quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Burnley

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 21 Oktober 2017 14:00

Man City

Prestasi Terkini

M M M M Seri M M
lwn

Burnley

Prestasi Terkini

M M M K Seri M Seri
Pengadil
Roger East
Kali Terakhir
City 3-0 Burnley, 21/10/17
Download the Match Day App

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dalam sasaran memperkukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dengan menerima kunjungan Burnley. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 811/833 HD dan seperti biasa liputan langsung perlawanan boleh diikuti di akaun rasmi Twitter Bahasa Melayu @ManCityMAS.

Related image

Berita Pasukan

City: Pep Guardiola akan ketiadaan Benjamin Mendy cedera lutut dan Vincent Kompany yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan pangkal paha. Namun Sergio Aguero diberitakan akan kembali semula beraksi selepas cergas sepenuhnya.

Image result for aguero man city 2017/18

Burnley: Sean Dyche  tanpa kecederaan baru dengan tiga pemainnya; Dean Marney, Jonathan Walters dan Nahki Wells kekal direhatkan berikutan kecederaan.

Pengadil Perlawanan

Pengadil berusia 52 tahun, Roger East akan mengadili perlawanan. Beliau mula menjadi pengadil pada tahun 2006 dan dipromosi menjadi pengadil Liga Perdana Inggeris musim 2012/13.

Image result for roger east

Kali Terakhir

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 2 Januari 2017 telah menyaksikan City menang 2-1 ke atas Burnley di Stadium Etihad.

Image result for city 2-1 burnley

Selepas Fernandinho dikenakan kad merah pada minit ke-32 dan pasukan Pep bermain dengan 10 pemain, Gael Clicjh membuka jaringan minit ke-58, diikuti Sergio Aguero minit ke-62. Namun bekas pemain City, Ben Mee mengurangkan defisit dengan jaringan miniit ke-70.

Image result for city 2-1 burnley

Rekod Pertemuan

Kedua-dua pasukan wilayah Lancashire ini telah bertemu sebanyak 95 kali di kesemua kejohanan dengan City menang 42, seri 24 dan kalah 29.

Kemenangan terbesar dicatat City ke atas Clarets pada tahun 1925 dengan jaringan 8-3 di Divisiyen Satu diikuti 7-0 tahun 1968. Sementara kekalahan terbesar City kepada Burnley pada tahun  1962 dengan jaringan 6-2.

Prestasi Terkini

City: Citizens kini di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 22 mata (7 menang, seri 1) dan menghasilkan 29 gol dengan 4 gol terbolos. Pada musim ini City mencatat 10 kemenangan dari 11 perlawanan dengan jumlah gol keseluruan 39.

Image result for city 7-2 stoke

Perlawanan terakhir City meraih kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Serie A Itali, Napoli dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad, malam Rabu lalu.

Burnley: Clarets kini di kedudukan ketujuh carta liiga dengan mengumpul 13 mata (3 menang, 4 seri, 1 kalah) dan menghasilkan 8 gol dan terbolos 6.

Tiga kemenangan kesemuanya dicatat di laman lawan (Chelsea, Everton, West Brom) dan 3 dari 4 hasil seri turut di tempat lawan (Liverpool, Spurs, West Ham). Perlawanan terakhir Burnley menyaksikan seri 1-1 dengan West Ham Sabtu lalu di Turff Moor.

Fakta Menarik

-Musim lalu Burnley mencatat rekod buruk di tempat lawan dengan hanya 1 kemenangan, namun pada musim ini hanya selepas 8 perlawanan telah meraih 3 kemenangan dan 3 seri di laman lawan.

-Manchester City dalam sasaran untuk menyamai rekod terbaik musim lalu,  11 kemenangan berturut-turut di kesemua kejohanan.

Image result for aguero eric brook

-Sergio Aguero bakal berpeluang menyamai rekod penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman,  Eric Brook (177) sekiranya menjaringkan satu gol dan sekiranya menambah gol selebihnya akan meletakkan penyerang Argentina paling pantas melakukannya di penampilan ke 262 (2010-17) untuk kelab berbanding Brook 499 penampilan (1927-40).

 

 

 

Galeri Foto

Persiapan bertemu Burnley

Berita Pasukan Utama

Perubahan jadual EPL bulan Disember

Berita Pasukan Utama

Pep: Aguero sedia kembali beraksi lawan Burnley