quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Napoli

City v Napoli

City v Napoli

Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Etihad Stadium 17 Oktober 2017 19:45

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
lwn

Napoli

Prestasi Terkini

M K K M K K K
Pengadil
Dr. Felix Brych
Kali Terakhir
Napoli 2-4 City, 1/11/17
Download the Match Day App

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menerima kunjungan Napoli, dan berikut segala apa yang anda perlu tahu.

Bila dan di mana?

City akan menjadi tuan rumah kepada pendahulu Serie A Itali di Stadium Etihad untuk perlawanan ketiga peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah pada hari Selasa, 17 Oktober jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 2.45 pagi Rabu waktu tempatan Malaysia.

Image result for etihad stadium night

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 810/831 dan liputan langsung di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Sergio Aguero dijangka akan kembali beraksi selepas tidak diturunkan dari bangku simpanan semasa perlawanan kemenangan 7-2 ke atas Stoke hari Sabtu lalu dan dilaporkan Pep semasa sidang media hari Isinin sudah cergas sepenuhnya dari kecederaan patah tulang rusuk yang dialaminya semasa kemalangan jalanraya akhir bulan lalu.

Image result for aguero training

Vincent Kompany masih diragui dapat bermain semula dengan kecederaan pangkal paha dan tidak turun berlatih hari Isnin, sementara Benjamin Mendy masih direhatkan dengan kecederaan lutut.

Napoli: Pasukan kendalian Maurizio Sarri ketiadaan penyerang mereka, Arkadiusz Milik yang cedera ligamen lutut, manakala bek tengah Lorenzo Tonelli digugurkan dari skuad Liga Juara-Juara.

Image result for Maurizio Sarri napoli

Pengadil Perlawanan

Pengadil berusia 40 tahun asal Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz akan mengadili perlawanan nanti. Beliau mula tersenarai dalam pengadil FIFA mulai tahun 2011.

Related image

Kumpulan F UCL

City: Pasukan Pep Guardiola kini menduduki kedudukan teratas Kumpulan F selepas menang kedua-dua perlawanan dengan 4-0 ke atas Feyenoord di Rotterdam diikuti 2-0 menentang Shakhtar Donestk di Stadium Etihad.

Related image

Napoli: Berada di kedudukan ketiga Kumpulan F selepas tewas 2-1 di laman Shakhtar Donetsk namun menang di perlawanan terakhir di tempat sendiri 3-1 ke atas Feyenoord.

Kali Terakhir

Kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali di peringkat kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah musim 2011/12 dengan keputusan City kalah 2-1 apabila Edinson Cavani menjaringkan dua gol, manakala Mario Balotelli menyumbat gol buat Citizens di Stadio San Paolo.

Image result for napoli 2-1 man city 2011 balotelli

Sebelum itu City diikat seri 1-1 di Stadium Etihad dengan jaringan gol Cavani sebelum Aleksandar Kolarov menyempurnakan sepakan percuma 15 minit sebelum wisel penamat.

Prestasi liga tempatan

City: Kini di puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan menang 7 dan seri 1 dari 8 perlawanan dan mencatat 29 gol dan 4 bolos. City meraih kemenangan 7-2 ke atas Stoke City dalam perlawanan terakhir hari Sabtu.

Image result for city 7-2 stoke

Napoli: Di kedudukan teratas Serie A Itali dengan menang kesemua 8 perlawanan dan menjaringkan 26 gol dan bolos 5.  Napoli mencatat kemenangan 1-0 ke atas AS Roma di Stadio Olimpico dalam perlawanan terakhir hari Sabtu.

Image result for roma 0-1 napoli

Fakta Menarik

- Napoli belum pernah memenangi perlawanan jauh dari laman mereka menentang mana-mana pasukan England di kesemua kejohanan dengan kalah lima dan seri satu dari enam perlawanan dan terbolos 15 gol dan hanya menjaringkan 3 gol.

- Manchester City mencatat dua kemenangan berturut-turut buat pertama kali di peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di musim ketujuh berturut-turut mereka layak ke liga elit Eropah.

- City mencatat rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di tempat sendiri ( menang 7, seri 3), dan kali terakhir mereka kalah di Stadium Etihad pada September 2015 ketika menentang Juventus dengan jaringan 1-2.

- Napoli berjaya sampai ke peringkat 16 akhir dalam dua dari tiga musim terakhir mereka namun tidak pernah sampai lebih jauh dari itu. Sementara City berjaya sampai ke semifinal kejohanan musim 2015/16 sebelum disingkir Real Madrid dengan agregat 1-0.

Image result for city 2-1 shakhtar donetsk etihad stadium

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia menjanjikan pertemuan menarik lawan Napoli

Pep Napoli Presser

Sergio Aguero kemungkinan akan kembali dalam kesebelasan utama menentang Napoli malam Rabu selepas berlatih dengan cukup bagus.

Previu Pep Guardiola menjelang pertemuan dengan Napoli, Liga Juara-Juara Eropah

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Ia merupakan permainan terbaik City

Laporan Perlawanan

City belasah Stoke 7-2 di Etihad

BRAZILIAN BLEND: The City players celebrate after Fernandinho's stunner

City meneruskan prestasi cemerlang sebagaimana sebelum rehat antarabangsa kali ini dengan membelasah Stoke 7-2 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City 7 Stoke City 2