quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Agüero lanjut kontrak bersama City

FOCUS: Sergio Aguero

FOCUS: Sergio Aguero

Sergio Agüero telah melanjutkan kontrak sedia ada bersama Manchester City dengan tambahan lagi setahun untuk kekal bersama kelab sehingga tahun 2021.

Bintang Argentina tersebut telah menandatangani kontrak baru pada tahun 2016 sehingga 2020 dan kini membawanya untuk kekal di Stadium Etihad genap sedekad.

Beliau menyertai kelab pada tahun 2011 dari Atletico Madrid, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City tersebut kemudian tampil sebanyak 299 dengan 204 gol, dan dijangka akan terus memecah rekod kelab dan Liga Perdana Inggeris.

“Saya gembira dengan tambahan setahun, idea saya untuk berada di sini selama 10 tahun. Saya sudah berada di sini kini tujuh tahun, ia akan menjadi 10 tahun apabila kontrak saya berakhir.

“Diharap, ia akan berlaku. Ia sebab utama saya menandatangani kontrak ini.”

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain menambah: “Kami gembira yang Sergio melanjutkan tempoh keberadaannya di Manchester City.

“Dia amat penting untuk kelab ini semenjak ketibaannya pada tahun 2011 dan kekal di hadapan dalam apa yang kami ingin capai dalam beberapa tahun akan datang.

“Kami bertuah mempunyai salah seorang penyerang terbaik di dunia di kelab kami begitu banyak tahun dan saya pasti para penyokong akan teruja dengan berita ini.”

Agüero telahpun menghasilkan lima gol dan membantu dua lagi jaringan dalam enam perlawanan musim ini.

Setiap kami gembira dengan berita ini dan mengharapkan yang terbaik buat Agüero sepanjang keberadaannya di sini.

Karier City dengan gol-gol

Agüero telah menjaringkan 204 gol dalam 299 penampilan buat City, lebih dari mana-mana pemain dalam sejarah kelab.

Golnya dalam kemenangan 4-2 di Napoli pada November 2017 yang merupakan gol ke-178 buat City telah menyaksikan Kun mengatasi Eric Brook dan menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab. Rekod Brook dipegang selama 78 tahun.

Image result for aguerohat v napoli

Beliau mencatat rekod nisbah gol setiap minit terbaik dalam sejarah Liga Perdana. Agüero telah menjaringkan 146 gol dengan kadar satu gol setiap 108 minit, lebih baik berbanding dari rekod Thierry Henry, 121.8 minit untuk setiap gol.

Kun kini mencatat sembilan hatrik Liga Perdana Inggeris, hanya kurang dua dari pemegang rekod, Alan Shearer yang memegang rekod sebelas hatrik kejuaraan.

Shearer, legenda Newcastle United dan penjaring gol terbanyak Liga Perdana dengan 260 gol berkata: “Agüero merupakan pemain asing terbaik pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, penyerang tengah hebat tanpa kelemahan.”

Image result for aguero hat-trick wigan

Sembilan hatrik Liga Perdana Agüero

2011: Man City 3-0 Wigan Athletic (2011)

2014: Man City 4-1 Tottenham (4 goals)

2015: Man City 6-0 QPR

Senarai anugerah Agüero

Semenjak tiba pada musim panas 2011, City telah menjadi salah satu pasukan terkuat England

Image result for aguero premier league trophy

Anugerah Agüero bersama City:

Liga Perdana Inggeris: 2012, 2014, 2018

Piala Liga: 2014, 2016, 2018

Community Shield: 2012, 2018

Pemain Terbaik Tahunan City: 2012, 2015

Pasukan Terbaik Tahunan PFA: 2017/18

 

Lima gol utama Agüero

1-Gol kejuaraan vs QPR, 2012

Gol ikonik Liga Perdana Inggeris sepanjang masa yang menjamin kejuaraan liga buat City dan menamatkan penantian selama 44 tahun.

Image result for aguero v qpr

2-Gol kemenangan vs Bayern, 2014

Dengan City diikat 2-2 semasa masa penuh di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Agüero mengambil peluang kesilapan dilakukan pertahanan Bayern dan merembat masuk melepasi Manuel Neuer untuk menyempurnakan hatrik sensasinya.

3-Sudut sempit vs Liverpool, 2013

Gol menggambarkan geometri. Agüero menggelecek di hadapan Pep Reina dalam petak penalti berhampiran bendera sudut dan tanpa melihat beliau merembat masuk dari sudut sempit. Saat kebijakan jitu.

Image result for aguero v man united 2013

4-Voli vs Man United, 2013

City mengamuk ketika melawan Manchester United dengan baki lima perlawanan musim 2013/14, tendangan voli Agüero dari hantaran Aleks Kolarov menjadikan ia permainan terbaik derbi Manchester dalam sejarah.

5-Final Piala Liga vs Arsenal, 2018

Bola dari Claudio Bravo luar biasa namun Agüero masih banyak kerja perlu dilakukan. Beliau cuba dihadangi Shkodran Mustafi sebelum mengawal bola dengan dadanya kemudian menyumbat masuk melepasi David Ospina.

Image result for aguero v arsenal carabao cup 2018

Rekod musim ke musim

20111-12: 30 gol dalam 48 penampilan

2012-13: 17 gol dalam 40 penampilan

2013-14: 28 gol dalam 34 penampilan

2014-15: 32 gol dalam 42 penampilan

2015-16: 29 gol dalam 44 penampilan

2016-17: 33 gol dalam 45 penampilan

2017-18: 30 gol dalam 39 penampilan

2018-19: 5 gol dalam 7 penampilan

Berita Pasukan Utama

Arteta: Lyon hukum kesilapan kami

WATCHING BRIEF: Mikel Arteta casts a careful eye over proceedings

Mikel Arteta memuji reaksi Manchester City selepas ditinggalkan dua gol namun mengakui pasukan jauh dari tahap terbaik mereka semasa melawan Lyon.

Laporan Perlawanan

City tewas pembuka UCL 18/19 kepada Lyon

Berita Pasukan Utama

Agüero cergas lawan Lyon

SERGIO: Good to see this guy in training today!

Sergio Agüero dilaporkan turun berlatih di CFA dalam persiapan Manchester City berhadapan Lyon, perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah.