quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Napoli
Man City

Napoli vs City

Napoli vs City

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) San Paulo Stadium 01 November 2017 19:45

Napoli

Prestasi Terkini

M K K M K K K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
Pengadil
Dr. Felix Brych
Kali Terakhir
Napoli 2-4 City, 1/11/17
Download the Match Day App

September yang sempurna dan tiada tragedi di bulan Oktober dalam City memasuki bulan November yang kian mencabar bermula di Napoli.

Ini bermakna sudah dua bulan Manchester City berbulan madu di awan biru menikmati rekod kemenangan 100% dalam kesemua perlawanan mereka sepanjang dua bulan lalu. Dalam tempoh tersebut 39 gol berjaya dijaringkan City dalam 12 perlawanan dan rekod demi rekod berjaya dicatatkan.

Image result for west brom 2-3 man city

Kemenangan 3-2 ke atas West Bromwich Albion melanjutkan rekod rentetan kemenangan berturutan City kepada 13 perlawanan dan memecahkan rekod permulaan terbaik untuk 10 perlawanan pertama Liga Perdana yang sebelum ini dipegang skuad Chelsea 2005/06.

Kini sebagai pembuka bulan November, City akan berkunjung ke bumi Naples untuk memastikan kelayakan dari kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Hanya satu mata diperlukan oleh pasukan Pep Guardiola daripada pertembungan dengan pasukan Maurizio Sarri untuk maju ke peringkat seterusnya.

Image result for Maurizio Sarri napoli

Namun City tidak boleh berlenggang-lenggok ke laman Napoli untuk mencuri satu mata. Walaupun Napoli sudah tertewas dua kali di persaingan Liga Juara-Juara, kedua-dua kekalahan Napoli itu dialami di laman lawan.

Di laman sendiri setakat ini Napoli masih belum tertewas dan satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata di Stadio San Paolo ialah pasukan Inter Milan yang seri 0-0 dengan Napoli dalam saingan Serie A.

Di pertembungan pusingan pertama kumpulan F, City berjaya menewaskan Napoli dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

Image result for man city 2-1 napoli

City bermula cantik mendahului 2-0 seawal 13 minit pertama namun Napoli bangkit mempamerkan permainan menyerang dan kemas sesuai dengan pandangan Guardiola yang menyamakan pendekatan pasukan Napoli itu dengan gaya permainan pasukan City.

Bahkan Napoli dikatakan tidak menurunkan barisan terkuat mereka dalam pertemuan pertama tempoh hari kerana mereka mahu memberi fokus kepada perlawanan menentang Inter selepas itu.

Jorginho dan Allan bermula di bangku simpanan manakala Marek Hamsik dan Lorenzo Insigne dikeluarkan awal daripada permainan.

Image result for Marek Hamsik napoli

Kali ini jangkakan Sarri akan menggunakan kesebelasan utama terkuat Napoli untuk menangani cabaran City. Barulah kekuatan Napoli boleh diukur dengan sebenar-benarnya.

Sebaliknya pula bagi pihak City mereka bakal bertemu Arsenal di hujung minggu nanti. Adakah giliran City pula untuk menyimpan beberapa pemain utama mereka? Kita nantikan barisan pilihan Guardiola.

Image result for penalty shootout man city vs wolves

Tapi apa yang hampir pasti nanti ialah Sergio Aguero akan diturunkan sebagai penyerang utama City selepas direhatkan dalam perlawanan menentang West Brom hujung minggu lepas.

Sepakan penalti Panenka oleh Aguero semasa bertemu Wolverhampton Wanderers berjaya menempah tiket City ke peringkat suku akhir Piala Liga dan mencatatkan rekod baharu kemenangan berturut-turut mereka.

Tapi sayangnya gol sepakan penentuan penalti tidak dikira dalam rekod gol. Ini bererti jumlah gol Aguero masih kekal di angka 177 dan beliau masih berkongsi tempat dengan Eric Brook dalam lembaran sejarah City.

Image result for aguero penalty vs wolves

Stadio San Paolo boleh menjadi medan untuk City mencetak satu lagi rekod baharu menempatkan Aguero sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City.

Sungguh sesuai sekali buat Aguero melakukan pencapaian tersebut di stadium yang menyanjung tinggi bekas bapa mertuanya, Diego Maradona.

Napoli berkongsi pendekatan seperti City bahkan turut menggunakan formasi asas 4-3-3. Jika City memiliki Aguero, Napoli pula mempertaruhkan Dries Mertens sebagai ayam tambatan mereka. Mertens kini sudah menjaringkan 12 gol dalam 16 penampilan.

Gandingan Jose Callejon dan Lorenzo Insigne ibarat kembar kepada Leroy Sane dan Raheem Sterling di bahagian sayap.

Image result for Jose Callejon and Lorenzo Insigne

Marek Hamsik berhadapan dengan Kevin De Bruyne untuk merebut penguasaan mengawal permainan dari tengah.

Jorginho pula akan bertarung dengan rakan senegara dari Brazil, Fernandinho sebagai jeneral bahagian tengah.

Di bahagian pertahanan, Kyle Walker yang sudah mencatat 6 bantuan gol akan bersaing dengan pemain yang dikaitkan dengan City iaitu Faouzi Ghoulam yang musim ini mencatat 3 bantuan gol buat Napoli.

Image result for man city 2-1 napoli

Namun mungkin nama yang akan menarik hati para peminat City yang mudah terhibur ialah nama pemain Brazil, Allan yang mengingatkan mereka kepada seorang lagi pemain Brazil bernama Alan yang pernah disambut meriah oleh peminat City suatu masa dahulu.

Jadi mari sama-sama kita nantikan satu lagi perlawanan yang sengit di antara dua pasukan yang membawa mentaliti permainan menyerang dan menarik.

Semoga City berjaya membuat tempahan awal layak dari peringkat kumpulan. Ayuh City!

* Perlawanan menentang Napoli akan berlangsung di Stadio Paolo hari Rabu, 1 November jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis 2 November waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro Arena 801/802 HD. Seperti biasa ikuti kami di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

 

Berita Pasukan Utama

Silva: Saya berdoa menjuarai UCL bersama City

Berita Pasukan Utama

Silva: Saya berdoa menjuarai UCL bersama City

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami bukan sasar sekadar seri lawan Napoli