Manchester City menentang Liverpool akan berlangsung hari Ahad, 14 Januari di Anfield jam  4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu menang di Anfield jika ingin juara

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola catat rekod baru anugerah EPL

Berita Pasukan Utama

KDB dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2017