quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Cardiff
Man City

Cardiff v City FA cup

Cardiff v City FA cup

Piala FA Emirates (FA Cup) Cardiff City Stadium Ahad, 28 Januari 2018 6:41 PTG

Cardiff

Prestasi Terkini

K M Seri K Seri K Seri
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M Seri M M M K
Pengadil
Lee Mason
Kali Terakhir
Cardiff City 0-2 City, 28/1/18

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas menempah tempat di final Piala Liga minggu lalu.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Cardiff City Stadium pada hari Ahad, 28 Januari jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.

Image result for cardiff city stadium 2018

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran BBC One bagi anda di UK dan  Astro 817/836 HD bagi anda di tanahair.

Liputan langsung perlawanan seperti biasa di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pasukan Pep Guardiola tanpa Fabian Delph (lutut), Phil Foden (buku lali), Gabriel Jesus (lutut) dan Kyle Walker yang cedera semasa perlawanan terakhir menentang Bristol City disahkan cergas untuk bermain.

Image result for pep guardiola training 2018

Cardiff City: Pasukan kendalian Neil Warnock tanpa Lee Peltier (pinggul), Matt Connoly (peha), Aron Gunnarsson (lutut), Craig Bryson (betis) dan Danny Ward (lutut).

Pengadil

Lee Mason akan mengadili perlawanan. Pengadil berusia 46 tahun kelahiran Portsmouth ini mula menjadi pembantu pengadil perlawanan pada tahun 1992 dan menjadi pengadil penuh empat tahun kemudiannya. Beliau dipromosi sebagai pengadil Liga Perdana mulai tahun 2006.

Image result for lee mason referee 2018

Perlawanan Piala FA kali ini akan menggunakan sistem VAR (Video Assistant Referee) – Video Bantuan Pengadil yang mula diperkenalkan semasa perlawanan pusingan ketiga antara Leicester dan Fleetwood 16 Januari lalu.

Apa kata bos?

Guardiola: “Saya telah saksikan sendiri perlawanan Mansfield lawan Cardiff dan menyedari serta merta cara mereka bermain, mereka melakukannya dengan bagus sekali.

Image result for pep guardiola 2018

“Mereka satu pasukan di prestasi terbaik mereka, para pemain berfizikal tinggi, hebat dalam ‘set-pieces’ dan agresif ketika satu lawan satu. Kami akan bermain di tempat mereka. Ia pasti sukar.”

Warnock: “Saya amat kagum Guadiola, dia mempunyai ratusan pegawai namun dia datang sendiri semasa perlawanan semula kami menentang Mansfield. Ia antara malam paling sejuk, ia menunjukkan dia peduli, anda perlu puji tindakan beliau.

Image result for neil warnock 2018

“Saya mungkin lebih suka berada di bilik persalinan pakaiannya berbanding kami, tanpa tidak merendahkan para pemain saya! Saya harap saya ada Aguero.

“Pada masa sama saya mahu kami mencuba dan menunjukkan apa yang kami boleh lakukan nanti.”

Kali Terakhir

Pada musim 2013/14 dalam kunjungan terakhir Manchester City di Cardiff dalam Liga Perdana Inggeris, Citizens tewas tipis 3-2 kepada jaringan gol kemenangan Nathan Blake.

Image result for cardiff 3-2 man city

Namun dalam kunjungan balas mereka di Stadium Etihad, City menang 4-2 hasil gol Edin Dzeko, Jesus Navas, Yaya Toure dan Sergio Aguero di musim City menjulang piala Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam masa tiga tahun.

Dalam pertemuan terakhir Piala FA pula, City turus tewas dalam pusingan keempat Piala FA kepada Cardiff tahun 1994.

Prestasi Pasukan

Man City: Citizens berjaya ke pusingan ke-4 Piala FA selepas menang 4-1 ke atas Burnley di pusingan ketiga di Stadium Etihad. City kini di kedudukan teratas Liga Perdana dengan 65 mata, berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Carabao bertemu Arsenal di Wembley dan di 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for city 4-1 burnley fa cup

Cardiff City: Bluebirds mara ke pusingan ke-4 Piala FA selepas perlawanan semula dengan Mansfield dengan kemenangan 4-1. Mereka kini di kedudukan ketiga Liga Championship dengan 51 mata di belakang Wolves dan Derby County dalam sasaran dipromosi kembali ke Liga Perdana.

Image result for mansfield 1-4 cardiff

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan setakat ini telah bertemu sebanyak 49 kali dengan Man City menang 20, seri 20 dan kalah 9. Kemenangan terbesar Man City dicatat pada tahun 1963 dalam Divisyen Dua dengan jaringan 4-0, sementara kekalahan terbesar tahun 1953 dengan jaringan 6-0 juga di Divisyen Dua.

Pencapaian Piala FA

Man City: City dalam buruan menjulang piala kejohanan bola sepak tertua di dunia buat kali keenam selepas merangkulnya sebanyak lima kali (1904, 1934, 1956, 1969, 2011). Kali terakhir City menjadi juara apabila menang 1-0 ke atas Stoke City di final menamatkan penantian 35 tahun kemarau piala.

Related image

City juga menjadi naib juara kejohanan sebanyak lima kali selepas tewas di final tahun 1926, 1933, 1955, 1981 dan kali terakhir tahun 2013 kepada Wigan Athletic.

Cardiff City: Cardiff menjulang Piala FA sekali tahun 1927 menang 1-0 ke atas Arsenal di final dan menjadi naib juara tahun 1925 dan kali terakhir tahun 2008 tewas 0-1 kepada Portsmouth.

Bacaan Lanjut

Piala FA: City merentasi sejarah

Previu Pep Guardiola: Cabaran sukar menanti di Cardiff

Berita Pasukan Utama

Pep: Perlawanan mencabar menanti di Cardiff

Berita Pasukan Utama

Piala FA: City merentasi sejarah

Galeri Foto

Piala Liga: Wembley kami datang!