quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Tiga bintang City disenarai pendek FIFA World11

FIFA FIFPro World11 2018

FIFA FIFPro World11 2018

Kevin De Bruyne, David Silva dan Kyle Walker telah disenarai pendek untuk FIFA FIFPro World11 2018.

Mereka kesemua dicalonlan oleh rakan-rakan pemain profesional di seluruh dunia dan antara 55 pemain bersaing untuk kesebelasan utama terbaik dunia ‘World11’/

Dengan hampir 25,000 pemain bola di 65 negara melakukan undian untuk kesebelasan utama terakhir, trio City diharapkan akan melepasi saingan seterusnya.

Image result for de bruyne silva kyle walker 2018/19

Terdapat 5 penjaga gol, 20 pemain pertahanan, 15 pemain tengah dan 15 penyerang dalam senarai pendek.

Sepuluh dari World11 tahun lalu turut disenarai pendek dan setiap pengundi mesti memilih formasi 4-3-3 pilihan mereka juga penjaga gol.

FIFPro, adalah kesatuan para pemain bola seluruh dunia, dan FIFA telah mengumumkan55 nama untuk saingan FIFA FIFPro World 11 2018.

Image result for de bruyne kyle walker 2018/19

FIFA FifPro World11 diputuskan oleh para pemain, untuk para dan undian melibatkan hampir 25,000 pemain bola profesional dari 65 negara.

Semasa undian, setiap mereka memilih seorang penjaga gol, empat pemain pertahanan, tiga pemain tengah dan tiga penyerang.

Berikut 55 pemain yang disenaraipendek (negara/kelab):

PENJAGA GOL (5): Gianluigi Buffon (Itali/Paris Saint-Germain/Juventus FC), Thibaut Courtois (Belgium/Real Madrid CF/Chelsea FC), David De Gea (Sepanyol/Manchester United FC), Keylor Navas (Costa Rica/Real Madrid CF), Marc-André ter Stegen (Jerman/FC Barcelona).

PERTAHANAN (20): Jordi Alba (Sepanyol/FC Barcelona), Daniel Carvajal (Sepanyol /Real Madrid CF), Giorgio Chiellini (Itali/Juventus FC), Dani Alves (Brazil/Paris Saint-Germain), Diego Godin (Uruguay/Atletico Madrid), Mats Hummels (Jerman/FC Bayern Munich), Joshua Kimmich (Jerman/FC Bayern Munich) Dejan Lovren (Croatia/Liverpool FC), Marcelo (Brazil/Real Madrid CF), Yerry Mina (Colombia/Everton FC/FC Barcelona), Benjamin Pavard (Perancis /VfB Stuttgart), Gerard Pique (Sepanyol/FC Barcelona), Sergio Ramos (Sepanyol/Real Madrid CF), Thiago Silva (Brazil/Paris Saint-Germain), Kieran Trippier (England/Tottenham Hotspur), Samuel Umtiti (Perancis /FC Barcelona), Virgil van Dijk (Belanda/Liverpool FC), Raphael Varane (Perancis /Real Madrid CF), Sime Vrsaljko (Croatia/Internazionale/Atletico Madrid), Kyle Walker(England/Manchester City FC).

PEMAIN TENGAH (15): Sergio Busquets (Sepanyol/FC Barcelona), Casemiro (Brazil/Real Madrid CF), Philippe Coutinho (Brazil/FC Barcelona), Kevin De Bruyne (Belgium/Manchester City FC), Eden Hazard (Belgium, Chelsea FC), Andres Iniesta (Sepanyol/Vissel Kobe/FC Barcelona), Isco (Sepanyol/Real Madrid CF), N’Golo Kante (Perancis /Chelsea FC), Nemanja Matic (Serbia/Manchester United FC), Luka Modric (Croatia/Real Madrid CF), Paul Pogba (France/Manchester United FC), Ivan Rakitic (Croatia/FC Barcelona), David Silva (Sepnayol/Manchester City FC), Arturo Vidal (Chile/FC Barcelona/FC Bayern Munich).

PENYERANG (15): Karim Benzema (Perancis/Real Madrid CF), Edinson Cavani (Uruguay/Paris Saint-Germain), Cristiano Ronaldo (Portugal/Juventus FC/Real Madrid CF), Paulo Dybala (Argentina/Juventus FC), Antoine Griezmann (Perancis/Atletico Madrid), Harry Kane (England/Tottenham Hotspur), Robert Lewandowski (Poland/FC Bayern Munich), Romelu Lukaku (Belgium/Manchester United FC), Mario Mandzukic (Croatia/Juventus FC), Sadio Mane (Senegal/Liverpool FC), Kylian Mbappe (Perancis /Paris Saint-Germain), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona), Neymar (Brazil/Paris Saint-Germain), Mohamed Salah (Mesir/Liverpool FC), Luis Suarez (Uruguay/FC Barcelona).

Keputusan FIFA FIFPro World11 2018 akan diumumkan semasa majlis ‘Best FIFA Football Awards’ yang akan berlangsung di London pada hari Isnin, 24 September.

Semasa majlis nanti, Pemain Lelaki Terbaik FIFA dan Jurulatih, Pemain Terbaik Wanita FIFA dan Jurulatih, Penjaga gol Terbaik FIFA, Anugerah FIFA Puskas, dan anugerah Peminat FIFA serta anugera Fair Play FIFA tahun 2018 akan turut diumumkan.

Moga berjaya buat trio City kita!

Berita Pasukan Utama

Aguero terharu dipuji Shearer

TREBLE: Three is the magic number!

Sergio Aguero mengakui yang beliau rasa terharu dengan pandangan Alan Shearer yang penyerang City tersebut sebagai pemain import terbaik Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Ogos

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City untuk UCL 2018/19