quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola intai lebih kejayaan Piala Liga

THE BOSS: Pep Guardiola watches on

THE BOSS: Pep Guardiola watches on

Pep Guardiola berkata yang beliau gembira dengan persembahan permainan para pemainnya selepas kemenangan 3-0 ke atas Oxford United, pusingan ketiga Carabao Cup.

Bos Manchester City mencabara skuadnya untuk pergi lebih jauh dan mengulangi kejayaan musim lalu dalam kejuaraan Piala Liga.

Barisan pemain yang begitu banyak berubah membenamkan tuan rumah, Oxford dengan jaringan gol Gabriel Jesus, Riyad Mahrez dan gol debut Phil Foden.

Ia merupakan permainan menakjubkan yang telah menyaksikan City mara ke peringkat 16 akhir, dan Guardiola ingin pasukan mara seterusnya.

“Saya amat berpuas hati, perlawanan ini telah menunjukkan banyak perkara. Ia merupakan persembahan permainan yang amat bagus.

“Sedikit masalah serangan dengan penyudahan akhir, kami terlepas banyak tapi proses penghasilannya cukup baik – kami menguasai banyak bola, seperti sentiasa.

“Tahniah buat pasukan berjaya mara ke pusingan seterusnya. Kami merupakan juara bertahan dan kami mahu teruskan dalam kejuaraan ini selama mungkin.

“Ya, saya telah saksikan apa yang saya mahukan. Jika para pemain ada di sini, ia kerana kami percayakan mereka. Saya tahu betapa bagusnya mereka, saya saksikan dalam setiap sesi latihan dan bagaimana mereka semasa di bilik persalinan pakaian. Saya amat berpuas hati.

“Musim lalu, kami telah menjuarai Carabao Cup tapi dalam perlawanan pertama kami menang 2-1 dan kemudian kami menang penalti. Kesemua perlawanan amat sukar. Hari ini, kami amat mantap dalam segenap aspek.

Gol pertama senior Foden, dengan penyudahan cantik dari hantaran Raheem Sterling memperagakan permainan yang menyerlah dari pemain muda kelahiran tempatan.

Sebelum itu, beliau bermain secara bertahan dalam penciptaan gol pembuka Gabriel Jesus sebelum membantu jaringan kedua oleh Mahrez melalu bola lambung.

Selepas itu, Guardiola menerangkan Foden sebagai pemain berbakat ‘istimewa’ yang akan mempunyai karier panjang dengan City.

“Dia telah meraikan seakan ia gol pertamanya. Pemain ini istimewa, dia seorang peminat City dan dia cintakan kelab ini.

“Anda dapat lihat sikapnya, setiap aksinya. Dia sudahpun menjadi seorang pemain bola yang hebat.

“Saya tidak ingat gol pertama saya. Sudah tentu, ia detik indah tapi ia sudah lama dahulu!

“Diharap, untuk Phil ia merupakan yang pertama dari banyak gol lagi.

“Dia juga seorang pembantu jaringan yang hebat dan terlibat dalam gol pertama. City ada seorang pemain hebat untuk banyak tahun akan datang.”

Laporan Perlawanan

City mara ke pusingan keempat Piala Liga

Previu Perlawanan

Misi pertahankan Carabao Cup bermula!

Manchester City champions Carabao Cup 2018

Manchester City akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Carabao Cup yang dijulang musim lalu dengan bertemu Oxford United di pusingan ketiga musim ini.

Berita Pasukan Utama

Pep puji ‘bakat istimewa’ Mahrez

CARDIFF CHALLENGE: Pep Guardiola

Pep Guardiola telah memuji Riyad Mahrez selepas pemain antarabangsa Algeria tersebut menajringkan dua gol pertamanya buat City dalam kemenangan 5-0 di Cardiff.