quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Liverpool

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 09 September 2017 11:30

Man City

Prestasi Terkini

M M K M M M M
lwn

Liverpool

Prestasi Terkini

Seri Seri M M M Seri Seri
Pengadil
Jonathan Moss
Kali Terakhir
City 5-0 Liverpool, 9/9/17

Liverpool merupakan lawan City pertama sekembali dari rehat antarabangsa dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan nanti.

Bila dan di mana?

City akan mengalu-alukan kedatangan pasukan kendalian Jurgen Klopp di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 9 September dengan perlawanan bermula jam 12.30 tengahari waktu UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu Malaysia.

Anda di tanahair boleh menonton siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD.

Image result for pep and klopp

Anda juga boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi City Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Raheem Sterling akan terlepas perlawanan berikutan kad merah dalam perlawanan terakhir di Bournemouth. Sementara Kyle Walker yang digantung perlawanan berikutan kad merah semasa melawan Everton akan dapat kembali beraksi semula nanti.

Dengan Benjamin Mendy dan Fabian Delph telah kembali beraksi menentang Cherries dua minggu lalu, Ilkay Gundogan merupakan satu-satunya pemain yang tidak beraksi sebelum rehat antarabangsa.

Image result for benjamin mendy vs bournemouth

Maklumat muktamad pasukan akan dikhabarkan Pep Guardiola semasa sidang media hari Jumaat.

Liverpool: Pasukan pelawat akan ketiadaan Nathaniel Clyne (cedera belakang) dan Adam Lallana (cedera betis), namun Philippe Coutinho telah bermain buat Brazil minggu lalu dijangka dalam kesebelasan utama.

Related image

Pengadil perlawanan

Jonathan Moss akan mengadili perlawanan kali ini. Pengadil berusia 46 tahun berasal dari Sunderland ini mula mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2011.

Kali Terakhir

Kedua-dua pasukan bertemu kali terakhir dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris musim 2016/17 pada bulan Mac lalu di Stadium Etihad dengan terikat 1-1.

Image result for james milner city 1-1 liverpool

Selepas gol pembuka bekas pemain City, James Milner melalui sepakan penalti pada minit ke-51, Sergio Aguero berjaya menyamakan kedudukan 18 minit kemudiannya.

Hari Sabtu ini merupakan pertemuan ke-207 kedua-dua pasukan dalam kesemua kejohanan dengan kemenangan lebih berpihak kepada Liverpool sebanyak 101 kali, seri 52 dan hanya 53 dimenangi oleh Citizens dari 206 perlawanan lalu.

Image result for james milner city 1-1 liverpool

City mencatat kemenangan terakhir semasa perlawanan akhir Piala Liga (Capital One Cup) pada 28 Februari 2016 dengan sepakan penentuan selepas diikat seri 1-1 di masa biasa yang meranapkan impian Liverpool merangkul piala.

Image result for city vs liverpool penalty capital one cup

Sementara kemenangan terakhir City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pula diraih pada 25 Ogos 2014 dengan kemenangan 3-1 di Stadium Etihad.

Bagaimana pula Sabtu ini?

Galeri Foto

Persiapan bertemu Liverpool

Berita Pasukan Utama

Sterling diundi Pemain Terbaik Etihad Ogos

Raheem Sterling telah diundi sebagai Pemain Terbaik Etihad untuk bulan pertama musim 2017/18.

Raheem Sterling telah diundi sebagai Pemain Terbaik Etihad untuk bulan pertama musim 2017/18.

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad UCL City musim 2017/18

Champions League

Manchester City mengumumkan skuad mereka untuk peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2017/18.

Senarai 21 pemain Manchester City untuk saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEAF musim 2017/18.