quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Leicester

Man City vs Leicester City

Man City vs Leicester City

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Sabtu, 10 Februari 2018 5:30 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M M Seri M M M K
lwn

Leicester

Prestasi Terkini

K M K K Seri K K
Pengadil
Mike Jones
Kali Terakhir
City 5-1 Leicester, 10/2/18

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan dalam menerima kunjungan Leicester City di Stadium Etihad.

Bila dan di mana?

Perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-27 musim ini akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 10 Februari jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 1.30 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa liputang langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Image result for etihad stadium 2017/18

Berita Pasukan

Manchester City: Pep Guardiola tanpa Benjamin Mendy (lutut), Gabriel Jesus (buku lali), Fabian Delph (lutut), Leroy Sane (buku lali) dan David Silva (pinggul). Sementara John Stones pula kembali cergas selepas terlepas dua perlawanan dan dalam pemilihan pemain.

Leicester City: Claude Puel pula kemungkinan tanpa Riyad Mahrez, manakala Shinji Okazaki cedera lutut begitu juga Wes Morgan dan Robert Huth.

Pengadil Perlawanan

Mike Jones akan mengadili perlawanan kali ini.

Prestasi Pasukan

Manchester City: Citizens kini di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan 69 mata selepas 26 perlawanan (22 menang, 3 seri dan 1 kalah) dan mengumpul 74 gol dan 19 bolos. Mereka turut masih bersaing dalam Piala FA (pusingan kelima) melawan Wigan dan akan merebut Piala Carabao di final menentang Arsenal 25 Februari ini serta mara ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang FC Basel. Perlawanan terakhir City menyaksikan diikat seri 1-1 dengan Burnley di Turf Moor.

Image result for man city 2017/18

Leicester City: Foxes kini di kedudukan ke-8 Liga Perdana dengan 35 mata (9 menang, 9 seri dan 8 kalah) serta mengumpul 38 gl dan 35 bolos. Mereka turut masih bersaing dalam Piala FA yang akan bertemu Sheffield United di pusingan kelima. Perlawanan terakhir mereka pula menyaksikan Leicester diikat seri 1-1 dengan Swansea City.

Image result for leicester city 2017/18

Rekod pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 114 kali di kesemua kejohanan dengan Man City menang 56, seri 29 dan kalah 29. Pada musim ini City telah bertemu Leicester sebanyak dua kali, kedua-duanya di King Power Stadium dengan pertemuan pertama Liga Perdana pada November lalu menyaksikan City menang 2-0 hasil gol Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne.

Image result for leicester 0-2 man city de bruyne

Manakala pertemuan kedua dalam pusingan kelima Piala Carabao City diikat seri 1-1 hasil gol Bernardo Silva yang disamakan pada minit terakhir oleh Jamie Vardy sebelum menang penalti penentuan 4-3.

Related image

Pada musim lalu dalam kunjungan Foxes di Stadium Etihad, City menang 2-1 hasil gol David Silva dan Gabriel Jesus dan gol Leicester oleh Okazaki.

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin berjaya dalam empat kejuaraan

Berita Pasukan Utama

City mendapat tiga pencalonan anugerah EPL Januari

Berita Pasukan Utama

Undi Pemain Terbaik Etihad Januari!