quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

West Brom
Man City

Piala Liga (Carabao Cup) The Hawthorns 20 September 2017 19:00

West Brom

Prestasi Terkini

K K K K Seri Seri K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
Pengadil
Mike Jones
Kali Terakhir
West Brom 2-3 City, 28/10/17
Download the Match Day App

City memulakan cabaran Piala Liga (EFL Cup) yang dikenali mulai musim ini sebagai Piala Carabao berikutan penaja minuman bertenaga. Berikut apa yang anda perlu tahu.

Bila dan di mana?

City akan bertandang ke the Hawthorns untuk pusingan ketiga Piala Carabao menentang tuan rumah West Bromwich Albion pada hari Rabu, 20 September jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Khamis, 21 September waktu Malaysia.

Image result for the hawthorns

Tiada siaran langsung disiarkan oleh penyiar di UK mahupun Malaysia. Anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu/Malaysia kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

West Brom: Pasukan kendalian Tony Pulis akan ketiadaan pemain tengah Jake Livermore selepas diberi perlanjutan cuti berikutan kepenatan mental, Nacer Chadli cedera betis dan Oliver Burke cedera hamstring.

Image result for tony pulis west brom 2017

Man City: Vincent Kompany telah mula berlatih bersama pasukan minggu lalu selepas mengalami kecederaan pangkal peha semasa tugasan antarabangsa bersama Belgium. Namun ia mungkin masih awal buat kapten untuk perlawanan kali ini.

Ilkay Gundogan dijangka akan ditempatkan dalam kesebelasan utama buat pertama kali selepas diturunkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan di Watford.

Image result for pep guardiola 2017

Pengurus City mempunyai skuad penuh untuk dipilih dengan turut memikirkan perlawanan seterusnya hari Sabtu apabila Crystal Palace bertandang di Stadium Etihad.

ABSOLUTELY FAB: Fabian Delph's aerial control

Pep Guardiola kemungkinan akan merehatkan beberapa pemain bintang dan memberi peluang kepada para pemain yang tidak beraksi dalam lima perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dan perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah termasuk Yaya Toure dan Fabian Delph serta para pemain muda seperti Brahim Diaz dan Phil Foden.

Image result for yaya toure training 2017

Pengadil Perlawanan

Mike Jones akan mengadili perlawanan nanti. Pengadil berusia 49 tahun ini mula menjadi pengadil untuk Liga Perdana Inggeris tahun 2008 selepas 11 tahun mengadili 'Football League'.

Kali Terakhir

Kali terakhir kunjungan City di laman Albions ialah pada 29 Oktober tahun lalu yang telah menyaksikan kemenangan 4-0 dengan dua jaringan gol Sergio Aguero dan dua gol oleh Gundogan.

Image result for west brom 0-4 man city

Rekod Pertemuan

City telah bertemu sebanyak 150 kali dengan West Brom dengan menang 67, kalah 54 dan seri 29.

Ini merupakan pertemuan ke-5 kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Liga dengan kali terakhir West Brom menang 2-1 ke atas City tahun 2010 di pusingan ketiga.

Image result for man city league cup 1970

West Brom turut bertemu City di final Piala Liga tahun 1970 ketika Blues merangkul kejuaraan dengan kemenangan 2-1.

Rekod Kejohanan

City menjuarai Piala Liga sebanyak empat kali setakat ini; 1970, 1976, 2014 dan 2016.

Manakala West Brom menjuarainya sekali pada tahun 1966 dan dua kali berjaya ke final iaitu tahun 1967 dan 1970.

Image result for city champions capital one cup 2016

Prestasi Pasukan

City turun ke the Hawthorns dengan prestasi memberangsangkan dengan berkongsi kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris bersama Man United selepas menang empat perlawanan dan seri satu serta mencatat tiga perlawanan terakhir dengan kemenangan besar termasuk di Liga Juara-Juara Eropah menundukkan Feyenoord 4-0 dan perlawanan terakhir menang 6-0 di Watford.

Image result for west brom 0-0 west ham

Sementara West Brom di kedudukan ke-10 carta Liga Perdana Inggeris dengan 2 menang, 2 seri, 1 kalah termasuk tewas 3-1 kepada Brighton dan diikat seri tanpa jaringan oleh West Ham di tempat sendiri minggu lalu.

Nota Penting

- Sekiranya Yaya Toure diturunkan kembali oleh Pep ia akan menjadi penampilan ke-300 pemain tengah Ivory Coast itu buat kelab di kesemua kejohanan.

- Jika Sergio Aguero diturunkan dan menjaringkan hatrik ke atas West Brom, beliau akan mengatasi Eric Brook untuk menjadi penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman yang kini mengumpul 175 gol.

Image result for Aguero 6 hat trick premier league

 

Galeri Foto

Cabaran Piala Liga bermula!

Berita Pasukan Utama

Gabriel Jesus calon 'Golden Boy 2017'

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus telah dicalonkan untuk anugerah berprestij, ‘Golden Boy’ selepas memulakan kariernya dalam bola sepak England yang menyerlah.

Gabriel Jesus dicalon untuk anugerah Golden Boy 2017...

Apa Kata Media

Lewandowski mungkin sertai City?

Jendela perpindahan pemain Musim Sejuk lagi tiga bulan lebih akan dibuka namun media sudah mula rancak mengaitkan beberapa nama dengan City.

Gosip dan khabar dari media tentang Manchester City..