quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Stoke

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 14 Oktober 2017 15:00

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
lwn

Stoke

Prestasi Terkini

Seri Seri M K K M K
Pengadil
Craig Pawson
Kali Terakhir
City 7-2 Stoke City, 14/10/17
Download the Match Day App

Manchester City kembali beraksi selepas rehat antarabangsa dengan menentang Stoke City. Berikut segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan nanti..

Bila dan di mana?

City akan menerima kunjungan pasukan kendalian Mark Hughes di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 14 Oktober jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 811/833 HD. Seperti biasa kami akan bawakan liputan langsung di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Image result for stadium etihad 2017

Berita Pasukan

City: Pep Guardiola mengkhabar yang Sergio Aguero dalam pemilihan skuad selepas kembali berlatih bersama skuad setelah 11 hari terlibat dalam kemalangan jalanraya yang membawanya patah tulang rusuk.

Vincent Kompany masih belum cergas sepenuhnya dan Benjamin Mendy rehat kecederaan lutut.

Berikut kesebelasan utama dan simpanan Man City.

Stoke: Jese Rodriguez akan kembali beraksi selepas terlepas perlawanan terakhir. Bruno Martins Indi masih belum pasti bersedia berikutan kecederaan pangkal paha, senarai kecederaan lain Joe Allen (konkusi), Steph Ireland (patah kaki) dan Ryan Shawcross (belakang).

Image result for Jese Rodriguez stoke

Berikut kesebelasan utama dan simpanan Stoke City.

Pengadil Perlawanan

Craig Pawson akan mengadili perlawanan nanti. Pengadil kelahiran Yorkshire berusia 38 tahun ini menjadi pengadil perlawanan semenjak tahun 1993 dan mula mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2013.

Kali Terakhir

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 8 Mac 2017 di Stadium Etihad menyaksikan terikat tanpa jaringan.

Image result for city 0-0 stoke

Rekod Pertemuan

Ini merupakan pertemuan ke-112 kedua-dua pasukan di kesemua kejohanan dengan City menang 49, seri 25 dan kalah 37 dari 111 pertemuan lalu.

Dalam lapan pertemuan terakhir Liga Perdana Inggeris, City menang 4, seri 2 dan tewas 2 kali kepada Stoke.

Image result for mark hughes pep guardiola

Prestasi Terkini

City: Pendahulu liga dengan 19 mata selepas 7 perlawanan (menang 6, seri 1) dan mencatat 22 gol dengan 2 gol bolos. Perlawanan terakhir liga menyaksikan the Citizens menang 1-0 ke atas penyandang juara liga Chelsea di Stamford Bridge.

Stoke: Tempat ke-13 carta liga dengan 8 mata (menang 2, seri 2, kalah 3) dan menghasilkan 7 gol dan 11 gol bolos. Perlawanan terakhir liga menyaksikan the Potters menang 2-1 menentang Southampton di Stadium Bet365.

Fakta Menarik

- City perlu menang dengan jaringan besar untuk kekal di puncak carta yang berkongsi mata dengan jiran, Manchester United dengan kelebihan satu gol. Namun kemenangan Liverpool ke atas pasukan Jose Mourinho dalam perlawanan awal di Anfield akan memberi kedudukan selesa kepada City.

Image result for aguero celebration 2017/18

- Sekiranya Sergio Aguero beraksi semula dan menjaringkan gol beliau akan mencatat sejarah baru kelab yang kini mengumpul 176 gol hanya satu gol lagi untuk menyamai rekod legenda Eric Brook sebagai penjaring gol terbanyak kelab (177).

- Ia penampilan ke-100 Kevin De Bruyne buat Manchester City semenjak berpindah dari Wolfsburg musim panas 2015/16.

Berita Pasukan Utama

Aguero dijangka kembali lawan Stoke

Berita Pasukan Utama

Pep dinobat Pengurus Terbaik September

Galeri Foto

Kembali bertugas! Persiapan hadapi Stoke