quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Arteta: Kami ada skuad berupaya menjuarai UCL

PREVIEW: Mikel Arteta stands in for Pep Guardiola.

PREVIEW: Mikel Arteta stands in for Pep Guardiola.

Pembantu jurulatih Mikel Arteta percaya yang Manchester City mempunyai barisan skuad terbaik dalam dunia bola sepak.

Dengan Pep Guardiola dikenakan penggantuan satu perlawanan tidak dibenarkan berada di pinggir padang, bekas pemain Arsenal dan Everton tersebut akan memikul tanggungjawab apabila City berhadapan dengan tamu Olympique Lyonnais dalam perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah hari Rabu (pagi Khamis Malaysia) di Stadium Etihad.

Mikel berkata yang kelab telah membina satu pasukan ‘hebat’ yang berupaya untuk menjuarai kejuaraan liga elit Eropah tersebut.

“Bagi saya, kami mempunyai barisan pemain terbaik di dunia, saya lihat pada mereka dan saya fikir mereka adalah yang terbaik.

“Saya tahu segala kualiti dan kelemahan mereka – mereka jelas hebat. Ia luar biasa.

“Apa yang sedang dicipta adalah menakjubkan.

“Ia merupakan sasaran kami untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah. Kami mempunyai satu skuad muda, mereka telah meraih pengalaman dan kami rasa lebih bersedia berbanding dua tahun lalu.

“Kami mempersiapkan setiap perinci dan belajar dari masa lepas kerana kami percaya kami boleh lakukan lebih baik.

“Esok bermula satu kejuaraan baru.”

Musim lalu telah menyaksikan City terkeluar dari kejuaraan pada peringkat suku akhir selepas tewas kepada Liverpool dengan agregat 1-5.

Image result for mikel arteta city trophy

Namun permulaan musim ini ramai menganggap City sebagai pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan selepas kempen pemecahan rekod Liga Perdana Inggeris yang telah menyaksikan pasukan Pep Guardiola sebagai pasukan pertama meraih 100 mata dalam sesuatu musim liga utama England.

Ketika ditanya apa yang perubahan telah dilakukan oleh para pegawai teknikal kelab untuk memperbaiki prestasi pasukan di pentas Eropah, Arteta menjelaskan: “Kami sentiasa mengadaptasi dan mengembangkan cara kami bermain. Ia banyak bergantung pada keberadaan para pemain.

“Kami perlu menukar sistem. Kami tidak mudah menjangka. Pasukan-pasukan ada teknologi untuk melakukannya. Kami perlu mencipta dan lakukan perkara-perkara yang pasukan-pasukan lawan tidak terjangka kami lakukannya.

“Anda perlu dapatkan detik-detik penting dengan kebaradaan para pemain, tumpuan pada perincian, bernasib baik, mempunyai para pemain yang mencapai prestasi tertinggi pada masa tepat. Dalam kejuaraan ini, jika anda lakukan satu kesilapan, anda tersingkir.”

Arteta menyertai City pada musim panas 2016 serta merta selepas perlantikan Guardiola sebagai pengurus pasukan, dan dengan cepat menjadi jurulatih yang paling didengari Pep.

Banyak percakapan semasa musim panas lalu yang Arteta kemungkinan akan berpindah keluar selepas dikaitkan dengan beberapa posisi ketua jurulatih di kelab-kelab lain.

Namun beliau kekal di City, dan berkata yang dia berasa gembira di kelab ini dan banyak dipelajari di bawah bimbingan Guardiola.


“Pep mempunyai peranan jelas buat saya apabila beliau meminta saya menyertai kelab ini.

“Saya telah bermain dalam Liga Perdana Inggeris banyak tahu. Kami kenal antara satu sama lain sebelum ini dan kami menjadi rapat begitu cepat. Kami fikir kami menuju arah yang sama.

“Pembelajaran saya di sini luar biasa. Ia akan berterusan.

“Saya berasa bertuah di sini dan saya amat berpuas hati. Namun jika anda menanyakan saya suatu hari nanti adakah saya akan menjadi ketua jurulatih, jawapannya mungkin ya.

“Tapi kami ada momentum hebat dan terdapat banyak ruang untuk kelab ini terus berkembang.”

* Perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah, Kumpulan F akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Rabu, 19 September jam 8 malam UK bersamaan pukul  3 pagi Khamis , 20 September waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan disiarkan di saluran Astro 811/833 HD.

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Perancis di pembuka UCL 2018/19

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kecederaan Aguero akan diperiksa

Laporan Perlawanan

City tundukkan Fulham tiga gol tanpa balas