quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Empat bintang City calon anugerah NFA 2018

Northwest Football Awards 2018

Northwest Football Awards 2018

Empat pemain Manchester City telah dicalonkan untuk anugerah Bola Sepak Barat Laut England (Northwest Football Awards) 2018.

Kevin De Bruyne, Jen Beattie, Lukas Nmecha dan Ellie Roebuck kesemuanya disenaraipendek untuk pencalonan tahun ini berikutan prestasi mengagumkan semasa kempen 2017/18.

Kevin De Bruyne (Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris)

Related image

De Bruyne yang telah memainkan peranan penting dalam pencapaian hebat City musim lalu yang memecah deretan rekod baru dengan dua piala telah dinamakan dalam senarai calon Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris tahun lalu.

Pemain tengah Belgium tersebut tampil sebanyak 31 kali dengan menjaringkan lapan gol dan membantu 16 jaringan. Beliau menerima anugerah ‘Playmaker of the Year’ dengan bantuan jaringan minit akhir untuk gol Gabriel Jesus dalam perlawanan terakhir di Southampton yang membawa City meraih 100 mata keseluruhan.

Jen Beattie (Pemain Wanita Terbaik)

Image result for jen beattie 2018/19

Pemain antarabangsa Scotland yang juga calon Pemain Wanita Terbaik Tahunan merupakan pemain tonggak Nick Cushing dengan 36 penampilan musim 2017/18 termasuk kesemua 18 perlawanan liga dalam City menamatkan musim di tempat kedua liga untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara Wanita Eropah untuk tahun ketiga berturut-turut.

City turut mara ke final Piala Continental Tures, semifinal Piala Eropah dan Piala FA dengan Bettie menjaringkan lima gol dari posisi bek tengah.

Lukas Nmecha (Bintang Meningkat Naik Lelaki)

Image result for lukas nmecha 2018/19

Pemain muda City ini dicalonkan untuk anugerah Bintang Meningkat Naik Lelaki dengan menembusi skuad senior musim lalu. Penyerang EDS ini dipromosi ke pasukan utama dan tampil buat kali pertama dalam perlawanan Carabao Cup menentang Leicester dimana beliau menyempurnakan sepakan penalti dalam kemenangan perlawanan suku akhir.

Penampilan Liga Perdana Inggeris pula dikuti bulan April apabila City menewaskan West Ham dan tampil sekali lagi dalam perlawanan melawan Brighton di penghujung musim. Penyerang muda England tersebut turut menyinar membantu England Bawah-19 dalam kemenangan perlawanan EURO B19 di semifinal dan final.

Ellie Roebuck (Bintang Meningkat Naik Perempuan)

Image result for ellie roebuck 2018/19

Penjaga gol muda pasukan wanita City ini menembusi pasukan utama wanita dengan ketiadaan penjaga gol England, Karen Bardsley. Pemain muda diturunkan ketika perlawanan menentang Chelsea dan memperagakan aksi cemerlang untuk menjamin satu mata.

Secara keseluruhan , Roebuck tampil sebanyak 21 kali termasuk penampilan pertama Liga Juara-Juara Eropah Wanita dan memainkan peranan penting menjamin pasukan tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila City menamatkan saingan liga di tempat kedua mengatasi Arsenal.

Pada musim panas ini, beliau turut menjadi sebahagian skuad Lioness Bawah-20 dimana mereka merangkul pingat gangsa di Piala Dunia Wanita 2018.

Undian untuk ‘Northwest Football Awards’ dibuka sekarang dan akan ditutup pada hari Jumaat, 12 Oktober.

Undi Kevin, Jen, Lukas dan Ellie sekarang di pautan ini!

Berita Pasukan Utama

Guardiola penuh pujian semangat juang Sterling

PEP: The manager is pleased with City's start to the season

Pep Guardiola memuji permainan Raheem Sterling selepas pemain sayap Manchester City tersebut tampil buat kali ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris untuk kelab dan menjaringkan gol pembuka dalam kemenangan 2-1 ke atas Newcastle.

Laporan Perlawanan

Gol Walker bawa kemenangan City lawan Newcastle

Berita Pasukan Utama

Pep gesa City pamer mental juara lawan Newcastle