quote linkedin dugout

Match Info | Season 2017/18

Video Galeri Foto

Bournemouth
Man City

Liga Perdana Inggeris (EPL) Vitality Stadium 26 Ogos 2017 12:30

Bournemouth

Prestasi Terkini

K Seri M K K M K
lwn

Man City

Prestasi Terkini

M M M M M M Seri
Pengadil
Mike Dean
Kali Terakhir
Bournemouth 1-2 City, 26/8/17
Download the Match Day App

Bournemouth merupakan lawan City seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan dengan Cherries.

Bila dan di mana

City akan bertandang di Stadium Vitality pada hari Sabtu 26 Ogos dengan perlawanan bermula jam 12.30 tengahari bersamaan pukul 7.30 malam waktu Malaysia.

Image result for vitality stadium

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Anda juga boleh mengikuti liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan

City: Pep telah mengumumkan pada sidang media hari Jumaat yang Benjamin Mendy kemungkinan akan tampil buat kali pertama untuk City di Bournemouth, namun Ilkay Gundogan tidak akan ikut serta.

Ilkay akan bermain bersama pasukan EDS dalam perlawanan menentang Leicester malam Sabtu untuk mencapai tahap kecergasan penuh.

Bournemouth: Eddie Howe telah mengesahkan yang Simon Francis tidak dapat beraksi berikutan kecederaan hamstring, sementara Junior Stanislas dan Callum Wilson masih cedera.

Image result for Jermain Defoe bournemouth

Jermaine Defoe yang berpindah dari Sunderland beraksi semasa kemenangan 2-1 pusingan kedua Carabaor Cup (Piala Liga) ke atas Birmingham, Selasa lalu dijangka akan memperkuatkan pasukan yang kalah dalam kedua-dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini kepada West Brom dan Watford.

Kali Terakhir

12 Februari lalu merupakan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dengan kemenangan 2-0 buat pasukan Pep Guardiola di Stadium Vitality hasil gol pembuka Raheem Sterling, diikuti gol sendiri Tryone Mings dari serangan awal Sergio Aguero.

Image result for sterling bournemouth 0-2 man city

Rekod Pertemuan

Ini merupakan pertemuan ke-11 kedua-dua pasukan dengan City menang 8 dan seri 2. Bournemouth kembali dipromosi ke liga utama Inggeris pada musim 2015/16 selepas 16 tahun menyepi dan sejak itu City mencatat kemenangan kesemuanya dari 4 pertemuan terakhir dengan jaringan 15 gol.

Image result for pep guardiola and eddie howe

 

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth

Berita Pasukan Utama

Txixi: Kumpulan F bukan laluan mudah

Txixi Begiristain mahu menyaksikan Manchester City sampai ke peringkat tertinggi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah secara kebiasaan.

Pengarah Bola Sepak City percaya pasukan Pep Guardiola mampu pergi lebih jauh lagi dalam kejohanan elit Eropah namun merasakan ia bukan laluan mudah selepas undian peringkat kumpulan.