quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Palace

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 23 September 2017 14:00

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
lwn

Palace

Prestasi Terkini

K M K K M K K
Pengadil
Neil Swarbrick
Kali Terakhir
City 5-0 Palace, 23/9/17
Download the Match Day App

Segala yang anda tahu tentang perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris musim ini, pertemuan Manchester City dengan Crystal Palace.

Bila dan di mana?

City akan menjadi tuan rumah bertempat di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 23 September dengan perlawanan bermula jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Image result for etihad stadium 2017

Siaran langsung di saluran Astro 810/831 HD dan anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pep Guardiola telah mengesahkan yang kapten Vincent Kompany kembali dalam senarai pemilihan pemain selepas terlepas empat perlawanan terakhir akibat kecederaan pangkal paha, namun ketika barisan pemain diumumkan tiada kelibat kapten dalam senarai pemain baik kesebelasan utama mahupun simpanan.

David Silva, Kevin De Bruyne, Nicolas Otamendi, Benjamin Mendy dan Sergio Aguero yang telah direhatkan semasa kunjungan City ke West Brom dijangka akan turut kembali beraksi.

Image result for aguero de bruyne 2017/18 celebration

Sementara City hanya ketiadaan Ilkay Gundogan yang cedera lutut semasa menentang West Brom di pusingan ketiga Piala Carabao dan dijangka akan kembali beberapa hari lagi.

Berikut barisan pemain City menentang Palace.

Palace: Pasukan Roy Hodgson tanpa bintang mereka Wilfried Zaha yang direhatkan sehingga Oktober berikutan kecederaaan lutut dan Connor Wickham masih belum sembuh dari kecederaan ligamen lutut.

Related image

Namun Eagles bakal menyaksikan Mamadou Sakho dan Paper Sauare kembali beraksi dalam saingan liga selepas kedua-duanya beraksi semasa mereka menyingkirkan Huddersfield di pusingan ketiga Piala Carabao dengan kemenangan 1-0 hasil gol Bacary Sako.

Image result for palace 1-0 huddersfield

Berikut barisan pemain Crystal Palace melawan City.

Pengadil Perlawanan

Pengadil kelahiran Preston berusia 51 tahun, Neil Swarbrick dilantik mengadili perlawanan nanti. Beliau mula mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2010 dan di musim keduanya tahun 2011 terpilih dalam ‘Kumpulan Pengadil Terpilih’ (Select Group of Referees) sebagai pengadil utama kejuaraan.

Image result for neil swarbrick

Kali Terakhir

Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Etihad pada 6 Mei 2017, City meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Palace.

David Silva membuka jaringan di awal minit ke-2 diikuti tambahan empat gol di babak kedua oleh Vincent Kompany, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Nicolas Otamendi.

Image result for city 5-0 palace

Kemenangan tersebut telah memperkukuhkan kedudukan City di posisi ketiga Liga Perdana Inggeris mengatasi Liverpool untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah.

Rekod Pertemuan

Sehingga kini City telah bertemu sebanyak 57 kali dengan Palace di kesemua kejohanan dengan 30 kemenangan, 12 seri dan 15 kalah.

Image result for palace 2-1 man city 2015

City meraih kemenangan kesemua  enam pertemuan terakhir dengan Palace, manakala kemenangan terakhir Palace ke atas City pula dicatat pada 6 April 2015 dengan kemenangan 2-1 di Selhurst Park.

Prestasi Pasukan

City kini berkongsi kedudukan di puncak carta lagi dengan Manchester United selepas menang empat perlawanan dan seri satu serta mengumpul 16 gol dan terbolos 2 gol.

Image result for watford 0-6 city

Sementara Palace pula di kedudukan tercorot carta liga dengan kalah kesemua lima perlawanan dan tidak mencatat sebarang gol serta terbolos 8 gol.

Fakta Menarik

- Palace menjadi pasukan pertama liga utama Inggeris semenjak tahun 1888 memulakan musim tanpa sebarang mata dan gol selepas lima perlawanan..

- Manchester City mengumpul 17 gol dan hanya terbolos 1 dari empat perlawanan terakhir mereka musim ini dengan kemenangan terbesar 6-0 di Watford.

Image result for sergio aguero celebrate city 5-0 liverpool

- Sergio Aguero bakal memecah rekod kelab sejak 1939 sekiranya beliau mencatat hatrik untuk mengumpul 178 gol mengatasi Eric Brook 177 gol untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City.

- Roy Hodgson menjadi pengurus paling berusia mengurusi kelab Liga Perdana Inggeris kini pada usia 70 tahun mengatasi pengurus Arsenal, Arsene Wenger 67 tahun. Sementara pengurus termuda dalam Liga Perdana adalah pengurus Bournemouth Eddie Howe, 39 tahun (Pep Guardiola 47 tahun).

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...

Berita Pasukan Utama

Kompany dalam pemilihan hadapi Palace

Pep Guardiola mengumumkan yang Vincent Kompany kembali dalam senarai pilihan pemain menentang Crystal Palace hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Sidang media Pep Guardiola menjelang lawan Crystal Palace...