quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Man United

Manchester Derby 176th

Manchester Derby 176th

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium Sabtu, 7 April 2018 4:30 PTG

Man City

Prestasi Terkini

M Seri M M M M K
lwn

Man United

Prestasi Terkini

Seri M Seri K Seri Seri M
Pengadil
Martin Atkinson
Kali Terakhir
City 2-3 United, 7/4/18

Manchester City menerima kunjungan Manchester United untuk derbi ke-176 dengan peluang untuk menjamin kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Blues paling cepat dalam sejarah liga.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 7 April jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 tengah malam/pagi Ahad waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Related image

Berita Pasukan

City: Pep Guardiola mempunyai skuad hampir penuh dengan hanya ketiadaan Benjamin Mendy yang masih direhatkan akibat kecederaan lutut dan Sergio Aguero masih diragui dapat kembali beraksi. Sekiranya Kun kembali bermain, beliau mungkin ditempatkan di bangku simpanan.

Namun dengan perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah hanya selang tiga hari, kemungkinan Pep akan menggilirkan para pemain utama untuk menumpukan pada kejuaraan Eropah selepas tewas 3-0 di Anfield, Selasa lalu.

United: Jose Mourinho hanya ketiadaan penjaga gol pilihan kedua, Sergio Romero yang cedera semasa rehat antarabangsa bersama Argentina. Manakala Daley Blind, Phili Jones, Marcos Rojo dan Ander Herrera kembali dalam pemilihan skuad selepas cergas sepenuhnya.

Image result for jose mourinho april 2018

Pengadil Perlawanan

Martin Atkinson akan mengadili perlawanan kali ini. Pengadil berusia 47 tahun kelahiran Yorkshire ini mula dipromosi mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris mulai tahun 2005 selepas menjadi pembantu jurulatih tahun 2000.

Image result for martin atkinson

Prestasi Pasukan

City: Citizens selaku pendahulu liga hanya memerlukan satu kemenangan untuk dinobat sebagai juara musim ini dengan baki enam perlawanan lagi serta bakal mencatat beberapa rekod baru liga termasuk mencapai kejuaraan terpantas, kemenangan di laman sendiri terbanyak dan lain-lain lagi.

Perlawanan terakhir Liga Perdana menyaksikan City menang 3-1 di Goodison Park dan sehingga kini mengumpul 84 mata dan 88 gol (21 bolos) serta 16 jurang di puncak.

Image result for everton 1-3 man city

United: Reds di tangga kedua mengumpul 68 mata serta 60 gol (23 bolos). Perlawanan terakhir liga menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Swansea selepas menempah tempat ke semifinal Piala FA yang akan bertemu Spurs.

Image result for man united 2-0 swansea

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 175 kali di kesemua kejohanan dengan City menang 51, seri 52 dan kalah 72.

Kemenangan terbesar City ke atas Man United dicatat pada 23 Oktober 2011 dengan jaringan 6-1 di Old Trafford. Sementara kekalahan terbesar City kepada United pula pada 23 Januari 1926 dengan jaringan sama 6-1 di laman Reds.

Image result for united 1-6 city

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 10 Disember 2017 di Old Trafford menyaksikan pasukan Pep Guardiola menang 2-1 hasil gol David Silva dan Nicolas Otamendi selepas Marcus Rashford membuka jaringan.

Image result for united 1-2 man city december 2017

Manakala pertemuan terakhir di Stadium Etihad pada musim lalu, terikat tanpa jaringan. Kemenangan City ke atas United bermakna membawa pasukan Biru akan dimahkotakan sebagai juara Liga utama Inggeris kelima setelah melakukannya empat kali sebelum ini (1936/37, 1967/68, 2011/12 dan 2013/14)

Inilah masanya! Come on Blues!!

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu kekal fokus walau hampir juara

Berita Pasukan Utama

City terima empat pencalonan anugerah EPL

Laporan Perlawanan

City kecundang suku akhir pertama UCL di Anfield