quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

West Brom
Man City

city v west brom

city v west brom

Liga Perdana Inggeris (EPL) The Hawthorns 28 Oktober 2017 15:00

West Brom

Prestasi Terkini

K K K K Seri Seri K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
Pengadil
Mike Jones
Kali Terakhir
West Brom 2-3 City, 28/10/17
Download the Match Day App

Selepas mencatat rekod kemenangan 12 perlawanan berturutan, City menyasarkan melanjutkan rekod tersebut dalam kunjungan ke West Bromwich Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu.

Citizens kini di keduduka teratas Liga Perdana Inggeris dengan jarak lima mata dari Manchester United dengan jumlah 32 jaringan gol.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di The Hawthorns pada hari Sabtu 28 Oktober jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Image result for the hawthorns 2017

Bagi anda di tanahair siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 810/31 HD.

Seperti biasa anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Pep Guardiola tanpa dua pemain Benjamin Mendy yang masih dalam proses pemulihan berikutan kecederaan ligamen lutut, sementara Vincent Kompany yang disahkan pengurus akan kembali beraksi lagi sepuluh hari berikutan kecederaan betis.

Image result for pep guardiola 2017

West Brom: Tony Pulis ketiadaan pemain pertahanan Craig Dawson yang terpaksa direhatkan selama dua bulan dengan kecederaan betis dan lutut. Sementara Jonny Evans dan Gareth Barry dijangka kembali beraksi selepas terpaksa dikeluarkan semasa menentang Southampton.

Manakala Hal-Robson Kanu yang mengalami kecederaan otot, kembali berlatih bersama pasukan.

Image result for tony pulis west brom 2017

Pengadil Perlawanan

Mike Jones akan mengadili perlawanan kali ini. Pengadil kelahiran Chester berusia 49 tahun ini mula menjadi pengadil pada tahun 1997 dan dipromosi mengadili Liga Perdana Inggeris tahun 2008.

Kali Terakhir

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 20 September lalu di The Hawthorns dalam pusingan ketiga Piala Carabao.

Ia telah menyaksikan City menang 2-1 dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Leroy Sane dan gol West Brom oleh Claudio Yacob.

Rekod Pertemuan

City telah bertemu West Brom sebanyak 151 kali dengan City menang 68, seri 29 dan kalah 54.

Kemenangan terbesar City ke atas Baggies dicatat pada tahun 1938 di Divisyen Satu dengan jaringan 7-1 namun kekalahan terbesar City kepada West Brom pula pada tahun 1957 dengan jaringan 9-2.

Image result for west brom 2-1 man city 2010

Kali terakhir West Brom mencatat kemenangan ke atas City pada September 2010 dengan 2-1 dalam Piala Liga dan City menang kesemua 12 pertemuan terakhir.

Prestasi Pasukan

City: Citizens kini di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 25 mata (8 menang, seri 1) dan menghasilkan 32 gol serta 4 bolos.

Perlawanan liga terakhir City meraih kemenangan 3-0 ke atas Burnley di Stadium Etihad hari Sabtu lalu.

Image result for man city 3- burnley celebration

West Brom: Baggies kini di kedudukan ke-13 carta liga dengan mengumpul 10 mata (2 menang, 3 seri dan 4 kalah) serta menghasilkan hanya 7 gol dan terbolos 10.

Perlawanan terakhir liga menyaksikan mereka tewas tipis 0-1 kepada Southampton di St Mary.

Image result for southampton 1-0 west brom

Fakta Menarik

- Sekiranya City menang ia akan melanjutkan rekod baru kelab dengan kemenangan ke-13 berturut-turut di kesemua kejohanan dan menjadikan 15 perlawanan tanpa kalah dari awal musim.

- Kemenangan City nanti akan menjadikan ia permulan terbaik untuk mana-mana pasukan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas 10 perlawanan.

Image result for man city 3- burnley celebration

- Jika Sergio Aguero berjaya menjaringkan gol ia akan turut melakar sejarah baru kelab yang membawanya memintas Eric Brook sebagai penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman.

- Aguero telah mencatat 7 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 10 penampilan Lga Perdana menentang West Brom.

- Sekiranya Gabriel Jesus beraksi dan City meraih kemenangan ia menjadikan genap setahun penampilan penyerang Brazil tersebut tampil tanpa kalah dalam setiap perlawanan untuk Palmeiras, pasukan kebangsaan Brazil dan Man City!

Berita Pasukan Utama

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom

Berita Pasukan Utama

City masih tanpa Kompany hadapi West Brom

Galeri Foto

Persiapan ke The Hawthorns bertemu West Brom