quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Brighton
Man City

Liga Perdana Inggeris (EPL) AMEX Stadium Sabtu, 12 Ogos 2017 4:30 PTG

Brighton

Prestasi Terkini

K K M M M K K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M M
Pengadil
Lee Mason
Kali Terakhir
Man City 2-0 Brighton, 29/9/18

Segala yang anda ingin tahu menjelang perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris musim baru 2017/18 menentang Brighton and Hove Albion.

Bila dan di mana?

City akan memulakan kempen musim baru Liga Perdana Inggeris kali ini di Stadium Komuniti American Express pada hari Sabtu, 12 Ogos. Perlawanan akan bermula jam 5.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Image result for amex stadium brighton

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Anda juga boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter rasmi Bahasa Melayu kami di @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Pep Guardiola mempunyai skuad penuh yang cergas untuk dipilih untuk perlawanan pertama di musim keduanya di England.

Bernardo Silva telah tampil kali pertama buat City dalam perlawanan persahabatan menentang West ham di Iceland namun masih kurang jam perlawanan, begitu juga Claudio Bravo, Benjamin Mendy dan Ilkay Gundogan yang tidak beraksi semasa pramusim.

Image result for bernardo silva man city vs west ham iceland

Brighton: Pasukan kendalian Chris Hughton diperkuatkan dengan kembalinya Anthony Knockaert yang sembuh dari kecederaan buku lali dan telah dinamakan sebagai pemain simpanan semasa perlawanan persahabatan pramusim menentang Atletico Madrid, dan dijangka beraksi Sabtu ini.

Sementara Sam Baldock kecederaan betis, Glenn Murray digantung permainan dan terlepas perlawanan persahabatan namun beliau akan dapat kembali bermain di perlawanan pembuka musim nanti.

Kali Terakhir

Ia hampir sembilan tahun lalu sejak kedua-dua pasukan bertemu apabila City bertandang di Brighton dalam pusingan kedua Piala Liga pada September 2008.

Vincent Kompany merupakan antara yang diturunkan dalam kesebelasan utama dalam pertembungan di Stadium Withdean ketika itu dengan pemain tengah City asal Cape Verde, Gelson Fernandes membuka jaringan pada minit ke-64.

Kemudian pemain Brighton, Glenn Murray menyamakan kedudukan pada minit ke-89 untuk membawa permainan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum Joe Anyinsah membawa Brighton mendahului lima minit selepas perlawanan disambung semula.

Kemudian pemain tengah City, Stephen Ireland menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-108 untuk membawa kepada sepakan penalti penentuan dengan Brighton berjaya mara ke pusingan ketiga selepas menang penalti 5-3.

Sementara pertemuan di liga utama Inggeris pula, kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kedua sebelum penutup musim 1982/83 dengan kemenangan City 2-1 di laman Brighton namun kedua-dua pasukan tersingkir ke Divisyen Dua walaupun City berada di kedudukan kedua teratas sebelum Krismas.

Apa Kata Media

Pengulas sukan ramal City bakal juara EPL

Previu dan ramalan para pengulas sukan tentang Liga Perdana Inggeris menjadi liputan media hari ini menjelang perlawanan pembuka musim hari Sabtu ini.

Secara keseluruhan pandangan mereka ia bakal menjanjikan musim antara paling mengujakan namun nama Manchester City menjadi sebutan kebanyakan mereka.

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18