quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

FC Basel FC Basel
Man City

Aguero v Basel

Aguero v Basel

Isnin, 1 Januari 0001 12:00 PG

Prestasi Terkini

Tiada data prestasi terkini
lwn

Prestasi Terkini

Tiada data prestasi terkini
Pengadil
Kali Terakhir

Manchester City meneruskan cabaran Liga Juara-Juara Eropah dengan menghadapi FC Basel dalam perlawanan pertama peringkat 16 akhir di Switzerland.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di St. Jakob Park pada hari Selasa 13 Februari jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Image result for st jakob park basel

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 810/831 HD dan seperti biasa liputan langsung perlawanan boleh diikuti di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pep Guardiola tanpa Benjamin mendy (buku lali) dan Gabriel Jesus (lutut), namun David Silva, Leroy Sane dan Fabian Delph kembali cergas dan kemungkinan diturunkan semula kali ini.

Basel: Raphaël Wicky pula tanpa penjaga gol utama Germano Vailati yang cedera semenjak Oktober lalu, namun pemain tengah Luca Zuffi kembali berlatih dan dapat beraksi semula.

Image result for raphael wicky basel 2018

Pengadil Perlawanan

Jonas Eriksson akan mengadili perlawanan nanti. Pengadil kelahiran Sweden berusia 43 tahun mula disenaraikan sebagai pengadil FIFA mulai tahun 2002 dan dikenali sebagai seorang jutawan ternama.

Image result for Jonas Eriksson 2018

Laluan ke 16 akhir

Man City: Citizens menjuarai Kumpulan F peringkat kumpulan dengan 15 mata selepas menang lima perlawanan dan kalah satu kepada Shakhtar Donetsk. Selain City Shakhtar turut layak ke 16 akhir menafikan peluang Napoli dan Feyenoord dalam kumpulan yang sama.

Ini merupakan kali kelima berturut-turut City layak ke peringkat 16 akhir dengan pencapaian terbaik mara ke separuh akhir bertemu Real Madrid pada musim 2015/16 dengan kalah tipis 1-0 dalam dua pertemuan. Pada musim lalu City gagal mara ke suku akhir selepas kalah tipis kepada Monaco dengan agregat 6-6 kelebihan gol juara Ligue Perancis di tempat lawan.

Image result for man city v napoli celebrate

Basel: Pasukan dari Swiss Super League pula menjadi naib juara kepada Manchester United dalam Kumpulan A bersama-sama CSKA Moscow dan Benfica. Mereka menang 1-0 ke atas United di tempat sendiri namun kalah 3-0 di Old Trafford.

Ini merupakan kali ketiga Basel layak ke peringkat 16 akhir selepas layak bersaing di peringkat kumpulan sebanyak lapan kali semenjak format baru Liga Juara-Juara diperkenalkan tahun 1992.

Related image

Prestasi Pasukan

Man City: Pendahulu Liga Perdana Inggeris menang 5-1 ke atas Leicester City dalam perlawanan terakhir mereka untuk menambah jurang di puncak kepada 16 mata (72 mata) selepas menjamin tempat ke pusingan kelima Piala FA (Wigan Athletic) dan final Piala Carabao (Arsenal).

Image result for city 5-1 leicester

Basel: FCB kini menduduki tangga kedua Liga Super Swiss di belakang Young Bhoys dengan 12 kemenangan, lima seri dan empat kalah (41 mata). Perlawanan terakhir mereka menyaksikan kemenangan 2-0 ke atas FC Thun.

Image result for fc basel 2-0 fc thun

Pertemuan Terakhir

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam mana-mana perlawanan kompetitif.

Pertalian Kelab

Pemain tengah Jerman, Maurizo Gaudinho menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman buat City pada tahun 1990an dan sempat semusim bersama Basel dengan menjaringkan 10 gol dari 30 penampilan.

Image result for Maurizio Gaudino man city

Bacaan Lanjut

Previu Pep Guardiola: Kami sasar lebih bagus dalam UCL kali ini

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Tugasan berat masih banyak di hadapan

Laporan Perlawanan

Empat gol Aguero benamkan Leicester di Etihad

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu sang musang

Man City vs Leicester City

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan dalam menerima kunjungan Leicester City di Stadium Etihad.