quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Man City
West Ham United West Ham

Kun Zab

Kun Zab

Liga Perdana Inggeris (EPL) Etihad Stadium 03 Disember 2017 16:00

Man City

Prestasi Terkini

M M K M M M M
lwn

West Ham

Prestasi Terkini

Seri M K K Seri K K
Pengadil
Mike Dean
Kali Terakhir
City 2-1 West Ham, 3/12/17

City melangkah masuk bulan Disember sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan 13 kemenangan dari 14 perlawanan menghadapi lawan pertamadi bulan sibuk West Ham United..

Semenjak keputusan seri 1-1 bersama Everton pada tanggal 21 Ogos, Manchester City tidak mencicirkan sebarang mata dalam kejohanan liga musim ini.

Jaringan di masa kecederaan oleh Raheem Sterling dalam perlawanan menentang Southampton memberikan City kemenangan perlawanan liga ke-12 berturut-turut yang telah memecahkan rekod lama yang dicatatkan pada tahun 2015.

Image result for man city celebration 2017/18 city 2-1 southampton

Bukan setakat di kejohanan liga malahan City berjaya mengekalkan rentak kemenangan merentasi 3 bulan bermula September sehingga berakhirnya November mengumpul 19 kemenangan berturutan.

Kini bermulalah cabaran besar setiap musim di Liga Perdana iaitu jadual Disember yang sangat padat. 9 perlawanan bakal ditempuhi City sepanjang Disember. Di antara perlawanan hanya berselang 3 atau 4 hari sahaja.

Image result for man city celebration 2017/18

Di sinilah kita bakal melihat bagaimana Pep Guardiola mengatur strategi penilihan pemain untuk memastikan pasukan yang diturunkan cukup dan bersedia menghadapi lawan.

Lebih-lebih lagi tersenarai dalam 9 perlawanan tersebut ialah 2 perlawanan besar bertemu seteru utama, Manchester United dan pencabar kejuaraan, Tottenham Hotspur.

Sebagai muqaddimah, City akan menerima kunjungan West Ham United untuk perlawanan pertama. The Hammers kini sedang bergelut di tangga 3 tercorot liga.

Related image

Mereka hanya berjaya memenangi 2 perlawanan liga setakat ini dan gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 7 perlawanan liga terakhir mereka (4 kalah dan 3 seri). Kemenangan terakhir mereka ialah di bulan September yang lalu.

Kedudukan yang sukar diterima peminat selepas West Ham berbelanja besar untuk mendapatkan dua bintang menyerang di jendela musim panas lalu iaitu, Marko Arnautovic (£20 juta) dan Javier “Chicharito” Hernandez (£16 juta).

Image result for zabaleta west ham

Bahagian pertahanan dan gawang mereka pula dimantapkan dengan mendapatkan khidmat legenda City, Pablo Zabaleta yang berpindah secara percuma dan penjaga gol no. 1 England, Joe Hart yang dipinjamkan oleh City.

Kepada peminat City yang merindui kelibat Zabaleta bolehlah menunggu kepulangan pemain tersebut kembali ke Stadium Etihad, laman di mana beliau menghabiskan 8 tahun menabur bakti kepada City.

Related image

Sayang sekali peminat Joe Hart tidak dapat melakukan yang serupa kerana Hart tidak boleh diturunkan menentang kelab pemberi pinjam mengikut undang-undang FA.

Dari sudut rekod pertemuan kelebihan berada di pihak City dengan 7 kemenangan dalam 10 pertemuan terakhir. Malahan musim lepas City meledak 12 gol dalam 3 pertemuan dengan West Ham (3-1, 5-0 dan 4-0).

Rekod ini nampaknya bakal diteruskan lagi dengan momentum City yang begitu dihentikan buat masa ini.

Ditambah pula West Ham datang tanpa beberapa bintang utama seperti Chicharito, Andy Carroll dan Jose Fonte yang tercedera di samping Joe Hart yang dilarang bermain.

Kecederaan di pihak City masih kekal dengan senarai pendek Benjamin Mendy dan John Stones namun kekosongan mereka tidak sukar diisi.

Image result for fabian delph v southampton

Fabian Delph begitu mantap bermain sebagai pemain bek kiri dan Vincent Kompany pula kembali cergas selepas lama berehat.

Leroy Sane tidak diturunkan untuk perlawanan menentang Southampton kerana kurang sihat. Mungkin beliau terus akan direhatkan memandangkan beliau hanya berbaki satu kad kuning dari digantung perlawanan liga.

Hal ini penting kerana perlawanan liga selepas ini ialah perlawanan derbi menentang Manchester United.

Fernandinho mungkin turut direhatkan kerana sedang menghadapi situasi yang serupa dengan Sane.

Image result for ilkay gundogan v southampton

Ini memberi peluang kepada Gabriel Jesus atau Bernardo Silva untuk mengisi posisi menyerang di hadapan dan Ilkay Gundogan mengambil tempat Fernandinho bersama David Silva dan Kevin De Bruyne.

Untuk posisi-posisi lain, oleh kerana City sudah berjaya melayakkan diri dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA (UCL), mereka tidak perlu risau tentang merehatkan pemain utama untuk perlawanan menentang Shakhtar Donetsk minggu hadapan.

Jadi jangkakan barisan skuad terkuat City untuk menyambut ketibaan West Ham.

Adakah The Hammers akan datang menukul tuan rumah? Atau nasib West Ham akan menjadi seperti tukul Mjolnir milik Thor yang dihancurkan Hela.

Kita saksikan bersama aksi City nanti.

 

* Perlawanan akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 3 Disember jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD. dan liputan langsung di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu @ManCityMAS.

 

 

Berita Pasukan Utama

Pep akan gilirkan pemain hadapi West Ham

Berita Pasukan Utama

David Silva tandatangani lanjutan kontrak

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Percaya di sebalik kejayaan Sterling