quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Saya bertuah mempunyai pasukan ‘hebat’

Pep Guardiola and Sergio Aguero

Pep Guardiola and Sergio Aguero

Pep Guardiola memuji ‘insan-insan hebat’ dalam pasukannya setelah Manchester City naik menduduki takhta Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton.

Raheem Sterling dan Sergio Aguero menjaringkan gol di setiap separuh masa di Stadium Etihad, dalam City mempamerkan satu lagi permainan profesional menundukkan pelawat dengan dua jaringan berkualiti.

Guardiola melahirkan rasa puasnya selepas kemenangan dan memuji pasukannya dengan permainan yang begitu ‘hidup’.

“Anda tahu pandangan saya tentang pasukan ini, saya orang yang bertuah mempunyai pasukan dengan insan-insan hebat.

“Anda dapat melihat cara kami meraikan gol kedua, kami begitu ‘hidup’.

1-0 CITY: The boys celebrate Sterling's opener

“Selepas tujuh perlawanan, kami makin konsisten sebagaimana musim lalu. Kami mantap dan hanya terlepas satu percubaan mengena sasaran melawan Cardiff, Oxford dan Brighton.

“Dengan pasukan lawan bermain jauh dari kawasan gol kami, kami boleh banyak mengawalnya.

“Setiap pemain berada di posisi betul dan setiap mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

“Apabila Brighton berupaya melakukan serangan dengan penyerang mereka, mereka jadi berbahaya. Mereka telah kalahkan Manchester United dan memberi tentangan sengit di Anfield, mereka cuba mengambil peluang untuk meraih mata.

“Saya amat berpuas hati. Saya telah memberitahu para pemain agar berhati-hati kerana Brighton satu pasukan serius. Mereka datang dari Liga Championship bersama pengurus sama dan saya perlu berikan pujian atas permainan dan cara kami menyerang.

“Setiap kali kami kehilangan bola, kami berjaya merampasnya dan meneyrang dengan sepuluh pemain mereka di dalam petak penalti. Ia satu impian buat kami.

“Kami suka menggunakan lebih serangan balas tapi kadang-kadang, pasukan-pasukan lawan tidak berpecah. Untuk memecahkan pertahanan mereka anda perlu bermain bola panjang tapi biasanya terdapat sepuluh pemain mereka di sana.

“Kami perlu belajar untuk menyerang sepuluh pemain. Kami ada para pemain yang dapat lakukannya. Bila kami mainkan Leroy Sane dan Raheem Sterling, kami gunakannya. Kami tidak ada Kevin De Bruyne, yang biasa melakukan aksi-aksi sebegini, tapi untuk melakukannya, pasukan-pasukan lawan perlu dipecahkan.

PREPARATIONS: Leroy limbers up

“Ia penting yang kami menguasai 80% posesi dan terlepas satu atau dua serangan balas.

“Ia mudah untuk bertahan dan lari. Ia lebih sukar untuk menyerang para pemain mereka dan mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan dna tidak terbolos.

“Hari ini lebih bagus (dari segi mempunyai keinginan untuk menjaringkan gol). Tiada perbezaannya dengan perlawanan menentang Huddersfield.

“David Silva diturunkan ke bawah sedikit dan kami boleh ambil risiko. Menyerang sepuluh pemain, kami telah lakukannya dengan bagus.

EL MAGO: Our captain, David Silva, gets stuck in early doors

“Sebahagian besar masa, kami bermain dengan baik (sebagaimana kami lakukan dengan De Bruyne). Dalam situasi-situasi sebegini, kami malah lebih bagus. Kyle Walker banyak belajar bagaimana untuk bermain di dalam kawasan penalti.

“Selepas apa yang telah berlaku musim lalu, kami gusar keciciran mata pada peringkat ini pada musim ini. Kami telah kehilangan mata di Wolverhampton tapi secara keseluruhannya prestasi kami agak baik.

Guardiola turut mendedahkan tentang Aguero yang telah menjaringkan gol kedua telah bermain dengan kesakitan kakinya.

THE BOSS: Pep looks pensive prior to kick off

Penyerang Argentina itu telah diganti dengan Gabriel Jesus sebaik sahaja menyumbat gol kedua buat City pada minit ke-65.

“Ia bukan sebab itu saya gantikannya, bukan kerana dia telah jaringkan gol!

“Dia bergelut dengan masalah kakinya. Dia tidak dapat bermain dengan usaha 100% kerana dia masih belum pulih sepenuhnya selepas cedera melawan Newcastle.

“Kami telah bercakap untuknya bermain selama 55 hingga 60 minit. Itu apa yang berlaku. Kami bertuah dia sempat menjaringkan gol pada saat itu sebelum digantikan.

SUPER SERGIO: Aguero finishes superbly after a fine one-two with Sterling to put City 2-0 up.

“Diharap dia cergas untuk perlawanan Selasa ini (lawan Hoffenheim). Kami cuba mengawal masalahnya tapi dia perlukan masa.

“Terdapat dua perlawanan sebelum rehat antarabangsa nanti. Diharap, dia dapat bermain dua perlawanan tersebut. Dia bukan dalam keadaan fizikal terbaik kerana masalah kakinya.”

Berbincang tentang peluang City untuk menjulang piala musim ini menjelang perlawanan penting di pentas Eropah dan Liverpool, Guardiola kekal tenang dan menegaskan yang City hanya fokus untuk tugasan seterusnya.

“Kita sekarang hanya dalam bulan September, terdapat dua lagi perlawanan sebelum rehat antarabangsa, dimana ia amat penting.

“Semangat dan cara kami bermain, serta fokus penting. Selepas melalui musim lalu dengan meraih 100 mata, kadang-kadang anda menolak beberapa perkara tapi ia tak pernah berlaku dan kami terus sebagai satu pasukan yang sama.

CLAP YOUR HANDS: Pep tries to get his team going from the sidelines

“Saya telah katakan selepas sidang media lawan Lyon. Saya amat mempercayai para pemain saya. Ia tidak kira apa akan berlaku dari sekarang sehingga bulan Mei dan Jun nanti.

“Kami masih hidup. Lyon lebih baik dari kami pada 45 minit pertama tapi ia boleh berlaku. Untuk separuh masa kedua dan apa yang telah kami lakukan, kami tetap pasukan sama.

“Untuk jangka masa lama, City tidak menang di Anfield. Mereka telah kalahkan kami tahun lalu tiga kali kerana mereka bagus, satu pasukan bagus.

“Mereka terkeluar dari Carabao Cup tapi mereka tetap satu pasukan yang bagus. Kami tahu tentang hal itu. Mereka dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, dan itu adalah Liverpool. Man United dan Liverpool ada banyak sejarah.

“Kami akan melakukan persiapan untuk Hoffenheim dan kita akan sama-sama lihat apa akan berlaku pada akhir musim nanti.”

Laporan Perlawanan

City ke puncak liga kalahkan Brighton

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jangan pandang remeh Brighton

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin de Bruyne akan kembali berlatih dalam beberapa hari lagi semasa sidang media menjelang kunjungan Brighton & Hove Albion hari Sabtu.

Previu Perlawanan

Menangkis cabaran sang camar

Man City vs Brighton and Hove Albion preview

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini dengan berhadapan Brighton & Hove Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu…