quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man United
Man City

united v city

united v city

Liga Perdana Inggeris (EPL) Old Trafford Ahad, 10 Disember 2017 4:30 PTG

Man United

Prestasi Terkini

M M M M Seri Seri Seri
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M K M M M Seri M
Pengadil
Michael Oliver
Kali Terakhir
United 1-2 City, 10/12/17

Selepas mengharungi 29 perlawanan akhirnya pasukan Manchester City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka semenjak 27 April 2017 apabila skuad Pep Guardiola yang dibarisi rata-rata pemain simpanan tewas 2-1 di tangan Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara Eropah .

Kekalahan tersebut yang merupakan kekalahan pertama City musim ini menidakkan peluang mereka untuk menjadi pasukan Inggeris pertama mencatatkan kemenangan sempurna (6 kemenangan) di peringkat kumpulan UCL dan juga sebagai pasukan Inggeris pertama menewaskan Shakhtar di laman mereka.

Walaupun rekod kemenangan Manchester City akhirnya terhenti namun kekalahan kepada Shakhtar ini hanyalah pengorbanan kecil untuk memastikan City bersedia 100% untuk bertandang ke Old Trafford selepas ini bagi menghadapi cabararan musuh tradisi, Manchester United.

Image result for shakhtar 2-1 man city

Bak kata pepatah Inggeris, “Lose the battle, win the war”. Kekalahan di UCL tidak akan begitu terasa jika City berjaya mengalahkan seteru tradisi mereka yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana.

Sekali gus City boleh melebarkan jurang mata dengan United kepada 11 mata. Kelebihan yang sangat besar dalam perlumbaan sebagai juara England musim ini.

Jangankan 11 mata bahkan kelebihan 8 mata City yang dimiliki kini pun sudah dikira cukup besar dan sudah mula memberi tekanan kepada pencabar-pencabar liga yang lain terutamanya United.

Jika tidak masakan Paul Pogba sanggup mengeluarkan komen mengharapkan pemain-pemain utama City dilanda kecederaan menjelang pertembungan di antara dua pasukan itu.

Image result for pogba red card arsenal

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Pogba perlu berhati-hati dengan apa yang dipinta kerana umpama balasan segera United terpaksa berdepan City tanpa kelibat beliau yang dilayang kad merah dalam perlawanan menentang Arsenal.

Namun di masa yang sama Pogba tidak begitu jauh dari kebenaran kerana memang beberapa pemain utama City memang sudah dilanda kecederaan.

Benjamin Mendy sudah tercedera semenjak bulan September sehingga memaksa Guardiola bereksperimen dengan memainkan Fabian Delph di poisi bek kiri. Mujurlah eksperimen itu berjaya.

Image result for fabian delph man city

John Stones pula cedera panjang dalam perlawanan menentang Leicester City dan semenjak itu tempat beliau digantikan oleh Vincent Kompany dan Eliaquim Mangala.

Apa yang agak merisaukan ialah dalam 5 perlawanan City bermain tanpa John Stones hanya sekali sahaja City berjaya mencatatkan gawang bersih.

Ini ditambah lagi dengan berita yang Kompany juga mungkin menyertai Stones di bangku kecederaan selepas tidak disertakan di saat akhir dalam skuad menentang Shakhtar kerana berasa tidak selesa.

Inilah sebabnya mengapa Fernandinho yang dimainkan sebagai pertahanan tengah bersama Eliaquim Mangala dan Tosin Adarabioyo dalam perlawanan lalu.

Image result for fernandinho v shakhtar

Jika benar Kompany tidak dapat diturunkan untuk menentang United maka berkemungkinan besar kita akan sekali lagi melihat Fernandinho bermain sebagai pemain pertahanan.

Mangala dilihat terlalu gemuruh bermain di bawah cara Guardiola dan sering melakukan kesilapan mudah manakala Adarabioyo dilihat belum berpengalaman untuk menghadapi perlawanan sepenting ini walaupun beliau menerima pujian daripada Guardiola selepas persembahan memberansangkan menentang Shakhtar.

Namun khabar angin kecederaan yang paling penting dalam skuad City buat masa ini ialah berkenaan David Silva. Selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan West Ham United, Silva dikatakan berasa tidak selesa dan tidak tersenarai dalam penerbangan ke Ukraine.

Jose Mourinho menuduh Guardiola berbohong tentang Silva dan ini semuanya hanyalah permainan psikologi dalam peperangan derbi Manchester.

Image result for jose pep

Jika benar Silva tiada maka memang ia merupakan kehilangan besar buat City yang selama ini menikmati buah hasil gandingan David Silva dan Kevin De Bruyne di bahagian tengah City.

Untuk musim ini Silva sudah membuat 10 bantuan gol berbeza satu dengan De Bruyne yang membuat 11 bantuan gol setakat ini. Kedua-dua pemain ini menjadi kunci kejayaan duo “8 Bebas” yang digunakan Guardiola dalam asas taktikal beliau musim ini.

Jika David tidak dapat diturunkan maka pengganti paling sesuai ialah pemain yang berkongsi nama keluarga yang serupa iaitu Bernardo Silva. Bernardo yang memiliki elemen permainan yang mirip dengan David sudah membuat 19 kemunculan untuk City musim ini namun kebanyakannya sebagai pemain gantian.

Image result for silva v west ham

Di bahagian serangan, para peminat City pastinya mengharapkan Sergio Aguero untuk menceroboh gawang United. Biarpun ada kebimbangan daripada Guardiola sendiri berkenaan prestasi Aguero yang tidak konsisten semenjak insiden kemalangan kereta di Amsterdam namun beliau dijangka akan bermula dalam kesebelasan utama.

Aguero setakat ini sudah menjaringkan 8 gol menentang United dan merupakan pemain City ketiga terbanyak dalam rekod jaringan gol derbi Manchester selepas Joe Hayes dan Francis Lee.

Jika Aguero gagal mencari rentak, City memiliki ramai lagi pemain yang boleh menjaringkan gol dengan Raheem Sterling, Leroy Sane dan Gabriel Jesus bersedia mengambil peluang terhidang untuk menamatkan rekod 40 perlawanan tak terkalah United di laman sendiri.

Image result for aguero man city 2017/18

Kebimbangan yang sama dialami oleh skuad United berkenaan prestasi merudum Romelu Lukaku. Lukaku yang bermula hebat musim ini kini hanya berjaya menjaringkan 2 gol dalam 13 penampilan terakhir beliau.

Meskipun begitu seperti City, United juga memiliki sumber-sumber gol lain seperti Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jesse Lingard. Ini belum mengambil kira jika Zlatan Ibrahimovic membuat penampilan mengejut. City perlu berhati-hati untuk mengawasi pemain-pemain ini.

Image result for lukaku man united

Rentetan kemenangan City secara keseluruhan mungkin sudah terhenti namun mereka masih belum tertewas di pertandingan liga dan masih di atas landasan untuk menyamai rekod 14 kemenangan perlawanan liga berturut-turut yang dipegang oleh Arsenal.

Dalam pertembungan liga di Old Trafford musim lalu City berjaya mengatasi United dengan jaringan 2-1. Bagaimana pula dengan edisi derbi ke-175 kali ini? Adakah kejayaan manis bakal dapat diulangi? Manchester itu merah atau Manchester itu biru? Kita sama-sama tonton, kita sama-sama tunggu.


* Perlawanan akan bermula jam 4.30 petang Ahad, 10 Disember waktu UK bersaman pukul 12.30 pagi Isnin waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. Ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Sterling diundi Pemain Terbaik Etihad November

Berita Pasukan Utama

Silva akan kembali beraksi lawan Manchester United

Berita Pasukan Utama

Pep: Para pemain muda buat kami bangga

PEP WATCH: The manager observes from the touchline on his 100th Champions League game as a manager.

Pep Guardiola tidak terlalu patah hati selepas kekalahan pertama City musim kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine malam Khamis.

Reaksi Pep Guardiola Shakhtar Donetsk 2 Man City 1