quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Tugasan Antarabangsa: Siapa dan bila?

International Break September 2018

International Break September 2018

Manchester City akan diwakili 11 bintang antarabangsa untuk memikul tugasan negara masing-masing semasa rehat antarabangsa kali ini.

Kesemua pemain Amerika Selatan tidak terlibat, juga David Silva yang telah bersara, ditambah Kevin De Bruyne, Claudio Bravo, Danilo dan Raheem Sterling direhatkan kerana cedera.

Nicolas Otamendi dan Sergio Aguero digugutkan dari skuad Argentina menghadapi Guatemala dan Colombia, sementara Gabriel Jesus, Fernandinho dan Ederson tidak terlibat untuk Brazil dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat dan El Salvador.

Riyad Mahrez menjadi pemain City pertama mewakili Algeria semenjak Djamel Belmadi tahun 2003 yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan negara tersebut.

Algeria akan menghadapi Gambia dalam perlawanan Piala Negara-Negara Afrika (African Nations Cup) hujung minggu ini.

Vincent Kompany berpeluang menambah jumlah kap untuk Belgium apabila Red Devils menghadapi Scotland dan Iceland.

Trio England City, Kyle Walker, Fabian Delph dan John Stones dijangka akan diturunkan dalam perlawanan ‘UEFA Nations League’ menentang Sepanyol dan Switzerland.

Sementara itu Oleksandr Zinchenko dipanggil oleh pasukan Ukraine melawan Republik Czech dan Slovakia.

Selain itu, Bernardo Silva akan mewakili Portugal dalam perlawanan persahabatan melawan Itali dan Croatia.

Image result for benjamin mendy world cup

Benjamin Mendy dalam senarai skuad penyandang juara Piala Dunia 2018, Perancis melawan Jerman dan Belanda, dan sekiranya diturunkan kemungkinan akan bertemu rakan sepasukan; Ilkay Gundogan dan Leroy Sane. Duo City Jerman tersebut juga akan menghadapi Peru.

Akhir sekali, Phil Foden dipanggil skuad kebangsaan England Bawah-19 yang akan menghadapi Belanda dan Belgium.

Jadual penuh perlawanan

Belgium: Vincent Kompany

7 September 7.45pm v Scotland (a)

11 September 7.45pm v Iceland (a)

England: Fabian Delph, Kyle Walker & John Stones

8 September 7.45pm v Sepanyol (h)

11 September 7.45pm v Switzerland (h)

Perancis: Benjamin Mendy

6 September 8.45pm v Jerman (a)

9 September 8.45pm v Belanda (h)

Jerman: Leroy Sane & Ilkay Gundogan

6 September 8.45pm v Perancis (h)

9 September 8.45pm v Peru (h)

Portugal: Bernardo Silva

6 September 7.45pm v Croatia (h)

10 September 8.45pm v Itali (h)

Ukraine: Oleksandr Zinchenko

6 September 8.45pm v Republik Czech (a)

9 September 3pm v Slovakia (h)

Algeria: Riyad Mahrez

8 September 5.30pm v Gambia (a)

England B19: Phil Foden

5 September 3pm v Belanda B19 (h)

10 September 6pm v Belgium B19 (a)

* Semua waktu UK dengan perbezaan +7 untuk waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Empat bintang City calon anugerah NFA 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola penuh pujian semangat juang Sterling

PEP: The manager is pleased with City's start to the season

Pep Guardiola memuji permainan Raheem Sterling selepas pemain sayap Manchester City tersebut tampil buat kali ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris untuk kelab dan menjaringkan gol pembuka dalam kemenangan 2-1 ke atas Newcastle.

Laporan Perlawanan

Gol Walker bawa kemenangan City lawan Newcastle