quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Palace
Man City

palace v city

palace v city

Liga Perdana Inggeris (EPL) Selhurst Park Ahad, 31 Disember 2017 12:00 PTG

Palace

Prestasi Terkini

K K K Seri K K K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Jonathan Moss
Kali Terakhir
Palace 0-0 Man City, 31/12/17

Ikuti liputan langsung perlawanan Manchester City menentang Crystal Palace dibawakan secara langsung dari Selhurst Park.

Citizens berpeluang melanjutkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan mencapai kemenangan ke-19 berturut-turut ke atas Eagles kendalian Roy Hodgson.

Sekiranya ia berlaku ia akan menyamai rekod terbaik 19 kemenangan berturut-turut liga domestik utama Eropah yang dipegang oleh Bayern Munich pada musim 2013/14 yang juga semasa di bawah bimbingan Pep Guardiola ketika itu.

City juga akan memecah rekod baru kemenangan ke-12 berturut-turut di laman lawan yang telah disamakan rekod 11 kemenangan di tempat lawan berturutan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle minggu lalu yang turut dicatat Chelsea musim 2008/09.

Barisan pemain

Manchester City

Crystal Palace

Rekod Pertemuan

City bertemu Palace sebanyak 58 kali dengan 31 menang, 12 seri dan 15 kalah. Dalam pertemuan terakhir September lalu di Stadium Etihad, City membenamkan Palace 5-0 hasil dua gol Raheem Sterling, satu Leroy Sane, satu Sergio Aguero dan satu Fabian Delph.

Prestasi Terkini

City kini di puncak carta Liga Perdana dengan kutipan 58 mata, 61 gol dan 12 bolos dan berpeluang menambah jurang kepada 16 mata mengatasi pencabar terdekat Chelsea. Dalam perlawanan terakhir, City menang 1-0 ke atas Newcastle di St James' Park.

Sementara Palace di kedududkan ke-17 carta dengan 18 mata,18 gol dan 32 bolos. Perlawanan terakhir mereka tewas tipis kepada Arsenal dengan jaringan 2-3 di laman sendiri.

 

Siaran

Ikuti siaran langsung perlawanan di saluran Astro 816/836 HD dan ikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Perlawanan bermula jam 12 tengahari Ahad, 31 Disember UK bersamaan pukul 8 malam waktu tempatan Malaysia.

 

Selamat Tahun Baru 2018!

Berita Pasukan Utama

Kompany akan kembali beraksi lawan Palace

Berita Pasukan Utama

Pep: Kebolehan adaptasi kunci rekod kemenangan

Laporan Perlawanan

Gol Sterling lanjutkan rekod City di Newcastle

HE'S TOP OF THE LEAGUE: Raheem Sterling celebrates his 17th goal in all competitions this season.

Manchester City terus melanjutkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan 18 kemenangan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle dan menambah jurang di puncak kepada 15 mata.

Laporan perlawanan Newcastle 0 City 1