quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Arteta: Lyon hukum kesilapan kami

WATCHING BRIEF: Mikel Arteta casts a careful eye over proceedings

WATCHING BRIEF: Mikel Arteta casts a careful eye over proceedings

Mikel Arteta memuji reaksi Manchester City selepas ditinggalkan dua gol namun mengakui pasukan jauh dari tahap terbaik mereka semasa melawan Lyon.

City bungkam di awal perlawanan selepas terbolos dua gol dan terpaksa mengejar dari belakang di separuh masa kedua.

“Ia sepatutnya lebih bagus,” ujar Arteta yang menggantikan Pep Guardiola selepas bos City tersebut digantung satu perlawanan dilarang berada di kawasan teknikal.

“Kami bermula agak lembab, dan kurang konsisten dalam cara kami mahu bermain.

G FORCE: Ilkay Gundogan looks to power through the Lyon defence

“Kami kalah begitu banyak pertarungan. Kami melepas bola dalam keadaan sukar dan mereka menjaringkan dua gol, tapi selepas itu, reaksi dari para pemain menakjubkan.

“Kami merubah beberapa perkara untuk mengawal kadaan lebih baik dan kami mencipta banyak peluang, tapi pada peringkat ini, ia tidak cukup.”

Ketika ditanya jika beliau merasakan ketiadaan Pep telah memberi kesan kepada para pemain, Arteta mengatakan yang beliau pun tidak tahu.

ACTION STATIONS: Gabriel Jesus powers in on the Lyon goal

“Realitinya, Pep tiada di sini dan kami kalah perlawanan ini. Saya tak boleh memberitahu anda apa akan berlaku jika dia di sini.

“Kami amat menyedari segala kekuatan dan kelemahan Lyon. Kami semua telah bersedia.

“Kami tidak bersedia ditinggalkan 2-0 pada masa rehat, tapi anda perlu bereaksi.

“Ia perlu kesilapan sifar dalam Liga Juara-Juara, bila anda melakukan kesilapan maka anda akan dihukum. Jika anda memenangi pertarungan, bermain bola mudah, anda akan merana – hari ini adalah contohnya.

“Kadang-kadang dalam kejuaraan baru anda perlu kembali ke landasan asal. Permulaan tidak bagus. Kami tidak merasa rentak permainan teratur sekitar pasukan.

“Kami telah terlepas hantaran bagus dan tidak menemui konsisten. Kami berasa terancam setiap kali kehilangan bola, ia boleh membawa keyakinan menurun.

TALKING TACTICS: Mikel Arteta hands out pre-match tactics to David Silva

“Kami begitu bersedia untuk perlawanan ini, tidak sabar untuk memulakan saingan Liga Juara-Juara kerana cara kami menamatkan musim lalu begitu memeritkan jiwa.

“Para pemain tidak sempurna, kadang-kadang hari mereka tidak baik, kadang-kadang lebih bagus. Saya tidak boleh salahkan atas usaha. Saya tak adili mereka kerana kami kalah.”

Berita Pasukan Utama

Agüero cergas lawan Lyon

SERGIO: Good to see this guy in training today!

Sergio Agüero dilaporkan turun berlatih di CFA dalam persiapan Manchester City berhadapan Lyon, perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah.

Berita Pasukan Utama

Arteta: Kami ada skuad berupaya menjuarai UCL

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Perancis di pembuka UCL 2018/19