quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Jangan pandang remeh Brighton

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin de Bruyne akan kembali berlatih dalam beberapa hari lagi semasa sidang media menjelang kunjungan Brighton & Hove Albion hari Sabtu.

Bos Manchester City tersebut mengatakan pemain tengah Belgium tersebut semakin pulih selepas mengalami kecederaan ligamen lutut kanan pada bulan lalu dan akan mula menyertai sesi latihan tidak lama lagi.

Image result for kevin de bruyne 2018/19

Benjamin Mendy kekal direhatkan berikutan kecederaan kaki dan juga dalam proses pemulihan dengan baik, sementara Claudio Bravo masih dalam rawatan.

Namun begitu Guardiola berkata para pemain lain dalam skuadnya cergas dalam persiapan menerima kehadiran Brighton di Stadium Etihad untuk perlawanan ketujuh Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Ya, Kevin dalam langkah-langkah akhir untuk pulih, dia dapat mula berlatih dalam masa beberapa hari lagi, menyertai sebahagian sesi latihan. Segalanya berjalan dengan baik.

“Mendy turut melalui proses sama, dia semakin pulih.

Image result for benjamin mendy 2018/19

“Keadaan skuad bagus. Mereka semua cergas.”

City menyasarkan untuk meraih tiga lagi mata berhadapan pasukan kendalian Chris Hughton yang kini menduduki tangga ke-13 carta liga dan tidak menang dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Namun Guardiola telah memberi amaran agar tidak memandang mudah dengan menegaskan prestasi Brighton semasa menentang Manchester United (menang 3-2) dan Liverpool (kalah tipis 1-0) menunjukkan mereka bukan pasukan sembarangan.

“Kami tahu apa yang Brighton telah lakukan melawan United di laman sendiri dan semasa di Anfield mereka hampir meraih sesuatu.

Image result for Brighton3-2 man united 2018/19

“Mereka telah bersama-sama agak lama, mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka amat tersusun.

“Ia akan menjanjikan perlawanan mencabar, tapi kami sudah mengetahuinya dan akan cuba lakukan yang terbaik.

“Cara terbaik persediaan untuk Hoffenheim dan Liverpool adalah bermain dengan baik semasa lawan Brighton.”

* Perlawanan menentang Brighton and Hove Albion akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 29 September jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Siaran langsung akan disiarkan di saluran 816/834 HD.

Previu Perlawanan

Menangkis cabaran sang camar

Man City vs Brighton and Hove Albion preview

Manchester City akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris hari Sabtu ini dengan berhadapan Brighton & Hove Albion. Berikut segala yang anda perlu tahu…

Berita Pasukan Utama

Guardiola intai lebih kejayaan Piala Liga

Laporan Perlawanan

City mara ke pusingan keempat Piala Liga