quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Watford
Man City

Liga Perdana Inggeris (EPL) Vicarage Road 16 September 2017 14:00

Watford

Prestasi Terkini

M Seri M K M Seri K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Anthony Taylor
Kali Terakhir
Watford 0-6 City, 16/9/17
Download the Match Day App

Segala yang anda ingin tahu menjelang pertemuan Watford menentang Man City…

Bila dan di mana?

Pasukan Pep Guardiola akan bertandang ke Vicarage Road menghadapi Hornets pada hari Sabtu, 16 September dengan perlawanan bermula jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Image result for vicarage road

Anda boleh menonton perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di saluran Astro 810/831 HD.

Anda juga boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu/Malaysia @ManCityMAS.

Berita pasukan

Watford: Hornets ketiadaan empat pemain dengan Younes Kaboul cedera hamstring, Sebatsian Prodl turut cedera, sementara Craig Cathcart cedera lutut. Manakala Miguel Britos digantung perlawanan.

Berikut kesebelasan utama dan simpanan Watford.

 

City: Raheem Sterling kembali dari penggantungan perlawanan, namun Vincent Kompany masih direhatkan kerana kecederaan pangkal paha dan dijangka akan kembali tidak lama lagi.

Berikut kesebelasan utama City dan barisan simpanan.

Kali Terakhir

City mengharapkan untuk mengulangi kecemerlangan perlawanan penutup musim lalu 5-0 di Vicarage Road dan meneruskan momentum kemenangan selepas menundukkan Liverpool 5-0 dan Feyenoord 4-0.

Image result for marco silva and pep guardiola

Sementara Watford pula dengan pengurus baru, Marco Silva yang berpindah dari Hull City mencatat prestasi mantap meraih dua kemenangan (Bournemouth, Southampton) dan dua seri (Liverpool, Brighton) dari empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini.

Image result for watford celebration 2017/18

Pengadil

Anthony Taylor kelahiran Wythenshawe, Manchester berusia 38 tahun ini mula disenaraikan sebagai pengadil rasmi oleh FIFA tahun 2013

Related image

Rekod Pertemuan

Sehingga kini City telah bertemu Watford sebanyak 24 kali dengan 13 kemenangan, 5 seri dan 6 kalah. City mencatat kemenangan kesemua enam pertemuan terakhir termasuk dua dalam perlawanan Piala FA dan empat Liga Perdana Inggeris.

Image result for man city 5-0 liverpool celebration v liverpool

Dengan City kini di kedudukan kedua carta Liga Perdana Inggeris dengan jumlah mata sama hanya dibezakan gol oleh pendahulu Manchester United, kemenangan seterusnya akan membawa City ke puncak sebelum United berhadapan Everton hari Ahad.

Namun sekiranya Watford menang akan membawa pasukan utara London tersebut melonjak ke puncak dari kedudukan keempat kini, yang hanya dijarakkan dua mata dari Citizens. Ayuh City!

Kami di Manchester City mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua warga Malaysia walau di mana sahaja anda berada. Negaraku, sehati sejiwa.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan turun pasukan terbaik lawan Watford

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan turun pasukan terbaik lawan Watford

Galeri Foto

Perjuangan Liga Perdana Inggeris diteruskan!