quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Liverpool
Man City

/International New Galleries/Malaysia/2017 18/1st Leg UEFA Champions League LFC vs City

/International New Galleries/Malaysia/2017 18/1st Leg UEFA Champions League LFC vs City

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Anfield Rabu, 4 April 2018 6:45 PTG

Liverpool

Prestasi Terkini

Seri K Seri K M M M
lwn

Man City

Prestasi Terkini

Seri M M M M K M
Pengadil
Martin Atkinson
Kali Terakhir
Liverpool 0-0 City, 7/10/18

Manchester City akan dipertemukan kali pertama dengan Liverpool di kejuaraan Eropah dengan kunjungan ke Anfield.

Bila dan di mana?

Selepas menang selesa 3-1 ke atas Everton di Goodison Park, City sekali bertandang ke Merseyside kali ini ke Anfield pula untuk bertemu Liverpool dalam bahagian pertama perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu, 5 April 2018 pukul 2.45 pagi waktu Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD, dan seperti biasa liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Related image

Berita pasukan

Sergio Aguero yang direhatkan dalam 5 perlawanan sebelum dikhabarkan sudah kembali cergas namun belum bersedia untuk beraksi semula. Gabriel Jesus dijangka melengkapkan serampang mata tiga bersama Leroy Sane dan Raheem Sterling.

Image result for pep guardiola training 2018

Dalam perlawanan Everton, Pep Guardiola bereksperimen dengan memainkan Aymeric Laporte di bahagian kiri pertahanan memandangkan Fabian Delph masih dibelenggu kecederaan ketika. Dengan Delph sudah kembali cergas, Pep mempunyai pilihan Delph, Danilo atau Oleksandr Zinchenko sebagai bek kiri.

John Stones yang tidak diturunkan menentang bekas pasukannya sekali lagi dijangka terlepas perjalanan ke Merseyside akibat kecederaan hantukan.

Image result for jurgen klopp training 2018

Di kem Liverpool pula mereka bakal kehilangan khidmat Joel Matip yang terpaksa menjalani pembedahan. Selain Matip, Liverpool bakal turun tanpa kelibat Adam Lallana, Joe Gomez dan Ragnar Klavan.

Kedua-dua pasukan dilihat kehilangan sebilangan besar permain pertahanan mereka.

Pengadil perlawanan

Perlawanan ini akan diadili oleh pengadil dari Jerman, Felix Brych. Brych sebelum ini sudah mengadili 3 perlawanan buat kedua-dua pasukan. City dan Liverpool juga hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja dalam perlawanan yang diadili Brych.

Perlawanan terakhir City yang diadili Brych ialah menentang Napoli apabila Aguero memecahkan rekod menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City.

Prestasi pasukan

Semenjak kekalahan 4-3 kepada Liverpool dalam perlawanan liga City hanya tertewas sebanyak 2 kali daripada 14 perlawanan dan kedua-duanya ialah dalam kejohanan piala iaitu kepada Wigan (Piala FA) dan FC Basel (UCL).

Image result for man city celebrate 2018

Liverpool pula selepas kemenangan ke atas City tertewas dalam dua perlawanan berturut-turut menentang Swansea (liga) dan West Bromwich Albion (Piala FA) sebelum kemudiannya tewas di tangan seteru tradisi, Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana untuk mengumpul 3 kekalahan dalam 12 perlawanan.

Laluan ke suku akhir

City dan Liverpool masing-masing gah menjuarai peringkat kumpulan mereka. Namun Liverpool dilihat memegang rekod yang lebih cantik dalam UCL berbanding City kerana masih mengalami sebarang kekalahan dalam 12 perlawanan UCL sehingga ke peringkat suku akhir ini.

Image result for man city celebrate 2018

City pula tewas dalam 2 perlawanan mereka iaitu kepada Shakhtar Donetsk dan FC Basel. Akan tetapi dua kekalahan ini hadir selepas City memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.

Rekod Pertemuan

Liverpool memegang rekod kemenangan yang sangat besar ke atas City dengan rekod lampau 102 kemenangan, 52 seri dan hanya 54 kekalahan.

Apatah lagi pertemuan ini berlangsung di Anfield yang melihat City gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 17 kunjungan terakhir mereka ke situ. Kemenangan terakhir City di Anfield ialah 15 tahun lalu pada 5 Mei 2003.

Image result for liverpool v man city 2003

Kali terakhir mereka bertemu Liverpool menang 4-3 dalam perlawanan sengit namun di Stadium Etihad City berjaya membelasah Liverpool 5-0 dalam perlawanan awal musim.

Fakta menarik

Jika City berjaya mencatatkan kemenangan, mereka akan menjadi hanya pasukan kedua yang berjaya menewaskan Liverpool di laman mereka musim ini.

Ini merupakan perlawanan pertama dalam rentetan 4 perlawanan besar City. Seterusnya City akan menanti kunjungan Man United dalam perlawanan liga dan berdepan Liverpool sekali lagi untuk suku akhir kedua sebelum bertandang ke London menghadapi Tottenham Hotspur.

Cabaran yang cukup besar buat City. Bersediakah City untuk menamatkan badi Anfield? Ayuh City ayuh!

Berita Pasukan Utama

Pep: Saya takkan ubah cara bermain lawan Liverpool

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Fokus kami kini pada UCL

PEP WATCH: The manager observes from the bench at Goodison Park.

Pep Guardiola menggesa pasukannya supaya mengalih tumpuan serta merta kepada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas meraih kemenangan di Everton.

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi menjuarai EPL kalahkan Everton