quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Arsenal
Man City

Carabao Cup Final 2018 City v Arsenal

Carabao Cup Final 2018 City v Arsenal

Piala Liga (Carabao Cup) Wembley Ahad, 25 Februari 2018 4:30 PTG

Arsenal

Prestasi Terkini

M M M K K M K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

K M M Seri M M M
Pengadil
Michael Oliver
Kali Terakhir
Arsenal 0-2 City, 12/8/18

Carabao Cup atau lebih dikenali dengan Piala Liga menjadi medan akhir yang julung kali mempertemukan Manchester City dan Arsenal dalam mana-mana rebutan piala domestik England.

Laluan ke Wembley

Musim ini Manchester City dan Arsenal masing-masing mengharungi lima perlawanan getir untuk menjejakkan kaki mereka ke Stadium Wembley di pentas perlawanan akhir Piala Liga.

Related image

Dua kali City menghadapi drama penentuan penalti untuk menundukkan cabaran Wolverhampton Wanderers dan Leicester City sebelum menidakkan impian pasukan liga Championship, Bristol City yang berjaya mengejutkan pasukan-pasukan dari Liga Perdana termasuk Manchester United.

Manakala Arsenal pula mengenepikan pasukan Doncaster Rovers, Norwich City dan West Ham United sebelum berdepan seteru setempat dari London, Chelsea.

Image result for chelsea v arsenal carabao cup

Rekod pertemuan rebutan piala

Walaupun City dan Arsenal sudah bertemu sebanyak 198 kali ( menang 51, seri 45 dan kalah 96) semenjak tahun 1893 namun inilah kali pertama mereka akan bertanding di perlawanan akhir rebutan piala (Piala Liga dan Piala FA).

Dalam pertemuan terakhir iaitu dalam Liga Perdana Inggeris pada 5 November lalu, City berjaya menundukkan Gunners 3-1 (gol De Bruyne, Aguero, Gabriel Jesus) di Stadium Etihad selepas disingkir di separuh akhir Piala FA pada April 2017 dengan kekalahan 2-1 di Wembley.

Image result for city 3-1 arsenal

Dalam konteks pertembungan pertandingan piala pula perlawanan akhir ini bakal menjadi perlawanan ke-13 di antara kedua-dua pasukan ini di mana rekod pertemuan lampau lebih berpihak kepada Arsenal. City hanya memenangi 3 perlawanan berbanding 8 yang dimenangi Arsenal manakala satu perlawanan berakhir seri.

Perlawanan akhir ini nanti merupakan penampilan ke-8 Arsenal di pentas akhir Piala Liga manakala buat City pula penampilan ke ke-6. Namun begitu rekod kejayaan Piala Liga menyebelahi City.

Image result for man city capital one cup 2016

Daripada 5 penampilan perlawanan akhir Piala Liga sebelum ini, 4 kali City berjaya bergelar juara dengan 2 gelaran dirangkul dalam tempoh 4 tahun terakhir iaitu pada 2014 dan 2016 (Capital One Cup).

Malang pula buat Arsenal kerana walaupun tampil lebih banyak di pentas akhir iaitu sebanyak 7 kali namun 5 kali mereka terpaksa menggigit jari sekadar berpuas hati sebagai naib juara. Kali terakhir Arsenal menjuarai Piala Liga ialah pada tahun 1993 yang dikenali sebagai Coca Cola Cup (mengikut penaja).

Related image

Jika City berjaya membawa Piala Liga pulang ke Manchester maka mereka akan menyertai senarai Manchester United, Aston Villa dan Chelsea yang berjaya mengumpul 5 kejuaraan. Satu pencapaian yang membanggakan apatah lagi ianya bakal menjadi kejuaraan pertama Pep Guardiola sebagai pengurus Manchester City serta piala pertamanya di England.

Pemilihan skuad

Apa yang menarik tentang perlawanan akhir ini ialah kedua-dua pasukan akan menurunkan penjaga gol pilihan kedua mereka dalam kesebelasan utama. Pep Guardiola sudah memberi jaminan nama Claudio Bravo akan tercatit sebagai penjaga gol manakala Arsene Wenger turut mengesahkan David Ospina akan menjaga gawang Arsenal.

Image result for man city vs wolves carabao cup celebrate

Biarpun segelintir penyokong City melihat keputusan menurunkan Bravo di perlawanan sepenting ini boleh merendahkan kebarangkalian City untuk bergelar juara namun selayaknya Bravo diberikan penghargaan yang sewajarnya selepas tampil menjadi wira dalam dua penentuan penalti untuk membawa City sejauh ini.

Lagipun dua gelaran juara Piala Liga terakhir City berjaya dicapai dengan menggunakan khidmat penjaga gol pilhan kedua iaitu Costel Pantilimon (2014) dan Willy Caballero (2016). Adakah Bravo juga akan membawa hasil yang serupa?

Image result for caballero v liverpool capital one cup

Dari posisi penjaga gol kita beralih ke bahagian serangan. Fokus akan tertumpu kepada Sergio Aguero. Dalam dua perlawanan akhir sebelum ini Aguero tidak menjaringkan sebarang gol dan kini dengan rekod 198 gol Aguero hanya berbaki 2 gol untuk mencapai 200 gol bersama City.

Di manakah pentas yang lebih baik jika bukan di perlawanan akhir untuk legenda City ini memahatkan nama sebagai pemain City pertama melakukan pencapaian tersebut dan di stadium keramat, Wembley.

Mujurlah Aguero boleh bermain untuk perlawanan ini selepas terlepas daripada sebarang tindakan tatatertib oleh pihak FA Inggeris kerana terlibat dalam insiden pertelingkahan dengan seorang peminat Wigan Athletic ketika perlawanan Piala FA baru-baru ini.

Image result for aguero wigan player

Namun City tidak terelak daripada masalah kerana walaupun tidak menghadapi sebarang kecederaan baharu, Guardiola tetap berdepan dengan dilema di posisi bek kiri akibat penggantungan Fabian Delph yang dilayang kad merah dalam perlawanan Piala FA menentang Wigan.

Guardiola perlu memilih di antara pemain muda Oleksandr Zinchenko ataupun pemain berpengalaman Danilo untuk mengisi posisi tersebut.

Zinchenko sebelum ini berjaya bermain sebagai bek kiri dengan berkesan sehingga mendapat pujian daripada Guardiola sendiri akan tetapi adakah pentas akhir Piala Liga ini terlalu besar untuk pemain muda Ukraine itu?

Image result for zinchenko pep guardiola

Danilo pula walaupun lebih berpengalaman namun prestasinya terlalu tidak menentu apabila diturunkan untuk bermain.

Ataupun Guardiola sebenarnya memiliki pilihan ketiga kerana pemain pertahanan baru City, Aymeric Laporte juga boleh bermain di posisi bek kiri.

Image result for aymeric laporte man city

Guardiola perlu membuat keputusan penting ini kerana kelemahan di posisi tersebut boleh menjadi titik lemah City yang mungkin dieksploitasi oleh jentera serangan Arsenal. Lebih-lebih lagi serangan mereka kini dikepalai oleh penyerang berkelajuan tinggi, Pierre-Emerick Aubameyang.

Berita baik buat City ialah 3 penjaring gol terbanyak Arsenal musim ini kesemuanya tidak akan turun dalam perlawanan akhir nanti. Alexandre Lacazette terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan, Alexis Sanchez sudah berpindah ke Manchester United manakala Olivier Giroud pula sudah berpindah ke Chelsea.

Pertarungan bahagian sentral akan menjadi kunci di perlawanan akhir nanti. Jika Kevin De Bruyne, David Silva dan Fernandinho berjaya mendominasi kawasan tersebut dan mengunci pergerakan Mesut Ozil dan Aaron Ramsey maka tidak mustahil kejayaan 3-1 dalam perlawanan liga awal musim ini akan berjaya diulangi City.

Piala pertama di musim cemerlang

Biarlah perlawanan akhir Piala Liga ini menjadi ubat paling mujarab buat peminat City mengubat kelukaan disingkirkan dari Piala FA oleh Wigan tempoh hari. Dengan gelaran juara Liga Perdana Inggeris hampir dalam genggaman, Piala Liga atau Carabao Cup diharap dapat memacu kejayaan sama di satu lagi kejuaraan iaitu Liga Juara-Juara Eropah.

Semoga kejayaan berada di tangan kita. Semoga Guardiola berjaya mencapai gelaran juara pertama. Semoga Manchester City berjaya menjadi juara Piala Liga buat kali kelima. Ayuh City!

Image result for carabao cup wembley

* Perlawanan akhir Carabao Cup akan berlangsung di Stadium Wembley hari Ahad 25 Februari jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin 26 Februari waktu tempatan Malaysia. Tiada siaran langsung ditayangkan di saluran Astro kerana tiada hak penyiaran. Seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS bersama foto dan liputan khas dari Wembley.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba juarai Carabao Cup!

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City