quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Leicester
Man City

Swansea v City

Swansea v City

Piala Liga (Carabao Cup) King Power Stadium Selasa, 19 Disember 2017 7:45 PTG

Leicester

Prestasi Terkini

Seri M Seri K K M Seri
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Mike Jones
Kali Terakhir
Man City 5-1 Leicester, 10/2/18

Nun tinggi di persada Liga Perdana, Manchester City kini selesa dengan jurang 11 mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua selepas derbi Manchester ke-175 di Old Trafford.

Anak-anak buah Pep Guardiola menunjukkan kepada dunia Manchester itu milik siapa dengan mendominasi pasukan Jose Mourinho di laman mereka sendiri. Kemenangan 2-1 merupakan kejayaan yang indah sekali.

Rekod 40 perlawanan tak terkalah United di Old Trafford berjaya dihentikan, 14 kemenangan perlawanan liga berturutan ialah rekod baru dan 46 mata yang terkumpul setakat ini merupakan rekod permulaan terbaik dalam sejarah liga tertinggi bola sepak Inggeris.

Image result for man united 1-2 man city celebration december 2017

Ada kekeliruan di kalangan peminat dengan fakta 14 kemenangan berturutan kerana ada yang mengatakan rekod itu masih dikongsi bersama Arsenal.

Rekod yang dicatat City kini ialah rekod 14 kemenangan berturutan dalam satu musim. Sementara rekod Gunners pula memegang rekod 14 kemenangan berturut-turut dari akhir musim sebelumnya ke awal musim berikutnya.

Namun jika ramai masih kekeliruan, ia boleh diselesaikan dengan nyata jika City berjaya mendapatkan kemenangan yang ke-15 di laman Swansea City di Stadium Liberty, satu-satunya pasukan mewakili Wales dalam Liga Perdana Inggeris.

Image result for liberty stadium

Rekod di antara Swansea dan City lebih banyak menyebelahi City. Dalam 12 pertemuan di pentas Liga Perdana hanya sekali sahaja mereka ditewaskan kelab Wales itu iaitu pada tahun 2012 yang lalu.

Kini Swansea menghuni tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengumpul 12 mata selepas 16 perlawanan.

Berbanding City yang mengumpul kemenangan demi kemenangan, Swansea pula gagal memenangi 8 perlawanan liga mereka sebelum akhirnya menewaskan West Bromwich Albion Sabtu lalu.

Image result for swansea vs west brom celebration

Di atas kertas perlawanan ini adalah seperti di antara David dan Goliath. City sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini dengan mudah namun City tetap berdepan dengan beberapa dugaan.

Guardiola dijangkakan akan membuat rombakan kepada skuad yang akan ke Stadium Liberty kerana berselang 3 hari selepas perlawanan ini City akan menghadapi perlawanan besar menentang Tottenham Hotspur.

David Silva, Fernandinho, Leroy Sane dan Kyle Walker mungkin akan direhatkan untuk memberi jalan kepada Yaya Toure, Ilkay Gundogan, Bernardo Silva dan Danilo. Pemain-pemain muda seperti Phil Foden dan Ibrahim Diaz juga mungkin turut disertakan.

Image result for yaya toure foden

City juga kini menghadapi situasi di bahagian pertahanan tengah selepas Vincent Kompany disahkan tercedera semasa perlawanan menentang United.

Tanpa Kompany dilihat Eliaquim Mangala akan mengisi kekosongan tersebut selepas beraksi dengan baik di babak kedua derbi Manchester tempoh hari.

Image result for mangala man united 1-2 man city

Mangala sememangnya efektif apabila ditugaskan untuk mengawal penyerang yang kuat seperti Romelu Lukaku ataupun Zlatan Ibrahimovic. Kelemahan Mangala ialah apabila berdepan dengan penyerang yang lincah dan pantas.

Jadi sepatutnya Mangala tidak akan bermasalah untuk menangani ancaman bekas penyerang City, Wilfried Bony yang sedang berada dalam prestasi yang baik dengan 2 gol dalam 2 perlawanan terakhir beliau.

Image result for bony swansea 2017 celebrate

Bony dibeli oleh City dari Swansea terpaksa mengharung 2 musim yang mengecewakan bersama City dan musim ini dijual kembali kepada Swansea. Bony mungkin melihat ini sebagai peluang untuk beliau membuat pernyataan kepada peminat-peminat City.

Selepas tidak digunakan untuk perlawanan derbi Manchester, Sergio Aguero pasti akan diturunkan semula untuk mengepalai bahagian serangan City.

Image result for aguero celebration 2017 away

Daripada 10 perlawanan Aguero berdepan Swansea hanya dalam 2 perlawanan sahaja beliau berjaya membolosi gawang mereka namun Swansea akan sentiasa menjadi lawan istimewa kerana menentang merekalah Aguero memperkenalkan diri kepada Liga Perdana dan menjaringkan 2 gol pertama daripada 181 gol beliau bersama City.

Ayuh City! Ayuh dapatkan kemenangan yang ke-15 untuk mencatat sejarah baru Liga Perdana Inggeris!

Image result for pep guardiola man united 1-2 man city december 2017

* Perlawanan akan bermula jam 7.45 malam , Rabu, 13 Disember waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung hanya disiarkan oleh 'Astro on Demand'. Seperti biasa ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Lupakan insiden derbi, fokus pada Swansea

BOSS VIEW: Pep Guardiola previews the Swansea game

Manchester City akan tanpa Vincent Kompany dalam kunjungan ke Swansea untuk perlawanan ke-17 Liga Perdana Inggeris musim ini malam Khamis.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Stadium Liberty menentang Swansea.

Berita Pasukan Utama

KDB: Kami raikan kemenangan ini tapi kekal fokus

CELEBRATIONS: Pep Guardiola and Phil Foden share their delight at full time.

Kevin De Bruyne menegaskan yang Manchester City tidak memikirkan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United untuk rekod baru 14 kemenangan berturut-turut liga.

Galeri Foto

Kemenangan terindah: United 1-2 City