quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Shakhtar Donetsk

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium 26 September 2017 18:45

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
lwn

Shakhtar Donetsk

Prestasi Terkini

K M M K M K M
Pengadil
Jorge Sousa
Kali Terakhir
City 2-0 FC Shakhtar Donetsk, 26/9/17
Download the Match Day App

Shakhtar Donetsk menjadi tamu pertama bertandang di Stadium Etihad untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Bila dan di mana?

Manchester City akan menerima kunjungan juara liga Ukraine dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah pada hari Selasa 26 September jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Image result for etihad stadium night time champions league

Para peminat tanahair boleh menonton siaran langsung di saluran Astro 810/831 dan kami akan bawakan liputan langsung di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pep Guardiola telah memaklumkan di sidang media hari Jumaat yang skuad tanpa dua pemain Ilkay Gundogan dan Vincent Kompany. Meskipun kedua-duanya telah kembali berlatih namun ia masih terlalu awal untuk mereka beraksi.

Sementara Benjamin Mendy yang mengalami kecederaan semasa kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace akan melalui ujian kecergasan menentukan dapat bermain atau tidak.

Shakhtar Donetsk: Pasukan kendalian Paulo Fonseca ketiadaan tiga pemain mereka iaitu Maksym Malyshev, Darijo Srna dan Serhiy Krystov yang direhatkan akibat kecederaan.

Image result for fonseca shakhtar donetsk

Pengadil Perlawanan

Pengadil asal Portugal berusia 42 tahun, Manuel Horge Neves Moreira de Sousa akan mengadili perlawanan malam nanti. Ia merupakan musim pertama Sousa menjadi pengadil Liga Juara-Juara Eropah selepas mengadili perlawanan-perlawanan di Liga Europa sebelum ini.

Image result for Manuel Jorge Neves Moreira de Sousa 2017

Kali terakhir

Kedua-dua pasukan belum pernah bertemu dalam mana-mana perlawanan kompetitif sebelum ini.

Prestasi Liga Eropah

Dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan F dua minggu lalu City membenamkan Feyenoord 4-0 di Rotterdam, manakala Shakhtar menang 2-1 ke atas Napoli di Ukraine.

Image result for feyenoord 0-4 city

Man City: Ini merupakan tahun keenam berturut-turut City layak bersaing di Liga Juara-Juara Eropah dengan pencapaian tertinggi sampai ke peringkat separuh akhir musim 2015/16 sebelum disingkirkan oleh Real Madrid dengan kekalahan agregat tipis 0-1.

Image result for real 1-0 city

Musim lalu City disingkir di peringkat 16 akhir oleh AS Monaco dengan agregat 6-6 kelebihan gol Monaco di tempat lawan.

City pernah merangkul satu piala peringkat Eropah musim 1969/70, UEFA Cup Winners’ Cup sebelum ia diganti kepada Liga Europa kini.

Shakhtar Donestk: Shakhtar mula menyertai kejohanan Eropah tahun 1976 dan mulai tahun 1997 pasukan gergasi Ukraine ini tidak pernah ketinggalan layak bersaing di pentas Eropah.

Pencapaian tertinggi Liga Juara-Juara Eropah layak ke suku akhir musim 2010/11 sebelum disingkirkan Barcelona dengan agregat 1-6.

Image result for shakhtar v barcelona

Mereka juga pernah menjuarai Liga Europa musim 2008/09 dengan mengalahkan Werder Bremen 2-1 di Istanbul dan di perlawanan UEFA Super Cup ditewaskan Barcelona 0-1 di Monaco.

Prestasi Liga tempatan

Man City: Juara empat kali Liga Perdana Inggeris unggul di puncak selepas menang 5 dan seri 1 dari enam perlawanan musim ini dengan mengumpul 21 gol dan terbolos 2.

Tiga perlawanan terakhir liga telah menyaksikan City meraih kemenangan besar 5-0 lawan Liverpool, 6-0 menentang Watford dan 5-0 ke atas Crystal Palace.

Image result for city 5-0 liverpool

Ia menjadikan rekod baru liga selepas kali terakhir dicatat Blackburn musim 1958/59 untuk jaringan 5 atau lebih dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam satu musim.

Sergio Aguero menjadi penjaring gol terbanyak liga dengan 6 gol diikuti Raheem Sterling 5 gol. Aguero turut menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord.

Image result for aguero v palace 2017

Shakhtar Donetsk: Juara 10 kali Liga Perdana Ukraine ini terus kekal di puncak carta musim ini selepas 10 perlawanan dengan diekori rapat Dynamo Kyiv dengan turut mengumpul 21 gol , namun terbolos 8 gol setakat ini.

Image result for fonseca shakhtar donetsk

Bintang Shakhtar, Facundo Ferreyra setakat ini telah menjaringkan 10 gol, diikuti Marlos 9 gol bakal menjadi ancaman. Ferreyra, penyerang asal Argentina berusia 26 tahun ini turut menghasilkan satu gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Napoli dalam perlawanan pertama Kumpulan F.

Image result for Facundo Ferreyra 2017

Fakta Menarik

- Pemain tengah City asal Brazil, Fernandinho bersama Shakhtar selama lapan tahun (2005-13) sebelum berpindah ke Stadium Etihad dengan menyumbang 31 gol dalam 183 penampilan. Beliau juga dinamakan Pemain Terbaik Liga Perdana Ukraine musim 2007/08 dengan merangkul 6 juara liga, 4 Piala Ukraine dan 1 Liga Europa 2008/09.

Image result for fernandinho shakhtar

- Shakhtar merupakan pasukan kedua dari Ukraine diundi bertemu City selepas Dynamo Kyiv dalam Liga Europa 2010/11 dan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16.

Image result for city v dynamo kyiv

- City tidak pernah kalah dalam 10 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di tempat sendiri (menang 7, seri 3).

- City meraih tujuh mata di laman sendiri di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

- Sergio Aguero hanya perlu satu gol lagi (176) untuk menyamai rekod legenda City, Eric Brook sejak tahun 1939 sebagai penjaring gol terbanyak City di kesemua kejohanan (177 gol) dan dua gol membawanya memecoh rekod baru kelab.

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia satu ujian bagus lawan Shakhtar

Pep Guardiola akan tanpa Vincent Kompany dan Ilkay Gundogan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu Shakhtar Donetsk malam Rabu.

Previu Pep Guardiola Manchester City vs Shakhtar Donetsk

Berita Pasukan Utama

Fernandinho: Shakhtar akan datang menyerang

Ferna v Donetsk

Fernandinho menjangkakan satu lagi persembahan permainan menyerang apabila City menerima kunjungan Shakhtar Donetsk malam Rabu dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Previu Fernandinho menjelang pertemuan Manchester City dengan Shakhtar Donetsk...

Berita Pasukan Utama

Guardiola gembira dengan permainan babak kedua