quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Wolves Wolves

City v Wolves

City v Wolves

Piala Liga (Carabao Cup) Etihad Stadium 24 Oktober 2017 19:00

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
lwn

Wolves

Prestasi Terkini

Seri Seri M M K M M
Pengadil
Kevin Friend
Kali Terakhir
City 4-1 Wolves, 24/10/17
Download the Match Day App

Segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan Manchester City dengan Wolverhampton Wanderers dalam pusingan keempat Piala Carabao.

Bila dan di mana?

City akan menjadi tuan rumah kepada pendahulu Liga Championship, Wolves kendalian Nuno Espirito Santo iaitu bekas penjaga gol asal Portugis pada 24 Oktober, jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Image result for etihad stadium manchester night

Perlawanan tidak akan ditayangkan oleh mana-mana penyiar di TV UK ataupun Malaysia.

Anda boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan

Man City: Pep Guardiola tanpa Benjamin Mendy yang direhat panjang akibat kecederaan lutut, dan kapten Vincent Kompany yang kemungkinan masih belum bersedia untuk kembali beraksi.

Pep bakal dijangka merehatkan para pemain utama dan menurunkan para pemain yang jarang bermain serta para pemain muda. Semasa sidang media pengurus mengesahkan akan melakukan 11 perubahan pemain.

Image result for man city celebration 2017/18

Ia dijangkakan Guardiola akan menurunkan Claudio Bravo, Danilo, Eliaquim Mangala, Ilkay Gundogan dan Yaya Toure serta penglibatan pemain muda Oleksandr Zinchenko dan Tosin Adarabioyo.

Namun dua pemain muda yang kerap diturunkan sebelum ini yang begitu menyerlah iaitu Brahim Diaz dan Phil Foden tidak dapat beraksi kerana cedera semasa memikul tugasan antarabangsa baru-baru ini.

Wolverhampton: Sementara Nuno pula dijangkan akan menurunkan penjaga gol Will Norris dan kembalinya pemain pertahanan Willy Boly dari kecederaan.

Image result for Nuno Espirito Santo wolves celebration

Pengadil Perlawanan

Kevin Friend akan mengadili perlawanan peringkat 16 akhir Piala Liga kali ini.  Pengadil kelahiran Bristol berusia 46 tahun ini mula dipromosi mengadili liga utama England tahun 2009.

Image result for kevin friend referee 2017/18

Prestasi Pasukan

Man City: Citizens kini mendahulu Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata, 5 mata dari pencabar tedekat Manchester United dan mengumpul 42 gol keseluruhan dan hanya terbolos 6 gol di kesemua kejohanan.

Image result for man city celebration 2017/18 city 7-2 stoke

City mara ke pusingan keempat Pial Carabao selepas menyingkirkan West Brom dengan kemenangan 2-1 di pusingan ketiga di the Hawthorns.

Wolverhampton: Wolves kini berada di puncak Liga Championship selepas 13 perlawanan dengan mengumpul 29 mata, 2 mata mendahului pencabar terdekat Cardiff City.

Image result for wolverhampton wanderers celebration 2017/18

Mereka mara ke pusingan keempat Piala Carabao selepas menyingkirkan Bristol Rovers 1-0 di laman sendiri  dan sebelumnya Southampton 2-0 di pusingan kedua di St Mary.

Kali Terakhir

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan semasa Wolves dalam Liga Perdana Inggeris pada 22 April 2012 di Stadium Molineux. City meraih kemenangan 2-0 dengan jaringan gol Samir Nasri dan Sergio Aguero.

Image result for wolves 0-2 man city

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 116 kali dengan rekod seimbang iaitu City menang 46 kali, seri 24 dan kalah 46.

Kemenangan terbesar dicatat City menentang Wolves pada tahun 1909 dengan jaringan 6-0, sementara Wolves mencatat beberapa kemenangan besar ke atas Citizens dan yang terbesar pada tahun 1933 dengan jaringan 8-0.

Fakta Menarik

-Selepas menyamai rekod terbaik kelab dua musim lalu dengan 11 kemenangan berturut-turut berikutan kemenangan 3-0 ke atas Burnley, City bakal memecah rekod baru kelab sekiranya berjaya mengalahkan Wolves untuk 12 kemenangan berturutan di kesemua kejohanan.

Image result for pep guardiola celebration city 3-0 burnley

-Aguero yang telah menyamai rekod Eric Brook Sabtu lalu sebagai penjaring gol terbanyak kelab dengan 177 gol bakal mencatat sejarah baru sekiranya diturunkan dan menjaringkan gol untuk penampilan ke 263 buat City.

Laporan Perlawanan

City tundukkan pelawat Burnley di Etihad

BLUE HEAVEN: Sergio Aguero celebrates after firing home his penalty

Manchester City City meraih kemenangan berharga 3-0 ke atas Burnley untuk menyamai rekod terbaik kelab 11 kemenangan berturut-turut.

Laporan perlawanan Manchester City 3 Burnley 0

Berita Pasukan Utama

Perancangan permainan gembirakan Pep

Previu Perlawanan

Ikuti langsung di Twitter!

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dalam sasaran memperkukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dengan menerima kunjungan Burnley. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Segala yang anda perlu tahu tentang Manchester City lawan Burnley...