quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero terharu dipuji Shearer

TREBLE: Three is the magic number!

TREBLE: Three is the magic number!

Sergio Aguero mengakui yang beliau rasa terharu dengan pandangan Alan Shearer yang penyerang City tersebut sebagai pemain import terbaik Liga Perdana Inggeris.

Pemain legenda Newcastle United dan England, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana, yang kini menjadi pengulas sukan tetap ‘Match of the Day’ yang disiarkan oleh saluran Badan Penyiar Britain (BBC) merupakan suara bola sepak Inggeris paling disegani.

Image result for alan shearer 2018

Shearer baru-baru ini mengatakan: “Sergio Aguero kini telah mencatat sembilan jaringan hatrik Liga Perdana, hanya ketinggalan dua dari saya.

“Dia merupakan pemain asing terbaik pernah bermain dalam Liga Perdana Inggeris, seorang penyerang tengah hebat tanpa sebarang kelemahan.”

Hanya segelintir mungkin menyangkal dengan pandangan tersebut dengan Aguero telah mengumpul 204 gol dari 297 penampilan buat Manchester City.

Image result for sergio aguero v huddersfield 2018

Penyerang Argentina tersebut turut memulakan musim ini dengan prestasi cemerlang yang telah membawanya dinamakan sebagai Pemain Etihad Terbaik untuk bulan Ogos dan dijangka akan terus memecah rekod kelab dan England bersama City.

Meskipun Kun masih jauh untuk mengatasi rekod Shearer dalam jumlah gol terbanyak di kesemua kejohanan (379 gol), beliau berkata mendapat pengiktirafan dari penyerang profilik England pernah disaksikannya amat bermakna buat dirinya.

Related image

“Ia satu kebanggaan bila mendengar Alan Shearer menggangkat diri setahap itu,” ujar Aguero.

“Beliau merupakan penyerang hebat dan banyak sebab bagus dia merupakan penjaring gol terbanyak Liga Perdana. Kata-katanya telah membakar semangat saya untuk terus menghasilkan gol-gol buat City.”

Image result for sergio aguero v huddersfield 2018

Jaringan hatrik kesembilan Sergio dilakukan semasa kemenangan 6-1 ke atas Huddersfield bulan lalu meletakkan dirinya hanya dua jaringan hatrik lagi mengatasi Shearer (11), dan Kun tentu gembira untuk menggantikan tempatnya di puncah meskipun beliau hanya menumpukan perhatian untuk membantu rakan-rakan sepasukan berbanding mengejar rekod indvidu.

“Sudah tentu saya harap saya dapat mencapai rekod tersebut!

Image result for sergio aguero 2018/19

“Namun ia bukanlah sesuatu yang membuatkan saya tidak tidur lena. Jika ia berlaku, ia kerana pasukan melakukannya dengan bagus, dan itu yang penting.

“Sementara itu, rekod sekarang akan kekal di tangan-tangan mereka yang diperakui hebat.”

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Ogos

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City untuk UCL 2018/19

Berita Pasukan Utama

Tugasan Antarabangsa: Siapa dan bila?

International Break September 2018

Manchester City akan diwakili 11 bintang antarabangsa untuk memikul tugasan negara masing-masing semasa rehat antarabangsa kali ini.

Tugasan Antarabangsa: Siapa dan bila?