quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami perlu sesuai diri gaya permainan Cardiff

PREVIEW: Pep addresses the media ahead of City's game against Cardiff.

PREVIEW: Pep addresses the media ahead of City's game against Cardiff.

Pep Guardiola telah mengesahkan yang Benjamin Mendy tidak dapat beraksi dalam kunjungan ke Cardiff City hari Sabtu ini berikutan kecederaan kaki.

Pemain pertahanan Perancis tersebut tidak dapat bermain semenjak dua perlawanan lalu selepas mengalami keretakan tulang kaki yang masih belum pulih sepenuhnya.

Guardiola turut memberi perkembangan tentang kecederaan Kevin De Bruyne yang mengalami kerosakan ligamen lutut kanan semasa sesi latihan bulan lalu.

Bos City mengatakan pemain tengah Belgium itu semakin pulih namun menegaskan hanya akan kembali beraksi selepas cergas sepenuhnya.

“Mendy cedera, dia mengalami masalah dengan tulang kakinya.

Image result for benjamin mendy 2018/19

“Saya telah bercakap dengan pihak doktor berkenaan Kevin dan beliau memberitahu saya yang semuanya berjalan dengan baik, tapi saya tidak tahu keadaan sebenarnya.

“Kita akan kihat nanti. Apa yang paling penting ialah apabila dia kembali dia cergas dan boleh bermain sepanjang musim.”

Sementara itu, Guardiola turut melahirkan rasa gembira dengan berita Sergio Aguero melanjutkan kontraknya.

Penyerang Argentina tersebut bersetuju untuk kekal di kelab sehingga tahun 20121, dimana jika ia dipenuhi ia membawanya sedekad di Stadium Etihad.

Image result for aguero pep 2018/19

Guardiola berkata, penjaga gol terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut tidak perlu dipujuk untuk kekal.

“Saya tidak perlu meyakinkan dirinya, dia telah memutuskannya sendiri, jadi anda perlu berterima kasih kepadanya kerana mempercayai kami.

“Pemain seperti Kompany, David Silva memutuskan untuk kekal dan mereka tunjukkan setiap hari semasa sesi latihan komtimen mereka. Saya amat menghargainya, jadi terima kasih dan saya amat gembira dia dapat kekal 10 tahun di kelab ini.”

Pep juga mengulas tentang kekalahan City kepada Lyon, Rabu lalu dan mengatakan; "Para pemain tidak perlu meminta maaf. Mereka cuba untuk bangkit dan kami lakukan banyak kesilapan. Sudah tentu, saya telah digantung permainan, dan saya perlu menerimanya.

Image result for city 1-2 lyon

"Dari segi kualiti dan fizikal , Liga Juara-Juara Eropah amat berlainan dengan Liga Perdana Inggeris. Shakhtar Donetsk dan Hoffeinheim juga dua pasukan bagus, jadi kami perlu bersiap untuk melepasi mereka."

Menyentuh pasukan lawan Sabtu ini, pasukan Wales yang kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris, Pep mengatakan: " Liga Perdana satu kejuaraan yang amat berfizikal (kasar), dan Cardiff saya sedari betapa fizikal mereka cara mereka bermain, jadi kami perlu menyesuaikan diri."

*Perlawanan menentang Cardiff City akan berlangsung di Stadium Cardiff City pada hari Sabtu, 22 September jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Agüero dalam angka

PLENTY MORE TO COME: Sergio Aguero

Statistik luar biasa legenda Manchester City, Sergio Agüero bersempena pelanjutan kontraknya hingga 2021.

Galeri Foto

Galeri Sergio Agüero tandatangani kontrak baru

Berita Pasukan Utama

Agüero lanjut kontrak bersama City

FOCUS: Sergio Aguero

Sergio Agüero telah melanjutkan kontrak sedia ada bersama Manchester City dengan tambahan lagi setahun untuk kekal bersama kelab sehingga tahun 2021.