quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero, Bernardo dan Mendy calon anugerah Etihad

Sergio Aguero, Bernardo Silva dan Benjamin Mendy dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad bagi bulan Ogos.

Trio Manchester City akan ditentukan nasib mereka memenangi anugerah pertama Pemain Terbaik Etioahd musim ini melalui undian para peminat.

 

Sergio Aguero

Kun telah menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pertama musim ini.

Dua golnya menentang Chelsea telah menjamin kejuaraan Community Shield dan tiga golnya melawan Huddersfield Town telah membawa City menang bergaya 6-1 dalam perlawanan pembuka di Stadium Etihad.

Tiga percubaannya terkena tiang dan palang turut berlaku dimana dua darinya semasa seri dengan Wolves minggu lalu.

Image result for aguero city 6-1 huddersfield

 

Bernardo Silva

Prestasi pemain tengah Portugal begitu menyerlah musim ini dengan memain peranan penting termasuk golnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Arsenal di Stadium Emirates.

Beliau kini memikul tanggungjawab membantu David Silva menambah kreatif dengan ketiadaan Kevin De Bruyne yang cedera buat tempoh masa lama.

 

Benjamin Mendy

Bekas pemain pertahanan Monaco telahpun membantu tiga jaringan gol buat rakan-rakan sepasukan musim ini dan terlibat dalam dua gol lagi buat City.

Kelincahan dan permainan penuh bertenaga dalam perlawanan-perlawanan pembuka mengingatkan kita betapa beliau dirindui pada musim lalu. Dapatkah Mendy merangkul anugerah pertamanya kali ini?

Siapakah pemain pilihan anda? UNDI SEKARANG!

Galeri Foto

CFA penuh meriah di Cityzens Sunday!

Berita Pasukan Utama

Pep: Setiap perlawanan kami bermain, kami belajar

Laporan Perlawanan

Gol debut Laporte bawa City kongsi mata di Wolves