quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Bristol City Bristol City
Man City

Bristol v Man City

Bristol v Man City

Piala Liga (Carabao Cup) Ashton Gate Stadium Selasa, 23 Januari 2018 7:45 PTG

Bristol City

Prestasi Terkini

lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Kali Terakhir
- , 1/1/1

Manchester City hanya selangkah lagi ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Liga dalam perlawanan kedua separuh akhir menentang Bristol City malam Rabu.

Bila dan di mana?

Perlawanan kedua semifinal Piala Carabao akan berlangsung di Ashton Gate pada hari Selasa 23 Januari dengan perlawanan bermula jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Image result for ashton gate bristol night

Bagi anda berada di UK boleh menonton secara langsung di Sky Sports, namun tiada siaran langsung di Astro bagi anda di tanahair berikutan hak penyiaran.

Seperti biasa anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Fabian Delph cedera lutut, Phil Foden (buku lali), Gabriel Jesus (lutut) dan Benjamin Mendy (lutut). Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany hampir kembali yang berkemungkinan dalam pemilihan skuad.

Bristol City: Penjaga gol , Frank Fielding cedera pangkal paha, Nathan Baker (buku lali). Sementara Famara Didehiou dijangka kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan. Manakala Gary O’Neill, Jens Hegeler, Eros Pisano dan Callum D’Dowda kesemua cedera lutut.

Pengadil Perlawanan

Graham Scott, 50, kelahiran Oxfordshire akan mengadili perlawanan kali ini dengan kali terakhir perlawanan membabitkan City dalam kemenangan 4-1 ke atas Burnley dalam pusingan ketiga PIala FA pada 6 Januari lalu.

Prestasi Terkini

Man City: Citizens kembali di laluan kemenangan mengalahkan Newcastle 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris selepas menerima kekalahan pertama Liga Perdana musim ini di Anfield kepada Liverpool.

Pasukan Pep Guardiola kini di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 65 mata selepas 24 perlawanan dan jurang 12 mata, dan masih bersaing dalam Piala FA ke pusingan keempat bertemu Cardiff City dan peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan bertemu FC Basel.

Image result for bristol city 2017/18 celebrate

Bristol City: Robins kendalian Lee Johnson pula di kedudukan kelima Liga Championship dengan 48 mata selepas 28 perlawanan dan masih belum meraih kemenangan selepas pertemuan dengan Man City apabila kalah 1-0 kepada Norwich dan seri 0-0 dengan Derby.

Mereka juga telah tersingkir dari Piala FA di tangan Watford sebelum pertemuan awal dengan Man City di Stadium Etihad.

Previu Bos

Pep Guardiola: "Sudah tentu kami akan cuba turunkan pasukan yang terbaik melawan Bristol City, tapi Bernardo, Gundogan dan Mangala tak akan dapat pula bermain, dan ia tidak adil. Saya tegaskan kami akan ke sana dan cuba menang perlawanan untuk mara ke final.

"Kami mahu ke final Piala Carabao dan Piala Fa, para pemain saya bersemangat untuk terus berjuang tanpa henti. Dalam Liga Perdana Inggeris walau jurang 12 mata, mereka tetap cuba bermain dengan terbaik tanpa lakukan kesilapan. Tak pernah tidak musim ini. Oleh sebab itu saya amat bangga jadi pengurus mereka."

Lee Johnson: " Pep Guardiola 'kaya' dengan pilihan pemain jadi kita sama-sama akan saksikan jenis pasukan yang akan diturunkan malam nanti. Saya telah menonton sekali lagi perlawanan pertama tanpa latar belakang pengulas sukan, dan saya dimaklumkan banyak pujian atas kualiti para pemain kami."

"Ia perlawanan amat penting. Ia perkara besar buat para pemain rasai sekarang selepas menewaskan Manchester United dan pengalaman bermain di Stadium Etihad, Kami akan memberi segalanya."

Image result for lee johnson bristol city

Kali Terakhir

Dalam perlawanan pertama semifinal di laman Manchester City, tandukan gol kemenangan Sergio Aguero di masa tambahan (minit ke-92) menjamin kelebihan jaringan 2-1 selepas gol pembuka melalui sepakan penalti Bobby Reid disamakan Kevin De Bruyne.

Image result for man city 2-1 bristol city aguero

City menyasarkan Piala Liga kelima selepas merangkulnya tahun 1970, 1976, 2014 dan 2016. Sementara ia menjadi buruan piala pertama Pep Guardiola di England selepas menjadi pengurus City musim 2016/17.

Image result for carabao cup wembley

Satu tempat lagi di perlawanan akhir yang akang belangsung pada 25 Februari nanti adalah antara Arsenal atau Chelsea apabila kedua-duanya diikat seri tanpa jaringan di Stamford Bridge dalam perlawanan pertama dan perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Emirates pada malam Khamis.

Berita Pasukan Utama

De Bruyne tandatangani kontrak baru lima tahun

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola ‘tabik’ reaksi City

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

Bos Manchester City berkata reaksi para pemainnya atas kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini minggu lalu paling memuaskan hatinya dalam kemenangan 3-1 ke atas Newcastle

Laporan Perlawanan

Hatrik Aguero tundukkan Newcastle di Etihad