quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Wigan
Man City

Wigan vs Man City FA Cup

Wigan vs Man City FA Cup

Piala FA Emirates (FA Cup) DW Stadium Isnin, 19 Februari 2018 7:55 PTG

Wigan

Prestasi Terkini

K K M M M Seri M
lwn

Man City

Prestasi Terkini

K M M Seri M M M
Pengadil
Anthony Taylor
Kali Terakhir
Wigan 1-0 City, 19/2/18

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Wigan Athletic di pusingan kelima.

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Wigan Athletic di pusingan kelima.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium DW, Wigan pada hari Isnin, 19 Februari jam 7.55 malam UK bersamaan pukul 3.55 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Seperti biasa liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Image result for dw stadium

Berita Pasukan

City: Hanya Benjamin Mendy yang masih direhatkan selepas Gabriel Jesus kembali berlatih, manakala Leroy Sane dan Fabian Delph kembali berlatih dalam kemenangan di Basel. Namun ia mungkin terlalu awal buat Gabriel turun bermain kali ini.

Berikut barisan pemain Citizens..

Wigan: Kapten pasukan Sam Morsy akan terlepas perlawanan selepas digantung perlawanan dalam kekalahan di Blackpool minggu lalu. Berikut barisan pemain Latics

Pengadil Perlawanan

Anthony Taylor akan mengadili perlawanan nanti dan pengadil kelahiran Manchester berusia 39 tahun itu mula dipromosi mengadili Liga Perdana Inggeris tahun 2010.

Prestasi Pasukan

City: Pasukan Pep Guardiola hanya memerlukan 6 kemenangan lagi dari 11 baki perlawanan untuk dinobat juara Liga Perdana Inggeris musim ini dan dalam sasaran merangkul Piala Carabao di final Ahad depan, dan berpeluang cerah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas mengalahkan FC Basel 4-0 di Switzerland.

Image result for wigan celebrate 2018

Wigan: Latics bimbingan Paul Cook di kedudukan kedua carta Football League One (Divisyen ketiga England) dengan 4 perlawanan tertangguh dalam sasaran dipromosi kembali ke Liga Championship

Laluan ke pusingan kelima

City: Citizens menyingkirkan Burnley dengan kemenangan 4-1 di pusingan ketiga dan kalahkan Cardiff City 2-0 di pusingan keempat.

Image result for cardiff 0-2 man city

Wigan: Latics pula menang 3-0 ke atas Bournemouth di pusingan ketiga dan kalahkan West Ham 2-0 di pusingan keempat.

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 28 kali di kesemua kejohanan dengan City menang 15, seri 4 dan kalah 8.

Related image

Para penyokong City masih merasa pedih dalam rekod Piala FA apabila Citizens kalah 1-0 di perlawanan akhir di Wembley tahun 2013 dan disingkirkan di suku akhir setahun kemudiannya dengan kekalahan 2-1 di Stadium Etihad.

Fakta penting

Sekiranya Sergio Aguero diturunkan dan berjaya menjaringkan dua gol ia akan mencatat rekod baru 200 gol keseluruhannya buat kelab.

Moga luka lama kan terubat nanti! Come on City!!

 

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik EPL Januari

Berita Pasukan Utama

Pep khabarkan berita baik kembalinya Gabriel Jesus

Berita Pasukan Utama

Guardiola sanjung ‘keluarbiasaan’ Gundogan