quote linkedin dugout

Wawancara

Video 1 Galeri Foto

Ederson tidak sabar mula beraksi buat City

Ederson tidak sabar mula beraksi buat City

Pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi pemain City secara rasmi pada 1 Julai ini selepas bersetuju menandatangani perjanjian bersama City dan akan menyertai pasukan kendalian Pep Guardiola selepas cuti musim panas nanti.

Beliau mengakui yang beliau sedar minat City pada mulanya di akhbar Portugis sebelum mendengar secara rasmi dari pihak kelab.

“Ia sering terpapar di dada akhbar dan menjadi bualan di media buat seketika,” ujar Ederson.

“Setelah saya mendapat tahu ia betul yang City berminat mendapatkan khidmat saya, saya merasa begitu gembira kerana mengetahui hasil kerja keras anda mendapat perhatian dan dihargai.

“Saya suka segalanya tentang Manchester City. Ia satu kelab yang hebat, dan liga Inggeris mempunyai para penyokong hebat, mereka turut bermain bermain bola menakjubkan.

“Saya sentiasa menaruh impian untuk bermain dalam bola sepak England dan kini impian saya menjadi nyata.

“Dengan Pep Guardiola, City terus berkembang. Dia telah menjadikan City satu pasukan muda untuk masa depan. Ia antara sebab utama dalam saya membuat keputusan menyertai kelab ini.

Image result for pep guardiola man city

“Manchester City mempunyai satu skuad luar biasa. Saya rasa mereka telah melalui musim yang bagus. Musim depan, kami perlu tumpukan untuk mencapai sasaran kami merangkul banyak piala.”

Ederson mengakui yang beliau merupakan peminat kuat Liga Perdana Inggeris namun menjangkakan ia berlainan sama sekali dengan Liga Portugal.

Dia percaya intensiti, mentaliti, stadium dan para penyokong dalam bola sepak Inggeris berbeza dari negara-negara lain.

“Saya sentiasa saksikan di TV,” ujarnya. “Gambaran pertama saya perlawanan bola di England intensitinya tinggi, kotak ke kotak. Stadium-stadium sentiasa penuh dan suasananya juga hebat.

Image result for manchester city fans etihad stadium

“Ia permainan bola yang menghiburkan. Pertandingan bola di sini sentiasa memberi motivasi kepada mana-mana pemain. Saya bersedia dan sentiasa bersiap siaga.

“Di sini perlawan-perlawanannya hebat, tidak kira siapa lawan mereka, perlawanan sentiasa sengit. Kebanyakan perlawanan ditentukan dengan margin kecil. Ia menunjukkan betapa intensiti yang tinggi dan persaingan sengit dalam liga Inggeris.

“Setiap orang tahu di sini pertandingan begitu mencabar. Ia sedikit berbeza dengan liga Portugis. Tapi saya akan cuba sesuaikan diri secepat mungkin yang boleh.”

Image result for ederson benfica

Bercakap tentang sikap dan gaya permainannya, beliau berkata: “Untuk menjadi seorang penjaga gol anda perlu bersikap gila sedikit! Kami ada keberanian meletakkan kepala kami dimana para pemain meletakkan kaki mereka.

“Saya ada sikap tersebut, sudah tentu. Saya seorang penjaga gol yang pendiam dan saya cuba sentiasa mengalirkan semangat keyakinan dan ketenangan saya kepada rakan-rakan sepasukan. Kemahiran tersebut telah banyak membantu.

Related image

“Di Benfica, saya telah turut bermain lebih maju dan terlibat dalam banyak perlawanan. Saya rasa revolusi tersebut dalam cara para penjaga gol dilibatkan dalam perlawanan amat penting.

“Saya telah mempunyai kemahiran tersebut untuk bermain di luar kotak penalti.

“Ketika saya bermain untuk pasukan di tangga bawah liga, saya tidak berpeluang untuk bermain jauh dari gawang, saya sentiasa perlu berdiri hampir dengan gawang gol.

Image result for ederson benfica

“Tapi setelah saya ke Benfica, saya berupaya memperbaiki apa yang saya telah tahu dan bermain jauh dari kawasan gawang dan lebih terlibat dalam sesuatu perlawanan, lebih aktif. Kemahiran saya terus berkembang sejak itu.”

Dengan tiga pemain Brazil sudah berada dalam skuad, Ederson berkata yang beliau menjangkakan dapat serasi dengan cepat dalam skuad City musim depan.

“Saya sudah berpeluang bermain disamping Fernandinho dalam skuad kebangsaan, saya turut telah bermain bersama Gabriel Jesus. Saya mengenalinya dari pasukan kebangsaan semasa Sukan Olimpik lalu.

Image result for fernandinho brasil 2017

“Dengan adanya mereka di sini ia amat penting dalam proses saya menyesuaikan diri. Mereka akan membantu saya untuk serasi lebih cepat.

“Saya telah turut bermain bersama Bernardo Silva semasa di Benfica. Ketika itu dia sudah menjadi seorang pemain menonjol dan pemain hebat, memakai nombor 10.

“Namun tidak bernasib baik dia tidak berpeluang bermain dalam pasukan utama dan akhirnya saya akan bersamanya semula dalam pasukan sama.

“Saya amat gembira atas segala yang telah dilakukannya terhadap saya dan teruja untuk menjadi rakan sepasukan kembali.

“Berkenaan cita-cita saya bersama City, saya mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Itu merupakan dua sasaran utama saya menyarung jersi ini.”

Image may contain: 1 person, close-up

Galeri Foto

Ilkay Gundogan kembali berlatih

Berita Pasukan Utama

Yaya Toure tandatangani kontrak baru

Manchester City dengan sukacitanya mengumumkan yang Yaya Toure telah menandatangani perlanjutan kontrak baru setahun bersama kelab.

Yaya Toure tandatangani kontrak baru

Berita Pasukan Utama

Silva Pemain Terbaik Etihad 2016/17

Undian dari para peminat City telah dikira dan David Silva mendapat jumlah undian terbanyak untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17.

David Silva dinobat Pemain Terbaik Etihad musim 2016/17...