quote linkedin dugout

Wawancara

Video 1 Galeri Foto

Bernardo Silva teruja berpindah ke Man City

Bernardo Silva bercakap tentang keterujaannya menyertai Manchester City musim panas ini

Silva merupakan sebahagian penting pasukan Monaco yang menggegarkan benua Eropah dengan bola sepak menyerang mereka semasa kempen 2016/17 dan akan menjadi pemain City secara rasmi mulai 1 Julai ini.

Pemain antarabangsa Portugal ini akan menyarung jersi No. 20 dengan nama ‘Bernardo’ di belakang.

NUMBER 20: Silva will wear number twenty for City

“Ia merasa begitu teruja dapat datang ke City,” jelas Silva.

“Saya akan menyertai salah satu pasukan terbaik di dunia. Untuk menjadi sebahagian dari kelab ini dan diberi peluang adalah sesuatu menjadi impian saya. Saya tidak sabar untuk bermula mencuba apa yang terbaik dapat saya lakukan untuk membantu pasukan ini mencapai segala sasaran mereka.

“Manchester City sejak beberapa tahun telah bermain untuk menjadi juara dan saya mahu memenangi piala-piala. Apabila saya bercakap dengan mereka di Manchester City mereka sentiasa memberitahu saya sasaran mereka untuk menjuarai setiap kejuaraan dan itu juga merupakan sasaran saya.

PORTRAIT: Bernardo Silva posed for the camera

“Jadi saya di sini dengan semua pemain hebat yang ada, jurulatih dan seluruh pasukan di belakang kami, saya rasa kita dapat lakukannya.”

Silva mengakui yang beliau tidak sabar untuk bekerja di bawah bimbingan Pep Guardiola dan percaya yang beliau dapat membawa piala-piala buat City dalam musim-musim mendatang.

“Jika dia bukan jurulatih terbaik di dunia tapi dia adalah salah seorang terbaik, sudah tentu apabila anda diberi peluang dilatih oleh Guardiola, anda tidak akan tidak.

“Sebagaimana semua kita tahu apa yang telah dilakukannya di Barcelona dan Bayern Munich sesuatu yang hebat dan kita menjangkakan perkara sama di sini yang beliau akan merangkul banyak piala. Ia satu peluang keemasan untuk bekerja dengannya dan diberi peluang ini.

Image result for pep guardiola training city

“Hari ini jika anda tidak bekerja keras walaupun anda salah seorang pemain terbaik anda tidak akan berjaya. Ia bukan sahaja para pemain pertahanan yang perlu bertahan atau para penyerang yang perlu menyerang. Ia tugasan berpasukan dan kami semua akan lakukan segalanya bersama-sama.”

Silva berkata yang beliau kagum dengan City ketika bermain melawan pasukan dalam Liga Juara-Juara Eropah beberapa bulan lalu.

Monaco telah menyingkirkan City dari kejohahan dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 6-6 dengan kemenangan 5-3 di Stadium Etihad yang membuktikan mereka adalah pencabar kuat buat juara Ligue 1 Perancis tersebut.

Bernardo celebrates beating City in Monaco to secure a Champions League quarter-final

“Kami tidak gembira dengan jaringan keseluruhan kerana kami tidak menang perlawanan tersebut, tapi ia merupakan perlawanan menghiburkan dengan kedua-dua pasukan mahu bermain bola sepak menarik dan menjaringkan seberapa banyak gol.

“Pada akhirnya, saya rasa kedua-dua pasukan telah bermain dengan bagus. Untuk bermain di sini di Stadium Etihad adalah sesuatu yang istimewa.

“Bermain untuk Monaco merupakan satu pengalaman hebat. I amat terkejut betapa cepatnya saya dapat serasi dengan gaya bola sepak Perancis. Kami ada ramai pemain Portugis dan pengurus Portugis dan ia telah banyak membantu saya.

Image result for bernardo silva monaco

“Sudah tentu, ia sukar untuk meninggalkan Monaco. Ia benar kami telah melakukan sesuatu luar biasa di Monaco musim ini. Untuk menjuarai Liga Perancis menentang PSG ia tidak mudah, untuk berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah ia sesuatu membanggakan.

“Namun pada musim panas ini ia masa yang sesuai untuk melakukannya. Kami telah bergelar juara dan ia amat teruja dapat menjadi sebahagian dari pasukan tersebut. Saya amat terhutang budi atas segalanya namun kini saya tidak sabar untuk memulakan projek baru dalam hidup saya.”

Image result for david silva city 2017

Ketika ditanya pandangannya menjadi Silva kedua dalam skuad City musim panas ini, beliau mengatakan:

“David Silva adalah salah seorang pemain terbaik di dunia, saya tidak sabar untuk belajar darinya dan lihat apa yang dapat diajarkan kepada saya.

“Saya tidak sabar untuk bermain bersamanya, diberi peluang ini amat mengujakan. Ketika saya masih kecil saya sentiasa menonton beliau bermain dan juga para pemain lain. Kini diberi peluang bermain bersama mereka adalah satu impian jadi kenyataan.”

Berita Pasukan Utama

Ederson: 10 fakta utama

Segala yang anda perlu tahu tentang penjaga baru City asal Brazil

Sepuluh fakta utama yang anda perlu tahu tentang penjaga gol baru City, Ederson Morares yang akan menyertai kelab 1 Julai ini.

Berita Pasukan Utama

Ederson setuju sertai Manchester City

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan yang Ederson bersetuju untuk menyertai kelab dari Benfica pada 1 Julai ini.

Penjaga gol Brazil akan sertai City...

Berita Pasukan Utama

Brazil kalah tipis kepada Argentina

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.

Tiga pemain Manchester City terlibat dalam aksi perlawanan persahabatan di Melbourne Australia hari Jumaat dengan Argentina mengalahkan Brazil 1-0.