quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
Arsenal

City vs Arsenal

City vs Arsenal

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 05 November 2017 14:15

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M Seri M
lwn

Arsenal

Prestasi Terkini

K M K Seri M Seri M
Pengadil
Michael Oliver
Kali Terakhir
City 3-1 Arsenal, 5/11/17
Download the Match Day App

Ketahui segala yang anda perlu tahu tentang perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-11 musim ini Manchester City menentang Arsenal.

Bila dan di mana?

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 5 November jam 2.15 petang waktu UK bersamaan pukul 10.15 malam waktu tempatan Malaysia.

Image result for etihad stadium 2017/18

Bagi anda di tanahair siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Seperti biasa liputan langsung perlawanan akan dibawakan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu/Malaysia @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Pasukan Pep Guardiola masih tanpa Benjamin Mendy yang cedera ligamen lutut, sementara kapten Vincent masih dalam proses pemulihan kecederaan betis yang dijangka akan kembali beraksi selepas rehat antarabangsa.

Arsenal: Arsene Wenger tanpa Shkodran Mustafi (hamstring), Santi Cazorla (buku lali), Calum Chambers (pinggang), Danny Welbeck dan David Ospina (pangkal paha). Sementara Sead Kolasinac dijangka dapat beraksi selepas cedera dalam kemenangan ke atas Swansea minggu lalu.

Pengadil

Michael Oliver dipertangggunjawab menjadi pengadil perlawanan dengan Simon Bennett dan Stuart Burt sebagai pembantunya. Pengadil berusia 32 tahun mula mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2010.

Related image

Kali Terakhir

Kedua-dua pasukan bertemu kali terakhir semasa perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 23 April 2017 dengan kemenangan buat Gunners 2-1 yang kemudian menjuarai kejohanan.

Sergio Aguero membuka jaringan pada minit ke-62, namun Nacho Monreal menyamakan kedudukan pada minit ke-71 diikuti gol kemenangan oleh Alexis Sanchez masa tambahan selepas perlawanan berakhir 1-1.

Image result for aguero city 1-2 arsenal fa cup

Rekod Pertemuan

City dan Arsenal telah bertemu sebanyak 191 kali sejak kali pertama pada 11 November 1893 dengan City hanya menang 50 kali, seri 45 dan tewas 96 kepada pasukan utara London.

Kemenangan terbesar City ke atas Arsenal dicatat pada 14 Disember 2013 di Stadium Etihad dengan jaringan 6-3.

Image result for city 6-3 arsenal

Manakala kekalahan terbesar City kepada Arsenal pula 6 Oktober 1956 dengan jaringan 7-3 di London.

City hanya menang satu perlawanan dari sembilan perlawanan terakhir menentang Arsenal di kesemua kejohanan (seri 4, kalah 4).

Sementara kemenangan Arsenal 2-0 di Stadium Etihad pada Januari 2015 kekal sebagai kemenangan terakhir mereka di tempat lawan menentang pasukan ‘enam besar’ sejak musim 2014/15.

Prestasi Pasukan

City: Kini di kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris dengan 28 mata (9 menang, 1 seri) dan mengumpul 35 gol serta 6 bolos. Perlawanan terakhir City meraih kemenangan 4-2 di Napoli malam Khamis selepas mengalahkan West Brom 3-2 di The Hawthorns dalam perlawanan Liga Perdana.

Image result for napoli 4-2 city celebration

Citizens kini mencatat rekod baru kelab dengan 14 kemenangan berturut-turut dan tanpa kalah 16 perlawanan di kesemua kejohanan musim ini dan 22 perlawanan dari akhir musim lalu. City turut menjaringkan 49 gol di kesemua kejohanan musim ini (16 perlawanan).

Arsenal: Kini di kedudukan kelima carta liga dengan 19 mata (6 menang,  1 seri dan 3 kalah) dan mengumpul 19 gol serta 13 bolos. Gunners hanya kalah sekali dari 13 perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan terakhir menyaksikan seri tanpa jaringan mementang pasukan Serbia, Red Star Belgrade di peringkat kumpulan Liga Europa di Emirates selepas kemenangan 2-1 di Swansea.

Image result for arsenal 0-0 belgrade

Fakta Menarik

- City merupakan hanya dua pasukan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris meraih jumlah mata terbanyak selepas 10 perlawanan iaitu 28 dan kali kedua dilakukan selepas kali pertama musim 2011/12 dan Chelsea 2005/06. Pada dua musim tersebut kedua-dua pasukan menjuarai liga.

- City mencatat 20 gol dalam empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di laman sendiri musim ini, lebih 18 gol berbanding 19 pasukan lain menjaringkan jumlah gol keseluruhan dalam 10 perlawanan pertama mereka musim 2017/18.

Related image

- Pep Guardiola menang 4 dari 5 perlawanan (1 seri) tempat sendiri menentang Arsene Wenger di kesemua kejohanan, namun pasukan kendaliannya tidak pernah menang tanpa bolos dengan menjaringkan 15 gol berbanding Arsenal 5.

- Theo Walcott merupakan pemain Arsenal paling banyak menjaringkan gol di Stadium Etihad iaitu 3 gol, namun hanya beraksi selama 46 minit dalam Liga Perdana musim ini dan belum pernah diturunkan dalam kesebelasan utama.

Image result for theo walcott city 6-3 arsenal

- Leroy Sane merupakan pemain yang terlibat dalam menyumbang gol terbanyak di Liga Perdana musim ini (6 gol dan 5 bantuan jaringan). Pemain sayap Jerman tersebut menjaringkan gol menentang Arsenal di tempat sendiri dan lawan musim lalu.

- Sergio Aguero yang menjadi penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman selepas menjaringkan gol ke-178 menentang Napoli telah menjaringkan 5 gol dari 7 perlawanan untuk City melawan Arsenal di kesemua kejohanan.

Berita Pasukan Utama

Pep puji Sterling menjelang lawan Arsenal

Berita Pasukan Utama

City mendominasi pencalonan anugerah EPL Oktober

Berita Pasukan Utama

Aguero: Ini detik indah sekali seumur hidup!