quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola penuh pujian semangat juang Sterling

PEP: The manager is pleased with City's start to the season

PEP: The manager is pleased with City's start to the season

Pep Guardiola memuji permainan Raheem Sterling selepas pemain sayap Manchester City tersebut tampil buat kali ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris untuk kelab dan menjaringkan gol pembuka dalam kemenangan 2-1 ke atas Newcastle.

Sterling meledak gol pembuka pada minit ke-8 dan sentiasa memberi ancaman kepada lawan dalam perlawanan sengit di Stadium Etihad.

Meskipun City tidak mempamerkan permainan terbaik mereka, pengurus City telah memuji Sterling berikutan terus berjuang bertarung menghadapi Newcastle dan membantu pasukan menjamin tiga mata penuh.

SUPERB: An incredible strike from Sterling.

“Ya, dia telah menjaringkan gol hebat dan bertarung penuh semangat.

“Terutama di separuh masa kedua, dia bijak, beliau bergerak cara kami inginkan untuk stabil. Para pemain sayap menjadikan pasukan stabil dan beliau telah lakukannya dengan bagus sekali.”

CELEBRATION: Scoring on his 100th Premier League appearance.

Meskipun DeAndre Yedlin menyamakan kedudukan untuk pelawat selepas gol pembuka Sterling, rembatan cantik Kyle Walker di babak kedua telah menjamin kemenangan ketiga City dari empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini yang menambah semangat sebelum rehat antarabangsa.

“Perlawanan ini, satu gol terbolos kerana kami bertahan amat teruk secara keseluruhannya, kami tidak terlepas banyak peluang.

BOSS: Pep Guardiola gives instruction from the sideline.

“Kami terlepas beberapa ‘set-pieces’, sepakan percuma. Permainan keseluruhan bagus terutama di separuh masa kedua, dimana kami tidak membenarkan mereka berlari dan mencipta peluang.

“Kami meraih 10 mata dari 12 mata setakat ini. Kami telah bermain di laman Arsenal, jadi ia satu keputusan bagus dan kami gembira untuk para pemain.”

Guardiola turut menjelaskan keputusannya tidak memasukkan pemain sayap Jerman, Leroy Sane dalam skuad melawan Magpies.

Sane is not even on the bench for Man City

“Perlawanan terakhir, Phil Foden tiada dalam skuad. Ia amat sedih untuk Phil dan saya sedih untuk Leroy sekarang tapi kami ada satu skuad besar, dengan enam penyerang.

“Oleh sebab itu mengapa kami putuskan dalam perlawanan ini, dia tiada dalam skuad. Dia perlu bekerja keras sekarang dan pastikan dirinya di sini.”

Laporan Perlawanan

Gol Walker bawa kemenangan City lawan Newcastle

Berita Pasukan Utama

Pep gesa City pamer mental juara lawan Newcastle

Berita Pasukan Utama

City diundi lawan Oxford pusingan ke-3 Piala Liga