quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Feyenoord
Man City

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Feyenoord Stadium 13 September 2017 18:45

Feyenoord

Prestasi Terkini

M K K K K K K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M K M M M M
Pengadil
Ivan Kruzliak
Kali Terakhir
City 1-0 Feyenoord, 21/11/17

Feyenoord merupakan lawan pertama Man City di peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 dan berikut apa yang anda perlu tahu menjelang kunjungan ke Belanda.

Bila di mana?

City akan memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang juara Eredvisie, Liga utama Belanda di De Kuip, Stadium Feyenoord pada hari Rabu, 13 September jam 7.45 malam waktu UK.

De Kuip pernah menjadi tuan rumah 10 kali perlawanan akhir kejuaraan Eropah termasuk perlawanan persembahan European Championship 2000. Stadium Feyenoord juga mereka stadium untuk pasukan kebangsaan Belanda.

Bagi peminat di tanahair boleh menonton siaran langsung di saluran Astro 810/831 HD mulai jam 2.45 pagi Khamis, 14 September juga liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu/Malaysia @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Feyenoord: Penjaring gol terbanyak Eredivisie musim 2016/17 Nicolai Jorgensen akan terlepas perlawanan nanti berikutan kecederaan hamstring. Sementara Sven van Beek, Bart Niewkoop dan Kenneth Vermeer kesemuanya cedera jangka masa panjang.

Image result for Nicolai Jorgensen feyenoord injured

City: Ia pada mulanya terlau awal untuk Ederson kembali beraksi selepas cedera dalam kemenangan 5-0 ke atas Liverpool, namun Pep mengesahkan semasa sidang media hari Jumaat di Feyenoord yang penjaga gol Brazil itu dalam pemilihan skuad namun perlu memakai pelindung kepala.

Justeru itu, hanya Vincent Kompany yang direhatkan berikutan kecederaan pangkal paha semasa rehat antarabangsa bersama Belgium. Pep telah memilih 19 pemain dalam rombongan ke Belanda kali ini untuk pemilihan skuad. Semak senarai penuh pemain di sini.

Pengadil

Syzmon Marciniak asal Poland berusia 36 tahun dan berdaftar dalam senarai pengadil FIFA mulai tahun 2011.

Kenali Feyenoord

Feyenoord Rotterdam menjuarai Liga utama Belanda (Eredivisie) musim 2016/17 buat kali ke-15 sejak kelab utama ibu negara Belanda itu ditubuhkan pada tahun 1908 dan kembali merangkul kejuaraan selepas 18 tahun sejak kali terakhir dimahkotakan pada musim 1998/99.

Image result for Feyenoord Rotterdam champions eredivisie

Feyenoord kini dilatih oleh anak tempatan kelahiran Rotterdam sendiri iaitu Giovanni van Bronckhorst, 42, yang juga bekas pemain Rangers, Arsenal, Feyenoord dan Barcelona sebelum bersara pada akhir musim 2009/10.

Feyenoord merupakan pasukan pertama diurusinya mulai musim 2015/16 dan berjaya membawa kelab menjulang Piala KNVB (sam seperti Piala Liga di UK) dan musim keduanya berjaya menamatkan penantian 18 tahun kelab menjuarai Eredivisie.

Image result for Giovanni van Bronckhorst feyenoord

Pada musim lalu, Feyenoord bersaing di peringkat kumpulan Liga Europa bersama Fenerbahce, Manchester United dan Zorya Luhansk. Meskipun menang 1-0 di Rotterdam namun mereka tewas 4-0 di Old Trafford dan kemudian tersingkir dari kejuaraan.

Image result for feyenoord 1-0 man united

Feyenoord pernah menjulang Piala Eropah (Liga Juara-Juara Eropah) pada tahun 1970 dengan mengalahkan Celtic 2-1 di masa tambahan di San Siro. Ini merupakan kali pertama mereka layak bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah sejak kali terakhir pada tahun 2002/03.

Kali terakhir

Kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu secara kompetitif.

Kumpulan F

Pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah kali ini City diundi bersama-sama dengan Shaktar Donetsk, Feyenoord dan Napoli.

Prestasi liga tempatan

Feyenoord: Lima perlawanan terakhir saingan Eridivisie, Feyenoord menang kelima-limanya mengalahkan Vietsse 4-2, Twente 2-1, Excelsior 1-0, Willem II 5-0 dan Heracles 4-2 untuk kekal di puncak carta liga.

Image result for city 5-0 liverpool

City: Empat perlawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris, City menang 3 dan seri 1 dengan mengalahkan Brighton 2-1, Everton seri 1-1, Bournemouth menang 2-1 dan Liverpool 5-0 untuk berada di tangga kedua dengan berkongsi mata dengan pendahulu Manchester United dengan perbezaan dua gol.

Fakta Menarik

- Ia merupakan perlawanan pertama Feyenoord dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di peringkat kumpulan sejak 15 tahun.

- Pasukan Belanda tersebut tidak pernah memenangi perlawanan dalam kejohanan hampir 16 tahun namun mengalahkan Manchester United di peringkat kumpulan Liga Europa musim lalu.

- Rekod Feyenoord di laman sendiri menentang mana-mana pasukan England adalah menang 5, seri 1 dan kalah 6, manakala secara keseluruhan menang 7, seri 5 dan kalah 11.

Image result for manchester city vs real madrid

- Ia merupakan kempen tahun ketujuh berturut-turut City layak bersaing di Liga Juara-Juara Eropah dengan empat kali berjaya sampai ke 16 akhir termasuk sekali layak ke semifinal musim 2015/16 bertemu Real Madrid dengan agregat 1-0.

- City pernah merangkul kejuaraan Eropah yang pertama dan terakhir pada musim 1969/70 dengan menjulang UEFA Cup Winners' Cup (Liga Europa kini) dengan mengalahkan Gornik Zabrze dari Poland 2-1 di Stadium Prater, Austria.

Image result for city vs monaco

- Musim lalu, pasukan Pep Guardiola tersingkir di peringkat 16 akhir dengan agregat 6-6 dengan AS Monaco namun tewas dengan kelebihan gol juara Liga Perancis tersebut di tempat lawan.

- Rekod keseluruhan Citizens menentang mana-mana pasukan dari Belanda menang 2 , seri 2 dan kalah 1.

 

 

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad Man City lawan Feyenoord

Manchester City berada do Rotterdam untuk perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 menentang Feyenoord, berikut senarai skuad.

Senarai skuad Manchester City ke Belanda menghadapi Feyenoord, Liga Juara -Juara Eropah..

Galeri Foto

Persiapan ke Feyenoord: Ederson kembali berlatih

Apa Kata Media

Gandingan 'maut' EPL; Aguero dan Gabriel?

Dalam City mempersiapkan diri untuk memulakan cabaran Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu, masih ada cepisan berita berikutan kemenangan besar dan bergaya ke atas Liverpool Sabtu lalu.

Media penuh pujian dengan taktikal Pep Guardiola menurunkan kedua-dua penyerangnya Sergio dan Gabriel yang kian serasi..